Friday, February 19, 2010

Muffin Oreo



Tertarik dengan bahan-bahan yang dgunakan, maka saya pun mencuba resepi muffin oreo ni. Sudah tentu bahan utamanya menggunakan biskut oreo berkrim putih tu. Kebetulan biskut oreo Bais banyak lagi berlebih sebab dia dah jemu makan oreo, saya pun merajinkan diri mencuba satu lagi resepi baru muffin.


Bahan-bahannya:

1 3/4 cups all purpose flour
1 tablespoon baking powder
1/4 cup sugar
1/3 cup butter (room temperature)
1 large egg
1 cup fresh milk
16 Oreo chocolate sandwich coolies, chopped
50g white chocolate chopped
50g dark choccolate chopped

Caranya: Campurkan tepung, baking powder (yang telah diayak) dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan mentega dan gaulkan sampai jadi crumbs (saya gunakan tangan). Campurkan telur bersama susu dan gaul sebati di dalam mangkuk yang lain. Perlahan-lahan masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati (adunan agak berketul). Kemudan masukkan oreo hancur bersama kedua-dua coklat dan kacau. Masukkan adunan dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip di atas. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.


Saya agak teruja untuk merasa muffin ni. Sebab saya gantikan kedua-dua coklat dalam resepi tu kepada coklat chip yang ada putih dan coklat. Lebih kurang ada white dan dark coklat jugakan. Jadi, ianya satu muffin yang sedap dengan texture yang agak padat dan berat tetapi ada coklat yang cair di dalam. Muffin ni tak manis tapi bila makan dengan coklat yang cair-cair tu dia jadi la manis. Sebab rasanya yang enak dan lazat, saya pun berkongsilah rasa dengan jiran saya. Memang buat muffin pun dengan niat nak pulangkan piring jiran. Have a nice muffin!

Makan Makan


LAPIS ROTI BERDAGING ni memang sedap. Yang sedap tu bila cheese tu dkunyah bersama inti dagng tu..waahh sedap sunguh. Menu ni buat sekali sekala ok la..kalau dah berkala-kala mmm bagai dikata la.. Menu ni buat masa tahun baru 2010. Buat untuk breakfast. Simple dan sangat sedap. Ala-ala lagsana tapi dtukar dengan roti.

Special request dari special person jadi saya pun sertakan sekali resepinya.
Bahan-bahannya:
untuk inti:
3 biji kentang (dipotong dadu)
500 g daging cincang
1 biji bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 sudu besar serbuk kari @ lebih
minyak untuk menumis
saya masukkan sedikit serbuk lada hitam dan basil
untuk roti:
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
sedikit garam
cheese (saya guna pizza cheese:combination mozzarella dan cheddar)

Caranya: Tumiskan bahan blend, masukkan kari, daging dan kentang. Masak hingga kentang empuk (macam inti karipap). Untuk lapis roti, celupkan roti bersama susu segar, telur dan garam. Ramas-ramaskan adunan. Lapiskan roti dan inti berselang-selang di dalam dulang bakar. Taburkan cheese di atas sekali.Bakar sehingga cheese kekuningan.





KEK COKLAT MOIST sedap yang lembut dan lembab. Masuk je ke mulut hancur je dalam mulut. Dah banyak kali buat dan family memang suka makan kek ni. Ada yang saya kukus dan saya bakar. Ada juga saya alter sikit bahan-bahannya supa lag moist dan rasa yang kaya dengan coklat.





PAU GORENG ni memang lembut dan rangup di luarnya. Kuih pau goreng ni pun saya dah banyak kali buat. Buat inti kaya, inti kelapa gula merah, inti kentang berdaging dan saya letak sikit telur. Hubby saya pun suka sebab sampai petang pun masih lembut bila dia makan bawa bekal ke office. Saya pun memang suka pau goreng ni. Dulu-dulu selalu beli kat pasar ramadan yang berintikan sardin. So untuk pau seterusnya saya akan cuba buat inti sardin pulak. mmm basta...

Wednesday, February 17, 2010

Muffin Chocolate Chip


Buat muffin ni sebab caranya mudah dan teruja tengok gambar muffin ni yang sangat cantik menggebu. Dapat resepi dari hanieliza.fotopages. Muffin ni satu muffin yang comel dan naik menggebu tapi agak padat dan berat. Muffin ni tak ringan dan moist sangat. Kanak-kanak suka sangat muffin ni sebab ada coklat chip tu.


Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan mentega (cairkan)
2 cawan susu
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Bahan B
3 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 cawan gula perang

Coklat chip secukupnya.

Cara-caranya: Satukan bahan A. Bahan B diayak kecuali gula perang. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan gaul rata. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan coklat chip di atasnya.

Friday, February 5, 2010

Muffin Kurma dan Oren


Membelek koleksi resepi, banyak lagi rupanya resepi muffin yang belum dicuba. Teringat ada margarine sebekas dalam peti ais yang lama tak guna. Takut expired masuk tongsam, so saya pun cuba muffin yang menggunakan margarine. Muffin Kurma oren ni agak interesting bunyinya. Oren tak da la plak tapi saya belasah guna limau mandarin. Almaklumlah time nak raya cina ni banyak la stok limau ni kat rumah. Dan hasilnya....jeng jeng..tak la sama dengan muffin guna butter. Texturenya sangat la lembut halus mulus gebu, akan tetapi termasin sikit. Agaknya guna margarine kot. Dan rasa limau mandarin lain dengan oren sunkist tu. Ataupun kena letak banyak sikit atau sebaliknya. Walaubagaimana pun sedap la untuk ngap ngap dengan kopi o. Bais pun makan kira ok la tu. Cuma lain kali saya nak potong kurma tu besor-besor sikit sebab baru sedap masa makan muffin tu ngunyah kurma tu kan. Lain kali nak cuba guna butter, oren sunkist dan kurma di potong agak besor skit.


Muffin Kurma Oren
1 biji oren
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 cawan mentega/ margarine (saya rasa guna mentega lagi sedap)
1/2 cawan kurma cincang
1 1/2 cawan tepung
1 teaspoon soda bicarbonate
1 teaspoon baking powder
2/3 gula kastor
1 teaspoon garam

Caranya: Potong buah oren dan buangkan biji jika ada. Letakkan ke dalam food processor atau blender pun boleh. Putarkan sekali sehingga buah oren hancur sedikit (jangan hancur cuma sedikit putar sahaja). Masukkan telur, susu dan mentega. Putarkan lagi semua sebati. Masukkan kurma dan putarkan sekali putar. Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder, gula dan garam. Masukkan adunan oren tadi dan gaulkan sebati. Letakkan adunan dalam muffin cup dan bakarr pada suhu 180 C selama 15-20 minit.

Tips: Untuk menguji samada kek atau muffin anda masak sempurna, cucukkan kek dengan lidi bersih atau garfu dan jika tiada adunan melekat pada lidi atau garfu bermakna kek anda telah masak dengan sempurna.

Muffin Coklat Simple



Resepi daripada myresepi.com dan empunya yang bernama Kak Yani (Jepun). Selalu dok tengok resepi kak Yani ni mesti sedap-sedap dan simple. Resepi dia semua macam resepi chef chef je. Cantik dan sedap. Kebetulan baru ni suami agak kenyang balik dari motivation course so tak mau makan berat sangat for dinner. So saya pun buat la muffin yang simple ni. Suami pun suka makan. Memang sangat simple tapi sangat sedap la. Tak rugi mencubanya. Lembut dan rasa coklat sebenar. Manis yang sangat sesuai sebab saya dah kurangkan sikit gulanya.

Muffin Coklat Simple

200 gm coklat masakan
70 gm butter
2 biji telur
50 gm gula halus
60 gm tepung
1 sudu kecil baking powder


Caranya: Cairkan coklat masakan secara double boiling. Setelah coklat cair angkat dari api dan masukkan butter kacau sampai cair. Dalam mangkuk yang lain pukul telur bersama gula sampai sebati(tak perlu kembang). Campurkan adunan coklat (saya biar dia suam sikit) ke dalam telur. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan terlalu lama cukup sekadar tepung bersatu dengan adunan. Bakar pada suhu 180 C selama 18-20 minit.