Friday, October 29, 2010

Kek Gula Hangus ( kak Nor )


Assalamualaikum..

Memula terima kasih buat acik acik semua yang wish birthday dak Bais tadi. Semoga doa2 kalian dimakbulkan Allah di hari Jumaat ni kan.

Kek ni bukan untuk sambutan ke apa ye, hehe..ni la kek gula hangus yang misteri sebelum ni. Ntah la kepala senget mana, tetiba tersalah timbang butter, jadi kek ni sebelum ni telah ditakungi minyak yang agak banyak. Tapi still boleh makan. Cubaan yang ini berhasil dan cantik. Memang mula mula baru kuar oven tu berminyak sikit. Tapi dah sejuk sangat cantik dan sedap.




Cantik tak corak sarang nya tu? Boleh la kan... Teringat sorang kawan baik masa belajo dulu. Sina namanya, budak Hasina ni suka kek ni, tapi dia tak boleh tengok corak sarang tu. Naik bulu roma n geli katanya. Jadi nak makan kek ni kena pejam mata. Hahaha..macam-macam. 

Ok, kak Nor. Saya tepek kat sini pula resepinya. Mekasih kak ye. Ekceli warna kek ni lebih gelap, tapi tu kemere murah n cahaya yang banyak, jadi la warna brown gitu.


Keratan rentas kek






1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Yg ni versi K.Nor yg dah diedit sbb nak buat dlm portion yg sikit. Hasilnya spt dlm gambar kat atas tu.. 

125gm butter - (saya kurangkan ke 100gm)
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

updated:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.



Dah 3 Tahun

Assalamualaikum..

Dah masuk 3 tahun dah umur Bais Umair. Tanggal 29 oktober 2007,  hari Isnin, sebelah petang, seorang budak lelaki keluar ke dunia ini. Masa tu ummi tak sedar kerana dimatikan seketika. Tragis sungguh lah nak melahirkan budak yang satu ini. Hehehe. Bertarung nyawa hampir berejam di labour room, pindah ke operation room, dan terus dibius penuh tak sedar. Alhamdulillah... Keluar dengan selamat jugak budak ni.

Berumur sehari


Tup tup penjam celik, kini dia dah masuk tahun ke 3 di dunia ini. Mengenangkan kelahirannya, maka teringat jua pemergian ayahanda tercinta seminggu sebelum lahirnya Bais. Tak sempat juga abah nak berjumpa cucu yang ini. Tapi kepulangan ummi dan Bais ke kampung untuk berpantang adalah mengubat sepi Wan yang baru kehilangan. Ingat lagi, ramai yang kata Bais macam iras muka arwah Atok di awal kelahirannya.









Sebahagian gambar-gambar yang membuatkan ummi tersenyum melihat gelagatnya. Macam-macam lagi dugaan dan ujian yang akan ditempuhi dalam membesarkan anak ini. Pesan ayah diingat selalu, didik lah anak demi untuk akhlaknya dan imannya. InsyaAllah...


kegemarannya


erk..nak interprem jugak..boleh?




 Selamat ulangtahun yang ke 3 buat budak yang suka melawak ini. Semoga menjadi anak yang beriman!!




Thursday, October 28, 2010

Terung Masak Kicap


Assalamualaikum..

Lauk dinner. Sodap n kaww.. Boleh buat selalu sokmo sokmo. Warna tak itam sangat sebab nanti jadi 3 budak itam. Heeee.. Sebonar eh, dah siap siap letak gula n garam baru teringat tajuk lauk ni masak kicap. Jadinya letak le beberapa titik kicap buat syarat je.

Sesiapa yang nak berapi n berasap telinga sila la buat menu ini. Kak Hana Jawarian, mintak ijin copy resepi kat sini ye. Ekekee...Mekasih buukk.




TERUNG MASAK KICAP

Bahan-bahan
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu

Cara-cara
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.





Roti Burger (Resepi Ros Jintan manis.com)


Assalamualaikum..

Pagi yang sejuk. Sambung tidur pun best ni kan. Huaahhh... Seperti yang sedia maklom, tajuk hari ini adalah roti burger. Ye..setelah sekian lama saya tak meroti, ada sedikit gesaan untuk meroti kali ini.

Sudah berpurnama tekak ni nak merasa burger poket sardin resepi kak Nor. Setelah dijelajah 2 supermarket yang glemer kat Malaysia ni, tidak juga ditemui roti burger bulat bulat yang belum dipotong. Semuanya dah dipotong siap-siap di tengahnya. 

Memikirkan tekak yang hendak dimanja, ku gagahi juga meroti kali ini. Jeng jeng..dah jadi dengan lembut dan suka hati!! Petang yang mendung bertukar riang memikirkan esok, bolehla merasa burger poket tu nanti. Mekasih buat tuan resepi kak Yani. Dah ramai juga yang mencuba resepi ini. Yang saya ambil di myresepi.

Ralat: Mekasih buat Ros yang tegur sumber resepi ni. Atas tu saya tulis resepi dari kak Yani, yang saya tak perasan rupanya resepi yang saya ikut kat blog kak hana tu resepi Ros jintanmanis. Maaf ye dik.



RESEPI ROTI BURGER sumber : Ros Jintan manis

Copy: Kak Hana

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)


Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.



Tapi apakan daya... Hati gundah gulana semula. Rotinya dah habis dibedal oleh anak-anak ku yang lapar2 belaka!!!! Tak sempat juga nak buat roti poket yang diidam berpurnama...huwaaa..

Wednesday, October 27, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum...

Wah manyak siok kunyah cucur nasi pagi -pagi mendung nih. Memang bagai dikata, lembut di dalam, garing diluar. Buat makan untuk kami-kami je, sebab sang suami tak de, jadi kuasa la nak buat sambal tumis bagai. Cicah sos cili jek la.

Mekasih kak Yatie cantik manisss... Saya mintak izin tepek resepi kat sini pulak ye. Ada juga nampak Cik Mat Gebu dah buat dan kak Jun pun. Weh sesuai la cucur ni buat pagi-pagi sebab tak yah nak kena tapa yis bagai. Boleh sambung lama sikit tido baru bangun wat sarapan kan. Kalau kena tapa yis tu, kena awal sikit bangun. Hahaha..culculation sungguhhhh..

Sumber: 





CUCUR NASI IKAN BILIS

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...



Tuesday, October 26, 2010

Karipap Daging


Assalamualaikum..

Karipap gerutu ni dah lama buat. Tapi lupa lak nak masuk resepi dalam blog ni. Entah ler napa jadi gerutu dan jangan di tanya. Kalau nak kata digoreng dengan api yang besar, tidak juga. Tapi yang pasti mabelesss la karipap buat sendrik ni. Ye la..buat sendri kan. Sapa la nak kata mabeles kalau tak diri sendri. Ngeee..

Kulit karipap amik resepi dari kak Maz. Sebab sukatan kak maz untuk sikit je. Kebanyakkan sukatan pakai kilo. Memanjakan otak, malas nak kira bahagi kali campur semua nak buat sukatan sedikit, jadi saya amik je la sukatan kak maz ni. Rangup sedap ok. Tapi gerutu..

Kelim? Tu tak nampak cantik kemas tu..kelim pakai cetak karipap je la. Hahaha... tungu la dah terror nanti boleh le kelim ngan jari sendiri.




KARIPAP  Inti DAGING



Sumber Resipi : Ilhamdapur


Bahan-bahan

Kulit karipap

  • 2 cawan tepung gandum yang berkualiti - kita guna allpurpose flour
  • 1 sudu makan penuh butter
  • 1 sudu makan penuh shortning
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk (dari peti)
Cara-cara
1. Masukkan tepung dan garam dalam bowl, gaul sebati. Kemudian masukkan butter dan shortning. Gaul guna hujung jari biar jadi biji-biji kecil macam serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan (kalau terlebih masukkan air, tambah tepung sikit lagi)
3. Biarkan seketika dalam 5-7 minit. Kemudian boleh lah dicanai nipis dan letak inti kegemaran masing-masing (kita guna inti kari daging) dan tutup elok-elok agar tidak terbuka. Kita guna acuan je. Simpan frozen dulu sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak dengan api yang perlahan. Masukkan karipap yang telah difrozen tadi dan goreng sampai kekuningan. Balikkan-balikkan sekali sekali semasa mengoreng agar cara masaknya seimbang dan kulit karipap ditidak mengerutu (licin).



  • Bahan Inti : sumber nasuha 1253myresepi
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air

  1. cara
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.