Friday, February 5, 2010
Muffin Kurma dan Oren
Membelek koleksi resepi, banyak lagi rupanya resepi muffin yang belum dicuba. Teringat ada margarine sebekas dalam peti ais yang lama tak guna. Takut expired masuk tongsam, so saya pun cuba muffin yang menggunakan margarine. Muffin Kurma oren ni agak interesting bunyinya. Oren tak da la plak tapi saya belasah guna limau mandarin. Almaklumlah time nak raya cina ni banyak la stok limau ni kat rumah. Dan hasilnya....jeng jeng..tak la sama dengan muffin guna butter. Texturenya sangat la lembut halus mulus gebu, akan tetapi termasin sikit. Agaknya guna margarine kot. Dan rasa limau mandarin lain dengan oren sunkist tu. Ataupun kena letak banyak sikit atau sebaliknya. Walaubagaimana pun sedap la untuk ngap ngap dengan kopi o. Bais pun makan kira ok la tu. Cuma lain kali saya nak potong kurma tu besor-besor sikit sebab baru sedap masa makan muffin tu ngunyah kurma tu kan. Lain kali nak cuba guna butter, oren sunkist dan kurma di potong agak besor skit.
Muffin Kurma Oren
1 biji oren
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 cawan mentega/ margarine (saya rasa guna mentega lagi sedap)
1/2 cawan kurma cincang
1 1/2 cawan tepung
1 teaspoon soda bicarbonate
1 teaspoon baking powder
2/3 gula kastor
1 teaspoon garam
Caranya: Potong buah oren dan buangkan biji jika ada. Letakkan ke dalam food processor atau blender pun boleh. Putarkan sekali sehingga buah oren hancur sedikit (jangan hancur cuma sedikit putar sahaja). Masukkan telur, susu dan mentega. Putarkan lagi semua sebati. Masukkan kurma dan putarkan sekali putar. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder, gula dan garam. Masukkan adunan oren tadi dan gaulkan sebati. Letakkan adunan dalam muffin cup dan bakarr pada suhu 180 C selama 15-20 minit.
Tips: Untuk menguji samada kek atau muffin anda masak sempurna, cucukkan kek dengan lidi bersih atau garfu dan jika tiada adunan melekat pada lidi atau garfu bermakna kek anda telah masak dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment