Thursday, October 21, 2010

Kek Marble Susu


Assalamualaikum..

Kek ni buat ujung minggu baru ni untuk minum petang. Dah lama habis yee..jangan nak nak pulak. Nak jugak? Boleh ..boleh..boleh buat sendiri ye.. Tapi kan kek ni dah lama dah berlegar kat blog2 masak ni. Dah ramai yang cube nye kan?

Sejak dua menjak ni ramai yang mermarble. Tu yang terikut jugak nak buat kek. Jalan2 intai kat tiffinbiru, so berkenan la nak buat kek ni. Pemilik resepinya ialah Chef Norzailina Nordin. 




Kek ni memang gebu, lembut dan sedap. Nak potong pun tak berapa nak lawa sebab kelembutannya tu. Tapi pada kami agak manis sedikit rasanya. Next time buat boleh kurangkan sedikit gulanya. Tapi memang tak rugi mencuba. Saya buat separuh adunan, kejap je habis. 

Sumber:





Dan ramai lagi yang dah cube.....





KEK MARBLE SUSU

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

15 comments:

  1. makcik...kau sajer jer...dah abiss baru nak tunjukk...
    nampak jer dah tahu kek tu lembutt, kan makcikkk...

    ReplyDelete
  2. mas..
    tu la..saje bagi mas telan air liur jee...kikiki..lupa lah makcik.ni baru teringt nk entry..ampoon.

    ReplyDelete
  3. Salam Izah. terliurnya tgk kelembapan kek ni. ada masa nnt nak cuba gak ah..

    ReplyDelete
  4. salam kak izah,
    ini yg nak meraung ni... bila la mixer tu nak ok balik. Best betul nampak kek marble ni, lembut... yummy!

    ReplyDelete
  5. Salam Izah..Akak dah buat bronis tu tapi derhaka you tak letak jus oren sebaliknya tabur choc chips....bawa gi Pulau Aman minggu lepas....sodap!...tak sempat nak hapdet la Dik!....TQ ya!...hrmmm kalau buat kek marble ni bawa gi rumah mummy hujung minggu ni pun ok jugak kan?

    ReplyDelete
  6. kak eliza..
    ha ah..rasanya kek ni gebu, lembut tak tak oily sangat..dan wangi..haaa lengkap la tu kan

    nurindah..
    hahaha..indah..beli jela mixer baru,akak beli cap ayam je tak sampai rm30 rasanya..kalau rosak beli lain lagi...tak terasa sangat.

    kak watie..
    ala kak watie buat apa je semua sedap..pepulak kek coklat lapis tuu..tah bila nak try kek cantik comel tu...sangat admire tau

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam...
    Setiap kali mama ternampak kek marble susu ini, hati dihimpit rasa sayu kerana terkenangkan abah yang telah pergi menemui Illahi. Abah suka makan kek ni. Semasa hayatnya, sempat mama buatkan untuk dia... huhuhu... sedih la pulak...

    Cantik belang kek Izah ni...

    ReplyDelete
  8. slm izah...cantik la marble kek izah ni...famous tul kek ni kan...k'ida je lum cuba buat..

    ReplyDelete
  9. Salam Izah,
    Saje je tau kecurkan akak....kek dah abes baru tayang...takpelah akak wat lagi...tapi ntah bila agaknya....mmng sedapkan kek ni..

    ReplyDelete
  10. izah..mmg nampak gebu n tak oily la..rasa skit ye..ermm sedap! hihi

    ReplyDelete
  11. huh,ni yg rase gatal tangan nk memarble jgk ni!!! bilela gamaknye ye...taun depan kot,wakakkaka...

    ReplyDelete
  12. Salam izah,
    mmg lembutla nmpk kek mabel ni..
    huhu ntah bile nk menerainyer..
    tunggu vita r dtg kot:)

    ReplyDelete
  13. mamafami..
    sempat jugak buat santapan untuk abah tercinta kan mama..saya tak sempat nak buat makanan feberet dia...dia pun dah pergi..mmg rindukan ma..alfatihah..

    kak ida..
    la tu la bile tengok ramai kawan2 memarble nak jugak try..sedap lembut, cume a bit manis.nanti kurang kan gule sikit

    kak yatie..
    olooo kak yatie kan terror..pejam mata je dah jadi kek tau kalau dapat dengan sifu kak yatie nih.. nanti sah sah lawooo je marble nye tu

    fara dean..
    betul tu..kurang oily nya..ringan dan gebu..boleh try. saya buat separuh dulu nak rasa..mmg boleh repeat buat lagi ni

    mimiey..
    hahaha..miee..jom la kite ber marble mie...sedap tau..kalau mie kena buat adunan penuh baru cukup ek...baru leh join kelab laga2 cantum2 gebu2 montel2..hahahaa

    mummyseri..
    uiii...vitamin r tak datang ye seri...kiki..tak pe, bila dtg cepat2 buat ye

    ReplyDelete
  14. Izah : kek ni guna tpg gandum ke?
    pastu takyah letak soda bikar?
    cpt ado org nak mai nih, nak wat kek ke hape..hihi

    ReplyDelete
  15. mohon copy resipi ya tq

    ReplyDelete