Monday, May 31, 2010

Moist Roast Chicken

Assalamualaikum.. Dah masuk petang ni. Mesti sesemua dah lunch kekenyangan. Ni buat lauk untuk dinner. Lauk menu baru di dapur ku ituw. Bila ada resepi baru, paling suspen kalau suapan pertama ke mulut hubby, yang bertambah suspen kalau ayat pertama keluar darinya ialah "kenapa..". Huuhuhu..kalau kenapa mesti la something kan.Hikhikhik.. menu mcam ni mmg tak berapa biasa lagi dibuat. Tak berapa reti teknik bakar2 ni kan. Sebab kalau bakar ayamnya tu tak berapa nak lembut. Saya la kot tak berapa paham teknik2 nye. Tapi pada saya sedap sangat dah..eh sedap apa ayam ni.."kenapa" hubby tu adalah ayat seterusnya..nak tahu "kenapa" apa?.. Biarlah rahsia.....hikhik



Resepi dari belog berantu. Hantu tudung saji...wakakkaa. Layan resepi okai..




Moist Roast Chicken
Source: cik puan tulip @ fiza
Copy: kak Hana

INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut into 6-8 pieces
4 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds* (* blended)
1 tbsp Sweet Soy Sauce
1 tbsp Honey
2 tbs Oyster Sauce
2 tbsp Chili Sauce
1 tbsp Tomato Sauce
4 tbsp Water
Butter
1/2 tbsp blackpepper - hana add-ikut k.hana

METHOD:
Mix all of them.
Marinate for 30 min.
Place in a baking dish.
Place some butter on top.
Bake 190C for 60 min.
Top with brown sauce & serve with Chicken Rice or plain rice.



NOTE: Hana rebus ayam dulu setengah masak denga halia n batang saleri. Angkat dan toskan. Kemudian gaul ngan bhn2 rempah dan sedikit air rebusan. Perap dan bakar.-ini pun saya ikut

Black Beauty Chocolate Cake

Assalamualaikum.. Sihat semuanye? Semalam ternampak kek ni kat umah kak Leen. Tergoda tengok hitam yang mewah itu dan memang dah lama duk simpan resepi ni tapi tak terbuat buat lagi. Hari tu amik resepi ni kat umah MamaFami dan diperam lama, hari ni baru berhasil keknye. Boleh la tahan untuk 2,3 hari, tak payah buat kuih manis. Saya buat setengah adunan je. Tu pun dapat banyak. Rasa kek ni bergantung pada serbuk koko lah kot. Kalau gune berjenama lagi sedap dan harum. Agak lebih kurang sama dengan rasa kek coklat yang biasa saya buat cume warna hitamnya tu yang sesuai dengan namanya. Berbaloi untuk dicuba lagi. Layan resepi...




BLACK BEAUTY CHOC. CAKE
Source : Mak Lang Azie
Copy: MamaFami

Ingredients (A) :

2 cups flour
3/4 cups cocoa powder
2 teaspoons bicarbonate soda
2 teaspoons baking powder

Ingredients (B) :

2 cups castor sugar
1 cup evaporated milk (I used fresh milk)
1 cup cooking oil or melted butter
1 cup lukewarm water
1 tablespoon chocolate emulco
3 eggs



Method :

1. Sift together all ingredients in A. Set aside.
2. Mix well all ingredients in B.
3. Pour ingredients B into A and mix well.
4. Bake in a preheated oven at 180 C for 50 minutes to 1 hour. Oven temperature and time of baking may differ.





Sunday, May 30, 2010

Udang Masak Merah Berempah DJ

Keadaan hari kiamat: "Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan kabut putih dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang. "(25:25)

Assalamualaikum.. dah lunch? Ni sedap ni buat lauk lunch. Makan dengan nasi putih atau apa apa jenis nasi pun sedap. Dapat resepi ni masa dok intai-intai kat umah kak Nor Terengganu. Layan resepi untuk rujukan diri sendiri.



Udang Masak Merah Berempah by Dayang Jack
Source: Dayang Jack
Copy: Kak Nor

Bahan-bahan :
500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
Hidangkan setelah masak.

Chocolate Oatmeal Cookies

Assalamualaikum.. Sapa nak makan biskut? Meh amik sorang sikit..sikit je tau. Lelebih pookk tangan die. Sedap gak mengkudap semekot ni. Maklum la semekot yang sihat la kunun kunun kan. Saya amik resepi kat SINI.

Chocolate Oatmeal Cookies
Source: Happyhomebaking
Ingredients:
(makes about 25~28 cookies)

90g butter, softened at room temperature
25g caster sugar
25g brown sugar
1 egg (weights about 60g with shell), lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon salt
100g plain flour
100g oatmeal or roll oats (I used organic instant baby oat)
20g dark (semi-sweet) chocolate, finely chopped
50g walnuts, chopped
60g mini chocolate chips

Method:
Preheat oven to 190degC. Line baking trays with parchment paper.
With a manual whisk, cream butter and sugar in a mixing bowl until the mixture turns pale and fluffy.
Dribble in the egg gradually. Mix well after each addition. Add in salt and vanilla extract, mix to incorporate into the batter.
Sift the flour over the batter, fold in with a spatula.
Add oatmeal, chopped chocolate, walnuts and mini chocolate chips. Mix well with the spatula.
Drop tablespoonfuls of the cookie dough onto the prepared baking tray. Leave some space between the cookies to allow for spreading. Flatten each cookie dough slightly with the back of a fork, keeping the shape as even as possible.
Bake for 8~10 mins or until golden. If necessary, rotate the baking tray halfway through the cooking time to ensure even browning.Transfer to a wire rack to cool completely. Store in air-tight containers.



Jadi sesapa terbekenan kat semekot ni sila la buat..Anak saya yang first tu suka la makan semekot ni, tapi yang second tu dia makan separuh, dan yang separuh lagi die lebih suke tengok biskut tu terawang2 jatuh dari tingkat 17 neh nun ke bawah!! Itu tanpa pemantauan..Awas, pantau anak anda ketika mamam...kehkeh..





Saturday, May 29, 2010

Harum Manis

Keadaan pada hari Kiamat: "(Yaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran - lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya." 21:104



Harum Manis
oleh: Momok @MyR
Bahan-bahan ( 60 biji )

300gm Gula Melaka
350ml Air
3 biji telur
150gm gula pasir
350gm tepung gandum - DIAYAK
1/2 sudu teh baking powder - DIAYAK
1 sudu teh bicarbonate of soda - DIAYAK
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
4-5 biji pisang raja dihiris bulat tipis




Cara-cara:
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
Pukul telur dan gula hingga naik.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan setengah penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan. Awas: Ianya akan naik membuak & menyenget kalau letak 3/4 penuh.
Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.


Assalamualaikum.. Untuk minum petang sesuai sangat apam harum manis ni. Saya buat separuh adunan je. Sila sila amik sorang satu sambil minum kopi kita tengok tv dan kunyap harum manis ni. Trima kasih cik momok yang share resepi simple ni. Daaaa...

Daging Asam Pedas Dayang Jack

Keadaan hari Kiamat:

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang gunung-gunung, maka katakanlah: "Tuhanku akan menghancurkannya (di hari kiamat) sehancur-hancurnya, maka Dia akan menjadikan (bekas) gunung-gunung itu datar sama sekali, tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi." (20:105-107)

Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu dan bercuti. Mungkin ramai yang bercadang jalan2 cuti2 hujung minggu ni dan diharap dimudahkan perjalanan semuanya.

Asam pedas daging ni saya ikut resepi Kak Dayang Jack. Dah dua kali cuba buat dan sedap dijamu. Cerita asam pedas ni teringat seorang kawan asal dari Melaka yang kami panggilnya Tiepot. Dodulu masa kat uni, Kalau balik dari becuti mesti dia bawak balik asam pedas merah menyala gitu. Makan tak hinggat punyer la sedap. Nanti nk try asam pedas melaka la pulak. Asam pedas kak Dayang ni rasa seakan2 asam pedas linda onn, bagi sesiapa sukakan asam pedas kat situ boleh lah cube. Terima kasih kak untuk resepi cetusan selera untuk dihadap. hihi..Layan resepi..



Daging Asam Pedas Dayang Jack
Source: Dayang Jack

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging (dihiris)
5 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
3-4 sb cili kering kisar (sukatan bgantung pd kepedasan cili) - boleh tambah jika suka
1 batang serai (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 sdt jintan manis dan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
daun kesum
bunga kantan (dihiris)
air secukupnya
air asam jawa secukupnya
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula



Cara-cara: Tumis bahan2 kisar dan jintan hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga separuh empuk. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Setelah daging empuk, masukkan garam, gula dan air asam jawa.





Friday, May 28, 2010

Kuih Lapis Kopi

Assalamualaikum..

Wah merata tengok kuih lapis je. Tak ketinggalan saya pun nak melapis gak la. Dah cube lapis pisang memang sedap woo..plak2 tang pisang tak berapa hancur tu kan. Tapi kali ni saya letak kuih lapis kopi dulu yang diintai2 resepinya dari Dapur Kak Asma. Tengok hari tu ada kat dapur Mas juga. Memang sedap kuih lapis ni. Anak saya duk ulang makan lapis ni sampai tak makan nasi semua dah. Dia makan selapis selapis. Rasa cukup lemak dan manis2 lemak. Terima kasih kak Asma sebab tepek share resepi. Mintak izin pada tuan resepi nak tepek sini pulak.



Kuih Lapis Kopi
Source: Kak Asma

BAHAN A
2 cawan santan (dah cukup lemak dengan 2 cawan santan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna 3/4 cawan dan manis yg sangat sesuai)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh garam

BAHAN B
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu makan serbok koko
1 sudu makan serbok nescafe
1/4 cawan air suam
semua bahan dicampur rata dan tapis.

BAHAN C
1/4 cawan air suam



CARANYA
Gaulkan semua bahan A sehingga sebati. dan tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan bahan B kedalam satu adunan, kacau rata. Biarkan warna asal satu adunan dan campurkan bahan C kacau rata. Masukkan satu senduk adunan koko kedalam loyang dan kukus selam 5 minit. Lapiskan satu senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan koko dan warna asal serselang seli sehingga adunan habis.

NOTA AKAK: kuih lapis ni kurang lemak,jadi akak cadangkan tambahkan secawan lagi santan dan juga tambahkan sedikit tepung gandum..kena adjust sikit yea..tu pdpt akak..akak buat dalam bekas gini bukan ape selain cepat masak senang nak dimakan...

Thursday, May 27, 2010

Mixed Vege Sausage Bun

"Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu[565], dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman."-(7:143)

-Para mufassirin ada yang mengartikan yang nampak oleh gunung itu ialah kebesaran dan kekuasaan Allah, dan ada pula yang menafsirkan bahwa yang nampak itu hanyalah cahaya Allah. Bagaimanapun juga nampaknya Tuhan itu bukanlah nampak makhluk, hanyalah nampak yang sesuai sifat-sifat Tuhan yang tidak dapat diukur dengan ukuran manusia.

Assalamualaikum kengkawan.. Roti lagi? Ni gara-gara kak Hana blog berhantu tu la..tak pasai meroti lahi.hikhik..To Ira, jangan jemu ek roti lagi ari ni...muahaha. Roti ni sangat lembut gebus dan mulus. Macam yang beli kat bakery tu la. Bebudak ni pun suka rotinya lembut.



Boleh jenguk sini untuk tengok resepi rumah Kak Hana dan boleh terus tengok demo dari CikMatGebu. Saya turut tampalkan resepinya di sini.

Bahan-bahan
300 g tepung roti
60 g gula halus
5 g garam halus
10 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
2 camca teh instat yeast (mauripan)
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
150 ml air
30 g mentega
Bahan lain
8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
Mix vege secukupnya
Sos tomato secukupnya
Mayonnaise secukupnya

Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)

Cara-cara:

UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.




-Saya uli tangan je, uli sampai tepung2 lembik tu dah tak melekat kat tangan. Adunan saya agak lembik jadi saya tambahkan 3 sudu makan tepung. Saya uli lebih kurang 20-25minit. Fuh bepeluh tap tap menambah perisa roti..kikiki. Mcm dalam gambo tu tunggu sejam mengembang. Bahagikan doh bulat dan saya dapat 9 biji tiap satu lebih kurang 70gm.

UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 35g setiap satu je), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).




Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.

Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.


Wednesday, May 26, 2010

Bun Strawberry Ole

Assalamualaikum.. sihat semua? Hari ni tak berapa ada mood nak berblog. Si kecik asik ngamuk je. Nak melekat kat ummi 24 hours lak tu..Huiii sabo je anak..ni meroti lagi ni. Jangan bohsan plak ye..Amik reesepi kat umah Mak Yong Ros. Roti saya ni tak rupe macam kat umah ros. Sebab satunya saya guna jem biasa je. Jam strawberi tu yang tak berapa nak nampak warna merah tu. Kalau nak tengok macam macam roti boleh singgah jenguk kat Jintan Manis Ros. Layan resepi.



Bun Strawberry Ole
Source: Ros

Bahan-bahanya:
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
7 biji strawberry ranum diblender dengan 120 ml susu
1/2 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu besar dried fruits ( ros guna ceri merah dan kismis hitam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner
sedikit pewarna merah ( ros guna sirap) - pink doh tu agak-agak ye
( jika tiada strawberry fresh boleh ganti dengan 2 sudu besar jem strawberry di blender bersama susu segar tadi)



Caranya:

1. Masukkan semua dlm bekas aduna dan uli hingga tak melekat pada jari. kemudian perap doh selama satu jam.

Kaedah lain : Penggunaaan Breadmaker, masukkan semua bahan kecuali dried fruit tekan Dough dan On je, bila dah siap uli sekejap dan masukan dried fruits, kemudian boleh terus bentukkan bulat-bulat.

2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 atau 12 dan susun dalam acuan petak, rehatkan selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

- Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.

Award: Dari LOVE



This friendship award is from Love. Terima kasih Love....Semoga kita dapat bershare ilmu masak memasak dan teman berteman di maya ni..

Tuesday, May 25, 2010

Roti Kacang Merah bertukar..

Rasulullah SAW bersabda : " Allah SWT berkata: Siapa sibuk mengingatiKu dari memintaKu maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta."

Assalamualaikum.. bertemu kembali pada hari selasa ni. Dah siap masak lunch iye..Ni die roti yang saya buat last week. Uli uli pakai tangan je. Sesapa nak excersise tangan tu elok sangat la kan. Sebenarnya ni dari resepi roti kacang merah tapi dah bertukar. Ternampak dalam belog sitinormah..geram dengan rotinya..jadi saya pun meroti jugak tapi tukar inti coklat. Sedap jugak dengan kelembutannya tu.





Roti Kacang Merah Extra
source : Cik Mat
copy: sitinormah

Bahan-Bahannya:

500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air ( guna 50 g air suam bancuh yis + gula 1/2 sudu kecil )
inti kacang setiap satu 20 g



Cara membuatnya :-)
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh.
2. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan macam saya nih memamg betul2 air tangan lah katakan.
3. Tutup permukaan bekasnya doh dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap.
4. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 16).
5. Isi inti kacang merah pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik ( 30 - 45 minit. )
6. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.


Monday, May 24, 2010

Deco Amatur....

"Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu menjadi cubaan bagimu. Allah di sisiNya pahala yang besar." (At Thaghabun:15)

Assalamualaikum.. dah petang jap lagi masuk malam pulak. Ujung Minggu baru ni dapat order dari adik sebiji kek dan sikit kuihmuih tuk celebrate birthday anaknya. Dah setahun dah Aliff Abqari..jap lagi dapat adik plak kan..ala cian tak lama bemanja. Sebenarnya malu nak tunjuk deco yang tah hapa hapa ni. Ni mendeco syok sendiri je. Amacam sifu sifu deco kek, ada lulus? Saya ni sebenarnya sangat sangat sangat teringin nak belajar deco mendeco kek ni, tapi belum ada kesempatan dan peluang. Jadi nak lepas gian tu lukis-lukis touch up je la ikut sesuka hati.



Keknya pula saya buat kek marble Chocolate cheese yang diambil dari Chef Hanieliza, ternampak memula kek ni kat umah kak Yatie US dan ditambah testimoni oleh kak Anis. Maka dengan kekompidenan yang tinggi saya dengan tidak teragak-agak membake kek ni dan hasilnya....sangat berpuas hati. Bila memula rasa kerak2 kek tu sedap je..wangi je keknya dan moist. Tapi tak dapat snap rupe dalam kek tu. Nanti nak buat lagi kek ni. Dan pihak yang dapat kek pun puas hati dengan rasa kek yang sangat sedap dan katanya buttercream tu pun sedap. Biasanya agak muak tapi yang ni sedap dimakan. Untuk buttercreamnya saya amik resep kat My R..







Amacam rupe kek ni? Ada sapa2 nak order? Ada bran? Boleh kontek saya..hahahaaaa..

Jelly Laici Pandan

Tipu daya dunia, Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta dunia dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian itu. Maka mereka orang yang rugi." ( Munafiqun:9)

Assalamualaikum.. Hari tukan, pada suatu hari, en somi saya balik bawak seplastik beso buah laici segar bugar. Nyum nyum..sedapnya lah makan dengan juicy nyeeee. Kulit die lembut tu senang lah lagi nak kopek. Pastu bile semalaman dah buah tu, bila kulit dah keras sikit, malas dah nak hadap. En somi pulak di serang batuk lagi lah dijauhkan buah tu. Jadi saya pun kopek buah tu, letak dlm peti ais...mak aiiiiii bertambah sedap.


Buah laici segar yang nak direbus sebentar jadi air laici.





Hari tu ada nampak kak shiela buat jelly kelapa muda. Sedap sungguh nampaknya. Kebetulan saya dah rebus skit buah laici tu buat air dan rasanya pun wangi wangi seakan akan ada aroma kelapa, maka jeng jeng...alahai..sedap bebenor jelly laici ni. Kegemaran budak kecik bedua tu. Cerita kanmain panjangkan..menda nye ciput je..hehhee..layannnnnnnnnnn.. Resepinya lebih kurang kak shiela punya resepi jelly kelapa muda pandan ni.ejas ejas jela.



Bahannya
1 peket agar-agar serbuk
Air kelapa muda - ( sy buat dari 3 biji kelapa muda dpt 6 gelas)
1 cawan gula pasir - ikut kemanisan
Daun pandan di simpul
Pewarna hijau buat tambah seri- x letak pun x apa
Dalam periuk satukan, air kelapa, gula, serbuk agar2, daun pdn simpul, pewarna
Masak hingga didih, masuk isi kelapa dan pewarna, tutup api
Bolehlah di isi dlm bekas dan sejukan



DONUT MALUS DOMESTICA

"Maka barangsiapa yang derhaka, dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya." -(An Nazi'at:37-41)

Assalamualaikum..slamat pagi. Bersua kita kembali hari Isnin minggu baru. Dah sarap? Donut ni pun sesuai untuk sarapan ni. Sangatlah gebu..sangat lah lembut dan sedap. Saya ni memang penggemar donut dan suka bila tengok donut ni naik gebu. Dan akan buat lagi bebila teringin nak makan donut. Thanks to TTM untuk resepi donut yang sedap ni. Dah merata donut ni bergolek2 ke rumah-rumah blog teman yang rajin memasak ni, ada yang goreng aje, ada yang dibuat doh untuk pizza cam kak Ummi,ada yang buat donut bakar cam kak Hana dan bermacam-macam paten pun ada.



Donut saya ni tak sira dengan gula sebab senang dak kecik nak makan. Kalau bergula satu badan dia nanti penuh gula. Untuk si abang, donut ni dia makan cicah dengan gula. Layan resepi meh...


DONUT MALUS DOMESTICA
Source : TopsyTurvyMum
copy: Kak Umi

300ml air suam
80g/1/3 cup melted butter
2 eggs
1 1/2 tsp salt
3 tbsp sugar
600g/4cups bread flour
2 tsp yeast



Cara-Cara:-
Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting: Dough.
Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
Satukan bread flour, salt and sugar.Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter.
Pastu tuang yeast.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.
Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Friday, May 21, 2010

Best Ever Muffin

Allah berfirman: "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." An Najm: 32

Assalamualaikum.. Rasa macam minggu ni tak de muffin je kan. Hikhik..sapa yang jemu muffin kesian lah kan. The latest muffin yang telah saya godek..tadaaa.. Satu bancuhan boleh buat memacam jenis muffin ni. Rasanya yang kurang manis, lemak, agak padat dan moist. Saya buat bancuhan ditambahkan dengan kismis dan blueberry. Patutnya blueberry segar tapi saja nak abih kan blueberry filling, jadi saya campurkan sekali. Resepi bersumber dari All Recipes tapi saya copy dari belog resepidiana. Terimakasih.



Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran



Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.



Cekodok Durian

Bukti cinta kepada Allah s.w.t. Allah berfirman maksudnya : "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ali Imran:31

Assalamualaikum.. sihat semua kawan-kawan. Hari ni busy skit tapi dapat jugak menjenguk menu dan khabar kawan2 semua. Tapi busy apa agaknya? Rasa cam tak buat apa-apa pung..hakhak.. Semalam tunjuk menu durian. Ada durian lebih dalam peti ais mesti dah tak laku nak makan macam tu je..so ingat nak buat muffin durian tapi alih-alih hubby nak makan cekodok durian lak. Sonang je buat ni. Semua pun taukan buat cekodok. Agak agak je la bahannya:



Secawan isi durian
4 sudu makan tepung gandum (ikut isi durian, jika agak berair isinya boleh lebihkan tepung)
satu sudu makan gula
setengah sudu kecil soda

Campur semua sebati, goreng...goreng api kecil sebab senang rentung. Hehhe.. tapi yang warna cam dalam gambo tu yang macam tu sedap sebab garing dan lembut n moist di dalam.



Thursday, May 20, 2010

Lawak betul!!

Assalamualaikum.Ni saja nak share gelak memalam dengan kengkawan jugak. Dapat emel dari en somi saya. Gelak ngekek baca ni. Teringat MamaFami share lawak hari tu, ma ni kisah benar ma.. Bace jangan tak bace. Huwahahhaa..suke suke je.klik la tang gambo nak bagi nampak ape yang ditulis tu ye..slamat malam..




Sabo betul la cikgu dia ni. Kalau aku jadi cikgu, ada gak aku pangkah beso beso satu kertas tuh..hehe

Durian dan Pulut

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu)."-Al Anfaal:11 (Memperteguh telapak kaki disini dapat juga diartikan dengan keteguhan hati dan keteguhan pendirian)


Assalamualaikum.. Ni dia for dinner. Tak percaya? Mmm bila dah boring makan nasi makan menda manis lak memalam. Sedap juge layan skali sekala. Dah en somi balik bawak balik durian dua biji lengkap beras pulut dengan kelapa, jadi buat lah dessert durian feveret dia ni. Dia suke makan cam ni je, santan putih bergaram gaul je ngan pulut dan durian.





Tapi saya suka makan kuah durian tu masak dengan gula merah n daun pandan dan durian. Makan dengan pulut. Memanggg seeedaaaaap. Bais plak makan pulut dengan sambal tumis. Tak snap la pulak. Tak pe layan je gambo ni...






Apam Aiskrim

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."- (Ali'Imran- 145)

Assalamualaikum..Selamat pagi..Ni satu entry tertunggak yang saya baru perasan masih terperam. SAya buat apam ni pada suatu hari. Apam ni tak senyum kan? kan? kan? Kena sumpahan apam?? Masa buat apam ni sangat lah tak confident dan macam-macam la. Tula pasal maleh nak letak warna apa2 tu. Tapi..tapi..apam ni lembut sangat. Texturenya bukan mcm bahulu tu, dia lembut dan gebu sikit pada bahulu.Nak try? Leh layan resepi.. Terimakasih Maklang dan Zaliana.



Apam Aiskrim

Sumber: Maklang Azie
Copy: zaliana
Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda


Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)