Friday, January 13, 2012

Chocolate Chip Brioches


Assalamualaikum..

Pelik bebenor namanya tu ye. BRIOCHES?

Natang gapo brioches? Bukan muffin, bukan kek. Sila baca kat bawah.


Brioche (pronounced: [bʁi.ɔʃ]) is a highly enriched French pastry, whose high egg and butter content give it a rich and tender crumb. It is "light and slightly puffy, more or less fine, according to the proportion of butter and eggs"[1] It has a dark, golden, and flaky crust, frequently accentuated by an egg wash applied after proofing.
Brioche is considered a Viennoiserie. It is made in the same basic way as bread, but has the richer aspect of a pastry because of the extra addition of eggs, butter, liquid (milk, water, cream, and, sometimes, brandy) and occasionally a bit of sugar. Brioche, along with pain au lait and pain aux raisins — which are commonly eaten at breakfast or as a snack — form a leavened subgroup of Viennoiserie. Brioche is often cooked with fruit or chocolate chips and served as a pastry or as the basis of a dessert with many local variations in added ingredients, fillings or toppings.
"Brioche is eaten with dessert or tea, but also has numerous uses in cuisine. Common brioche dough is suitable for coulibiac and fillet of beef en croute. Brioche mousseline surrounds foie gras, sausage, cervelat lyonnais; . . . individual brioches serve as containers for various chopped and sauced stuffings, savoury or sweet, as warm appetizers or intermediate courses
sumber: wikipedia

Paham?

Erk tak paham? Sama la. ada iras-iras paham la jugak.

Tapi katanya sejenis makanan French la kan. Juga sejenis roti.

Tapi meh nak habaq mai.. seddaaaap sangat!!

Roti yang ada iras-iras kek. Seriyes sedap. 

Saya buat dapat 9 ketul. Anak-anak makan licin. Ada pulak cekelat cip.

Kerak2 kat luar, lembut kat dalam. Haishh definitely akan baking lagi .

Sesuai sangat-sangat untuk breakfast dan minum petang.



CHOCOLATE CHIP BRIOCHES
from: 500 cupcakes & muffins cook book
by: izah IML

bahannya

1/2 sb yis
115 air suam
1 sk gula

275gm tepung gandum
4 biji telur
60gm gula
secubit garam
115gm mentega
100gm coklat cip

sikit telur untuk oles



caranya:

Satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk yang besar. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit atau sehingga yis berbuih. 
Kemudian masukkan 100gm tepung ke dalam yis, kacau hingga menjadi paste yang licin.
Pukul sedikit telur, masukkan ke dalam paste yis tadi.
Masukkan pula gula dan sedikit garam. Kacau sebati.
Kemudian masukkan baki tepung tadi dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup mangkuk dan biarkan selama 45minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
Bila adunan naik 2x ganda, masukkan mentega lembut dan coklat cip. kacau sebati.
Sendukkan ke dalam muffin pan sehingga memenuhi 1/2 pan.
Biarkan 20 minit atau naik sehingga 2/3 pan muffin.
Oleskan dengan sedikit telur di atasnya.
Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit atau sehingga perang di atasnya.
Sejukkan di atas rack dan simpan dlm bekas kedap udara sehingga 2 hari.

Makes 1 dozen.

NOTA IZAH: Cklat chip boleh juga digantikan dengan kismis, buah2 kering, atau pun filling. Atau pun enak dimakan begitu saja. Izah buat half dari resepi di atas dan dapat dalam 9 ketul brioches sebesar muffin size M.



gambar dari buku 500 cupcakes & muffin




62 comments:

  1. jahhhhhhh...aku tak pahammmm...
    sambil tangan selongkar cari choc chips brioches....

    dah la berbelit lidah menyebutnya.....muahahaha

    ReplyDelete
  2. mas..
    hahahha.. nasib kat blog tak yah sebut ek. pakai type je. saboojela ko mas. ko tak paham.. haha.. tak yah paham ko buat n ko makan je

    ReplyDelete
  3. nama mcm nak sama mcm roti yg ada cotek kat tengah2 tu... roti tu ada yg kata roti kontroversi sbb nampak seksi & lucah... hahaha.. tp yg ini nampak mcm muffin jer.. nmpak sedaplah!

    ReplyDelete
  4. heheh lajunya heee mula2 tak paham kena baca bg paham ni...tp dah paham dahhhhh....bhn pun senang...cam nak aje...

    yee lah ada cam npk roti campur kek pun gayanya

    ReplyDelete
  5. sebijik mcm dlm gmbr tuelah kak.//jeles2...

    ReplyDelete
  6. Amboi promote baik nampak. Hehehe ada harapan weekend ni

    ReplyDelete
  7. reri eja je, nk sebut dok reti.. muahahahaha.. dgr sebuatan kt dictionary jap.. ooooo.. cara sebut dia "brii-osh".. bukan bri-o-ces ye.. ;p
    bila ada coklat chip nk mmg cepat laku..
    ps: dasat aaa kak izah, gambo sama ngan dlm buku tuuu.. tabik spring 2 kali.

    ReplyDelete
  8. hah3..akak takmo sebut sbb syusahhhhh sangattttt...nak salin resepi je, lenkali leh cuba...daaaa...he3..

    ReplyDelete
  9. uissshhhh!!! lajunya kuor brioches lak... berpintal lidah jawa ni nak menyebutnya! tp nampak sedap!

    ReplyDelete
  10. memang berbelit lidah menyebutnya, biarlah asalkan tak tergigit lidah masa nak telan muffinnya tu... he hehehh

    ReplyDelete
  11. susah nak sebut namanya zah.janji sedap!nak kena cuba ni..

    ReplyDelete
  12. yg simpan 2 hari maknanya tahan 2hari ye, bukan lepas 2 hari boleh makan, ye tak? agak blur almaklum lah lepas lunch hehe

    dah copy & print pun resepi ni, nanti boleh lah try

    ReplyDelete
  13. Huhuhu..comelnya...nampak soft sangat...sedapnya pekena secangkir teh o..

    ReplyDelete
  14. Izzah akak baru aje selesai talam roti lapis chocolate..sedap ya..bulan ni aje 3 resipi Izzah dah akak test...yang ini tunggu giliran dulu

    ReplyDelete
  15. salam izah...mmg buat pun iras2 buat roti kan, kena biar naik dulu 2x ganda...nnt akak nk try la, tgk jadi ke idak....hihihhihi

    ReplyDelete
  16. nampak pun dah tahu sangat lazat ni....rajinnyer akak bikin!

    ReplyDelete
  17. oo tipah tertipuu..nampak dr jauh kat fb tadi ingatkan muffin rupanya roti yer zah..heeh cun la rupanya.

    ReplyDelete
  18. kalau camprkan kekacang sekali pun mesti sedap ni

    ReplyDelete
  19. sedap yerk.. kalau dah sedap kena buat lagi...

    ReplyDelete
  20. waaaa...yg izah lagi lawa dr yg dlm buku la...ngehngeh...errr..sib baik ada dictionary yg boleh skiping french dalam encik Gugel. broiche ...toce toce..

    ReplyDelete
  21. wooo nampak sedapnye brioche ni.. tapi ape omputih tu cakap tu.. aku tak pandai omputes laa... skola fondok jew kan... huhuuh... balik arr.. haha

    ReplyDelete
  22. izah, chocolate chips brioches izah ni nampak cantik sekali..geram akak tengok..geram tengok gambarnya macam dapat terbayang kesedapan roti nilah..

    ReplyDelete
  23. Kelakar la Izah ni..bila mama baca semua komen2 mama tergelak sorang2Yis tu brand apa ye..mauripan ke..Nanti mama nk try la tp tk tau bila..

    ReplyDelete
  24. saya tamo dah sebut..saya tau nak makan je kak..huhu tapi sapa nak buat..saya la jugak kene buat..uwaaaaa

    ReplyDelete
  25. semua sedap.. lum sempat intai yg kt bawah tu dah kuar yg yg ni pulak.. keciciran selalu..

    ReplyDelete
  26. umah kmaz je yg xde pminat benda2 yg ala2 mfin ni..tu yg jrang sesngat buat kuih mcm ni..malang snguh kannn..huhuu...cntik skli kue omptih izah ni...

    ReplyDelete
  27. sejibik rupa dalam buku tu ye zah. mmg tangan dah pakar sangat nih. mcm roti gitu eh. ada coklat confirm sedap! :)

    ReplyDelete
  28. salam izah..lama tak singgah sini..anak2 sakit ni tak sempat nak berblogging pun..mmg nampak sedap benda alah ni..tak reti akak nak nulis namanya..gambar yg izah buat dan gambar dalam buku tu pun nampak sama...nnt nak cuba juga la :)

    ReplyDelete
  29. tak dapat nak bayangkan macam mana rasanya roti yang seakan2 kek...tapi...daripada duk bayang2 saja kan, lebih baik buat terus. barulah boleh tau rasanya mcm mana kan?? ehheh..ppsstt! nani pon tak paham apa benda yg ditulis kat atas tu...hikhik

    ReplyDelete
  30. salam Izah..nampak special roti yang seakan2 muffin ni..

    ReplyDelete
  31. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    akak.. saya tak dapat cari roti apa yang kontrobersi tu. nanti akak bagi link ye. haha.. nak jugak tengok rupenya. asal sedap dimakan lupakan aje rupanya kan kan

    ReplyDelete
  32. @Sheila Shafeareen
    tu la kak shiela. memula pas bakar tu suspen je nak tahu cemana texturenya. mmg masa bakar tu ada bau roti n bau kek. best je makan suam2

    ReplyDelete
  33. @SITI NORIZA BINTI SALEH
    tu la.. memang hasilnya gitu. tak jauh beza la. sebab bila sapu telur atasnya tu mmg cantik nanti merekahnya

    ReplyDelete
  34. @Kak Sam
    haha kak sam. best tau. kena la promote. kikiki. lagi pun makanan baru kan.

    ReplyDelete
  35. @tun_telani
    oo gitu sebutnyer ye tun. bagus tul tun ni. ilmu baru tu. hehehe.. ala tun, mmg dah rupa kejadiannya gitu la tun. tu yg teruja rasanya tu.. dlm buku tu taruk raising sikit. kalau suke leh la masukkan sekali.

    ReplyDelete
  36. @Yatie
    hahaha.. kan kita tak yah sebut la kan. kita buat n makan je. kalau org tanya apa, kita jawab roti coklat cip french. wah

    ReplyDelete
  37. @Kak Rose
    hahaha.. adeh kak ros buat lawak lak. tak yah sebut kak. bak kata kak yatie tu. kita salin resepi n buat jek. kiki

    ReplyDelete
  38. @Amie
    tu la kak amie. asal sedap ketika menghayati roti ni kan. tapi mmg best .. rotinya tu lemak2 lawan ngan coklat cip.

    ReplyDelete
  39. @kakna
    betul kak na. kot2 lepas makan broiches ni lidah kita boleh cakap french lak nanti. hahaha

    ReplyDelete
  40. @Tina Othman
    hahha.. tina ko saja soalan gitu tau. ikiki.. a ah boleh tahan sampai 2 hari. tapi roti syaa ni tak menahan dah. tang tang tu hidang tang tang tu jugak habis. hehee. sebab buat separuh je pun

    ReplyDelete
  41. @rahel
    betul tu rahel. dapat pekena ngan teh o mmg sedap. leh imejin cam kat French gitu. haha

    ReplyDelete
  42. @Paty's Kitchen - Cook with passion.
    tq kak paty sbb sudi menerai resepi2 dari blog saya walaupun bukan resepi saya. hehehe.. talam tu mmg best. suke

    ReplyDelete
  43. @Liza
    itu la kak liza. bila saya baca cara buat tu, memang terus dapat imejin rasa n baunya tu. mmg roti la kan sebb guna yistunggu proff bagai ni. tapi senang la gini, jus godek2 ngan sudu je.

    ReplyDelete
  44. @☆*♥L@dy @yU♥*☆
    tu la ayu..kalau duk membelek buku resepi je.. hasilnya gini la. disamping menambah lemak dibadan. ahaks.. hehee

    ReplyDelete
  45. @Nieza
    tu la.. memula tengok gambar kat buku tu ingatkan muffin jugak. tapi bila ada penggunaan yis.. cam interesting pulak resepinya. bila dah cube.. waahh mmg best

    ReplyDelete
  46. @Sally Rashid
    hmmmm.. kalau tabur kacang sedap gak kot. mcm roti kacang.. erkk.. tak pasti pulak. cer try cemana rasanya.. hehe

    ReplyDelete
  47. @Cho Zila
    tu la.. insyaAllah akan dibuat lagi. yis pulak dah habis ni. kena tambah stok. hehe

    ReplyDelete
  48. @Chah
    idak le lebih lawa. sama lebih kurang je kak. kang saya perahshang lak karang. haha...

    ReplyDelete
  49. @nOOrsha
    sekolah fondok ek. nanti aku kuar ahasa arab lak. jgn ko kabo sek omputih. hahhaa

    ReplyDelete
  50. @Ayu
    tu la kak. saya ni pun gara2 geram tengok gambar jugak la yang buat menda alah ni. tengok bahan2 pun simple. cara pun tak susah sangat. sedap ni kak. anak2 saya suke

    ReplyDelete
  51. @Mama Ann
    ye la mama.. mcm2 komen tang nak menyebut nyer tu kan. hehe.. ye mama, saya guna mauripan. kaedah buihkan dulu yis tu baguskan, untuk tahu jugak samada yis tu masih aktif atau tak kan

    ReplyDelete
  52. @sitiezahim
    ye betul tu hajar,sapa ke lagi yg nak membuatkan nya. hehe.. gi la buat leh buat bekal anak2. dalam flight. wah tumpang excited

    ReplyDelete
  53. @dZana
    better late than never. pewwiitt.. hahaha.. tak pe kak. yang penting kita tak ketinggalan sangat.

    ReplyDelete
  54. @maz
    mmg la kak maz. lain selera lain la menu kat blog seseorang tu kan. itu la seronok selera yg berviarasi ni. boleh kita tambah ilmu maskaan yg bermacam.

    ReplyDelete
  55. @Asmara
    ala as.. buat ikut cara yang dia suruh je. mana ada pakarnya, haishh .. hahhaa

    ReplyDelete
  56. @Mieza
    tu la kak mieza. tadi saya baca jugak anak2 sakit tu. hope semuanya makin sihat n aktif balik. mmg tak dapat buat apa kalau anak2 sakit ni.

    ReplyDelete
  57. @nuwairani ismail
    hahha.. tak paham tak pe nani. asal paham cemana nak membuatnya. kan..pastu godek2 n baru leh makan

    ReplyDelete
  58. @Rohah
    yep memang special. sebab cara membuat mmg mcm roti, tapi rupa mcm muffin kan. hehe

    ReplyDelete
  59. gluppp...tertelan air liur...sedap nampak nih...insyaAllah dah masuk menu list...akan ku cuba nanti...tq kongsi resepi nih...tgk gambo dah yummyummm...dah ngap tak tau ler...

    ReplyDelete
  60. izah.. kat bwh tu link roti kontroversi yg akak katakan aritu.. hehe.. nampak mcm sama kan namanya? tp ada sikit kelainan pd ejaan kalau dilihat betul2.. roti yg akak maksudkan tu mat gebu pernah buat dulu.. mamafami pun pernah buat gak..

    http://www.tiffinbiru.com/2008/01/brioche-roti-kontrovesi.html

    ReplyDelete