Tuesday, May 31, 2011

Pau inti Coklat


Assalamualaikum..

Morrniingggg...
Sarapan dah? Jom sarapan dengan pau yang terbaiikkk ni.
Buatnya petang semalam dah. Tapi dapat banyak, kukus balik untuk hasil yang sama. Tapikan, tak kukus balik pun tetap lembuttt sangat. Lembut dan gebu mcm pau yang kat highway tu. *yang gebu lah, bukan pau keras tau. Sangat suke dengan resepi dari kak Yani ni. Cume mungkin next time nk kurangkan sikit baking powder. Sebab ada trasa sikit kat pau tu. Tapi no hal punya, sebab mmg gebu yang amat! Mekasih kak Yani!!!


PAU
sumber: kak Yani@myR

Bahan-bahan ( 8 biji )

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

*saya uli guna BM. Masukkan baahn2 mengikut urutan BM.


Kalau pau tu menjadi, kulit permukaan tu boleh tarik elok je. Kan?


38 comments:

  1. Tuan umah,nak tumpang bf sini leh x..Amboi putihnya pau tuh,jeles toi..Siyes nih kak,pau nih mmg putih gebu..

    ReplyDelete
  2. As'salam Izah

    alahai Izah... tergoda kak ct dengan kelembutan pau ni lah. Semalam gi Jaya Jusco nak sambar gak tepung pau. tapi macam malas lak nak buat. kak ct suka makan yang kat highway tu sebab lembut. ni dah jumpa resipi boleh lah cuba. Thanks dear...muahhh!

    ReplyDelete
  3. Salam Izah, ni antara resipi pau peberet ni..gebusss..hihihi..bestnyer ngn inti coklat tu nampaknyer..

    ReplyDelete
  4. Wow!! gebu betul pau kacang Izah..meh tukar ngan kuih lobak putih mama hehehe

    ReplyDelete
  5. amboi cantik gebusnya pau ni zah....terguda dah nengoknya ni...nanti boleh cuba resepi ni pula..:)

    ReplyDelete
  6. uuuuuiiihhh coklat...mmmm gebusnyer.. Zah erma bawa kek pisangni.. kita tukar ye.. he he he

    ReplyDelete
  7. hajatn ya nak ngepau jugak..nak alas dgn daun pisang kat bawah pau tu..kekeekeke....
    Izah : ko uli pakai BM? lama tu, ke ko uli jap je pastu angkat?

    ReplyDelete
  8. @Zaliedana
    tu la kejadian campuran tepung gandum ngan tepung pau. siyes gebu pau ni... tapi mungkin kena kurangkan sikit baking powder tu kot. tapi pau yang terbaikkk

    ReplyDelete
  9. Salam Izah,
    Tengok gambar pun dah berkenan. Belum rasa lagi tu. Akak suka pau kacang merah. Pernah buat tapi tak menjadi macam Izah punya. Next time bolehlah cuba resipi ni....

    ReplyDelete
  10. @CT Delima
    waalaikumussalam warahmatullah..
    saya rasa donut ni gebu n selembut kat hgway tu kak. guna gandum je pun boleh kak ct.tak payah guna tepung pau pun. saya guna tepung pau tu nak perabih lebih2 hari tu. campurkan sekali dari membazirkan. terbaikk ni

    ReplyDelete
  11. Assalam...gebunya pau tu makan dgn kopi panas2 sedap ni!

    ReplyDelete
  12. @Rabiatun Adawyah
    dah slalu buat guna resepi ni ye? bestkan. terbaikk dengan tahap kegebuannya tu. sukaa

    ReplyDelete
  13. @Mama Hawa/Mama Nani
    pau inti coklatlah.. sabau je la.. hehe.. ok nak tukor..sedap tu

    ReplyDelete
  14. @Nieza
    nieza.. recomended.. senang je kan. tapi hasilnya memang syok tengok

    ReplyDelete
  15. @HALAMANKU
    nak tukor nak tukor ngan kek pisang!! sedap tu.. oye oye

    ReplyDelete
  16. @Anna Qawina
    a ah .. ko dah menjawabpun persoalan soalan ko tu sendrik. hehehe.. alkisahnya aku letak dlm bm sempat 2 kali uli. pastu aku tengok mcm lembik sikit, jadi aku letak dlm bekas lain, uli guna tangan campur lagi sikit tepung.tapi memang berbaloi la resepi ni. sukeee

    ReplyDelete
  17. @Ketuhar Panas Yatie
    akak boleh try resepi ni. saya rekemen sangat. memang sangat gebu menjadi. dah kukus tu pun dia mengembang lagi. jadi disarankan kena letak jarak2 pau ni. cuba kak!!

    ReplyDelete
  18. @honey bee
    betul memang sedap. anak2 makan selera tengok. memang tak membazir walaupun buat satu adunan.heeh

    ReplyDelete
  19. haaa...nampak3....
    gebunya pau tu...
    gerammm lak aku tengok....
    aku tak try lagi resepi kak yani ni.....
    lembut lagi yerk makcik walaupun dah sejuk...
    boleh try nanti.....

    ReplyDelete
  20. @Mas
    mas.. kalau ko tak try lagi, aku rekemen kan sangat. memang gebu. anak2 aku makan excited sungguh. habis licin tak de yang terbuang.. bagusss

    ReplyDelete
  21. kak nor... gebus gebas terus diet terbabas... kiki

    ReplyDelete
  22. Izahhhh!!

    gebusnya pau ekauuu!
    Guna BM??
    Aku copy ini resepi hehehe

    ReplyDelete
  23. @TopsyTurvyMum
    pau inti coklat la. bukan pau aku. hahahhaa.
    a ah aku guna bm je. pastu cam terlembik sikit, aku uli darat pulak. uli ngan tangan ler.tapi kejap je la. memang gebuuuu

    ReplyDelete
  24. teringat lak anak2 aku request pau sayur aritu tp x terbuat2 lagi..aku insaf n amik iktibar ni..hehe.. nanti aku nak wat gak laa..tepung pau ada,rajin je lom ada stok lebih

    ReplyDelete
  25. eh aku nak insaf la jugak.. hahaha.. nampak sangat tak insaf insaf lagi kan. pau sayur. sedap dengor nya tu. ce ko try buat, nak jugak aku rasa. ala pau ni makan seketul dah kenyang, cume aku je yang tak kenyang2. tu yang berketul jugak masuk mulut tu. haha

    ReplyDelete
  26. izah...
    lemah terus badan nie tgk pau nie tau.. hehehee... gebunya.. putih plak tu... wah!! tergoda2...

    ReplyDelete
  27. dlm ramai2 bloggers masak2.. akak rasa.. izahlah yg paling rajin sekali buat kuih-muih tauu.. memang juara... hehehe.. gebusnyer pauuu! gerammm!

    ReplyDelete
  28. wow putih melepak....gebusss gebaassss paumu itewwwww....geram tngk...kuih kegemaranku...

    ReplyDelete
  29. aduh.. mmg gebu n putih melepak pau izah ni.. akk suke inti kelapa..

    ReplyDelete
  30. @Diana @ Melley Mey
    mcm tu la saya rasa kak masa duk jenguk pau ni kat myR. tu yang ter buat jugak tu. tapi berbaloi buat inti coklat ni sebab anak2 suke makan rupanya. dah lama tak buat pau.

    ReplyDelete
  31. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    akkaakk.. mana adaaa... ramai lagi tu kak. akak lagi juara.. tak terkejar menu akak tu walaupun berkerjaya... hehehe.. saya memang salute kat akak lah

    ReplyDelete
  32. @Yatie
    akak dah pernah buat resepi ni kak? sedapkan kak yatie dia punya gebu tu..

    ReplyDelete
  33. @dZana
    kalau ikut inti, saya suke jugak inti kelapa ngan inti kacang merah. peberet

    ReplyDelete
  34. salam kak.. hehe, ptg ni nk buat pau la kot. bnyk lg inti kacang merah dlm gerobok. putih melepak pau2 akak ^_^

    ReplyDelete
  35. Boleh try ni, saya paling suka makan pau init kelapa.........

    ReplyDelete