Monday, June 29, 2015

Agar-agar Santan Sirap Rose


Dulu-dulu awal-awal melihat agar2 ini saya agak prejudis. 'sedapkah sirap rose digandingkan dgn santan. Boleh duduk sama tinggi berdiri sama rendah kah dia dengan agar2 santan perasa pandan dan juga gula merah?". Rupanya benarlah simpulan belum cuba belum tahu itu. Bila saya dah mencuba sendiri baru lah tahu kenikmatannya. Agar yang ini bukan sahaja mudah,malah sangat nikmat bila di hidang ketika berbuka puasa.

Anak anak saya memang penggemar agar2. Suami saya pun penggemar agar2 merah. Memang layan habis.. Keserasian rasa santan bergabung dgn wangi rose itu amat memukau rasa. Rasa lemaknya sampai kebahagian merah, mungkin kerana masin bercampur manis itu. Saya pun kurang pasti. Akn tetapi agar yg satu ini pasti saya ulang buatnya dikala keteringinan menjengah rasa.

Terima kasih kak Nadz yang comel dan genit itu. Yang telah mengimprovise kan resepi simple tanpak menarik dan menjadi sesuatu  kerinduan buat anak-anak kelak akan air tangan ibunya. Benar kan? Mohon dipanjangkan di sini pula resepinya ya. 


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan) *izah taruk 1.2 liter
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.







Butter Chicken Yang Terlajak Sedap..



Assalamualaikum

Ya ampunnn. Mudah bangat seh membikin nya. Kenapa gue lambat ketemu ama resepi gampang ini!!
Jangan marah org indonesia. Sekali sekala mau ngomong Indon. Hahaa..
Ye.. senang simple sedap terbaikk. Anak2 paling gelojoss dapat makan lauk ni.
Sedap dimakan dgn nasi. Kemudian belen diratah begitu sahaja, Kemudian dimakan dgn roti prata pun terbaik. 

Mungkin kelihatan butter chicken saya agak pekat kuahnya, Terpulang kepada selera kita utk menggayakan lauk yang dimasak. Kepedasan, kelikatan. kerangupan, kecukupan rasa masam manis masinnya hanya ada pada air tangan si tukang masak. Itu lah pembeza nya walau resepinya sama kan.

Terima kasih kak Azie yang tak jemu berkongsi resepi di blog nya.  Banyak resepi kk Azie yang memang terbaik dan malah paling baik sepanjang saya mencubanya. 



Ayam Masak Butter
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang *izah omit
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari * izah taruk 2
Beberapa keping cheese * izah omit
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai * izah taruk lebih
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam  *izah guna lada sulah

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.








Friday, June 26, 2015

Siakap Masak Sweet Sour Sedaaaapppp


Assalamualaikum

Dah seminggu Ramadhan berlalu. Pantas masa berdetik, Kesempatan beribadah dgn ganjaran berganda harus lah direbut selagi boleh. Kelmarin dgn tak sengaja atau mmg sengaja atau tanpa sedar agaknya, ayah budak budak ni menyebut nak ke bazar. Jadi pertama kali dlm Ramadhan ini kami ke bazar. Saya pun cuti masak. Tapi biasa la, bebulan puasa ni tahap imaginasi terhadap sesuatu menu tu tahap 5star tapi sebalik nya. Ha kan padan muke. Hehheehe... 

Nex time masakje sendiri tak banyak bunyik kan. 
Biasa siakap saya suke msak sweet sour je. Anak pun suke sbb xpedaas sangat. Kali ni saya cuba resepi dan tios yg dikongsikaan oleh En Roslan. Eh mmg mabelesss. Mcm berada di restoren Thai. TQ en Roslan sudi Share.

SIAKAP SWEET SOUR
by: Muhammad Roslan




BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
  • Ikan siakap lebih kurang berat 0.8 – 1.0 kg berat. Dibuang sisik, bersihkan dan kelar mengikut gambar. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa makanan, serbuk lada putih dan jus limau nipis. Peramkan dipeti sejuk sekurang-kurang 2 jam.
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus.
  • 1 inchi halia dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu di hiris dadu.
  • 1 btg celery di hiris dadu
  • 1/2 biji lada benggala /bell pepper merah di potong dadu.
  • 1/2 biji lada benggala hijau didadu.
  • 1 cawan buah nenas didadu / guna nenas dlm tin pun boleh.
  • 2 helai daun bawang dihiris halus utk hiasan.
  • sedkit garam dan serbuk lada putih cukup rasa.Minyak masak secukup untuk goreng ikan – deep frying.

PENYEDIAAN TEPUNG UTK GORENG IKAN:
  • 1 cawan tepung gandum untuk dijadikan tepung kering salutan pada ikan tujuannya mengeringkan dari kelembabpan. Tepung ini diadunkan dengan 1 sudu besar tepung beras ditambah garam, serbuk lada putih.
  • 1 cawan tepung gandum, diadunkan dengan 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung beras /ubi.Di jadikan adunan cair untuk dicelup ikan dan digoreng. Tepung di tambah 1/2 sudu kecil baking powder, 1/4 sudu kecil serbuk lada putih dan garam. Air biasa boleh digunakan atau yg terbaik air dalam tin ginger ‘ale atau pun air soda – bicarbonate water akan berikan hasil gorengan rangup yang terbaik.

PENYEDIAAN SOS:
Bahan- Bahan diperlukan:
  • 4 sudu besar sos cili produk bumiputra.
  • 3 sudu besar sos tomato produk bumi putra.
  • 2 sudu besar sos “plum”.
  • 1 sudu besar sos berperisa tiram.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu besar kicap cair / kicap berperisa maggi.
  • 1 sudu kecil minyak bijan/sesame oil (kalau ada).
  • 1/2 cawan air.
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.Asingkan.


CARA-CARA MEMASAK IKAN MASAK MASAM MANIS:
1. Adunkan semua bahan-bahan untuk sos dalam sebuah bekas.
2. Sediakan ikan seperti diterangkan.
3. Sediakan tepung salutan kering dan tepung celup goreng seperti diterangkan di atas.
4. Goreng ikan sehingga garing dan toskan di atas kitchen towel. Di pingan hidangan susun daun salad bunga dan letakan ikan di pingan hidangan.
5. Panaskan kuali masukkan 2 sudu besar minyak masak dan goreng hirisan bawang putih diikuti dengan hirisan halia dan bawang. Bawang cuma perlu dilayukan saja. Masukan lada benggala, celery,nenas. Masukan sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng (saute) selama 1 minit. Tak perlu masak habiis..cuma takat layu saja bagi mengekal kegaringan sayuran ini.
6. Tuangkan sos yang telah sediakan dalam kuali. Adunkan sos serata dengan sayuran tadi. Kalau sos anda pekat masukan sedikit lagi air utk kepekatan diperlukan.  jadinya. Masa masak sos dengan sayur cuma 1-2 minit saja. Jangan sampai sayuran anda layu
7. Masukkan bancuhan air dan tepung jagung ke dalam kuali dan kacau rata. Bila sos mula mendidih matikan api dapur. Tuang sos yang telah sedia ke atas ikan goreng yg telah sediakan. Hiaskan hidangan. Jamu selera panas-panas. Selamat mencuba.






Wednesday, June 24, 2015

Puding Roti Mentega Sos Kastard



Dessert kegemaran dak Bais. Amboii siok diorang berbuka asik ada menu kegemaran ye. Sampai saya sendiri lupa apa kegemaran saya. Ecehh mcm poyo je kan. Jom check resepi yang saya jumpa ddi blog kak Anis. Cume sos kastard tu saya buat sendiri je. Suke sos yang xberapa pekat tapi lemaksss rasanya dan wangi. Sebab saya suke taruk daun pandan masa masak kuah sos.




RESEPI PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahannya: 
12 keping roti gardenia 
3 cawan susu segar 
6 sudu besar gula 
1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan )
 2 sudu besar tepung jagung 
6 sudu besar kismis 
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla 



Cara-caranya: 
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut. 
2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati. 
3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.
 4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi. 
5. Bakar hingga masak.
 6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk. 


RESEPI SOS KASTARD
by: izah

1 tin susu cair
1/2 cawan air 
4-5 sudu besar gula
2 sudu kecil tepung kastard
2 helai daun pandan simpulkan


Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati. Campur semua bahan n masak sehingga sedikit likat dan mendidih.
Sejukkan. 












Tuesday, June 23, 2015

Kerabu Tomato Ikan Bilis


Assalamualaikum

Saya ngupdate belog pepagi ni tak lain takbukan adalah antara lain memberi idea pada mak mak nak menu apa petang nanti,. tak pening kepala, n dpt focus dengan kerja harian.Lagipun time ni saya agak free dan bertenaga nak ngadap laptop. Time lain mata saya kuyu je okay. Hahaha

Ok.. kerabu ni mmg pembuka selera. Saya tgok gambar ni pun dah merembes airliur. Haha.. rasa masam manis pedas rangup nya tu mmg mabeles. Boleh tambahkan apa apa sayur yang rasa sesuai. Buat lah dengan penuh kasih sayang ewah.

Jom cek resepi kak hana ini...


KERABU  TOMATO IKAN BILIS
resepi: kak Hana


Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • 1 batang bunga kantan * izah tambah
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional *izah ganti limau kasturi
  • pak aji - klu suka

Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.








Monday, June 22, 2015

Ayam Masam Manis


Assalamualaikum

Dah shopping utk raya. Saya baru je settle sabtu ahad baru ni dan tak nak memikirkan lagi hal baju raya.
Settle alhamdulillah.
Boleh terus focus dlm mendidik anak anak puasa.
Bagaimana anak anak bangun sahur? Culas ke atau mudah je kejutkan?
Anak-anak saya kalau disebut saya masakkan lauk kegemaran mereka baru la semangat nak bangun.
Rasanya selama 4 hari puasa ni banyak ikutkan aje selera diorang. Yela budakbudak baru nak belajar puasa. Tak boleh juga dipaksa dan tak boleh juge dimanjakan.


Dan ini adalah salah satu lauk kegemaran mereka.
Saya amik resepi dri belog azianhasan. terima kasih.
Sebelum ni pernah juga masak lebih kurang mcmni n tak tahu pula ada specific nama. hehe



Gambar bawah ni saya masak n masukkan sekali nanas cube. sedapp


Ayam Masam Manis
resepi: azianhasan
Bahan-bahannya:
2 ketul isi ayam bersaiz besar- dipotong dadu dalam ukuran 3 inci
1 biji bawang holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
1 biji lada benggala hijau dipotong dadu
1 biji lada benggala kunng dipotong dadu
1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng
2/3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak bijan (optional)

Bahan-bahan untuk Sos:
5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
Sedikit lada sulah 
Garam secukup rasa
1 ketul stok ayam/ikan bilis
** Campurkan kesemua bahan-bahan sos dan kacau sehingga semuanya sebati.(Tak perlu masak)

Cara membuatnya:
Basuh dan toskan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan lada sulah
Panaskan minyak
Apabila minyak sudah panas, gaulkan ayam tadi dengan tepung gandum dan goreng
Goreng hanya 3/4 suku masak sahaja
Angkat ,toskan dan ketepikan
Daripada lebihan minyak menggoreng ayam tadi, hanya tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak sahaja didalam kuali
Tumis bawang putih sebentar dan kemudian masukkan bawang holland
Apabila sudah terbit bau wangi , masukkan sos tadi.
Kacau rata dan masukkan lada benggala dan sedikit lada sulah.
Masukkan isi ayam tadi dan gaul sehingga semuanya rata.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Apabila kuahnya sudah mendidih dan pekat, masukkan minyak bijan.










Friday, June 19, 2015

Kuih Seri Muka Jagung yang Sedap!!


Dah dpt idea nak buat kuih apa untuk berbuka hari ni?
Ni salah satu kuih yang sedap.
Anak anak n suami semua suka kuih ni.
Memang lazat n kene dgn pulut tu.
Membuatnya pun tak sesusah mana dan kejadian selepas dimasak pun tak banyak ragam. Elok je dipotong.
O ye untuk pulut tu saya tak rendam lamapun. may be sejam je atau kurang tapi lembut elok.

jom check resepi yg saya cedok dari blog kak Ita.
Tq kak Ita..


SERIMUKA JAGUNG
Resepi Oleh : Kak Rusnah
Rujukan : Mama Hawa 

Lapisan bawah ~ pulut

1 1/2 cawan beras pulut
~ beras pulut ni di rendam dahulu paling kurang 2 jam. Kalau suka pulut yang betul-betul lembut rendam semalaman ( 8 jam)
1 1/2 cawan santan ~ campurkan 100 ml santan KARA dengan air dan jadikan 1 1/2 cawan. Kalau guna santan kelapa , 1 biji kelapa parut jadikan 1 1/2 cawan santan.
secubit garam
1 sudu teh butter ~ yang ni ita tak letak
2 sudu besar kelapa parut putih ~ yang ni ita tambah
Ita suka pulut yang ada kelapa parut sebab dah biasa makan dan mengikut resepi atuk ita yang suka letak kelapa dalam pulut. Sedap bila makan nanti tau!

Kesemua bahan di kacau rata dan di kukus. Bila pulut masak, ratakan dan tekan dalam loyang bulat 8 inc dan kukus lagi. 

Ita biasa kalau masak pulut, ita masak dalam rice cooker aje. Terpulang lah pada anda semua nak masak cara kukus atau cara macam ita. Jom ita tunjukkan macam mana ita masak pulut menggunakan ricecooker
*izah pun tanak guna rice cooker
Pulut yang kita dah rendam hingga lembut dan yang telah di toskan di masukkan ke dalam ricecooker.
Masukkan juga kelapa parut putih, santan dan garam
Kemudian kacau rata
Tanak pulut seperti masak nasi
Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk nasi dan tuang di dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan minyak dan dilapik plastik.
Tekan dan padat-padatkan pulut.



Lapisan atas ~ Kuning

1 biji telur ~ buang tali pusatnya
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan santan pekat
1/3 cawan susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jagung krim di dalam tin
sedikit pewarna kuning

Pukul telur bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan yang lain
Kacau sebentar di atas api hingga berwap
Tuang atas pulut dan terus kukus selama 20 minit




Cara ita, ita masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar kecuali jagung manis dan kisar
Kemudian tapis
Tuang dalam periuk , masukkan jagung manis dan masak atas dapur hingga berwap sahaja.
Jika ada buih-buih tu buangkan ya, nanti atas kuih kita tak cantik
  
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Masukkan pulut tadi dan kukus sekejap
Keluarkan pulut tadi dan terus tuangkan adunan jagung atas pulut
Balut loyang dengan kertas aluminium supaya air tutup kukusan tidak mrenitis atas kuih
Lubangkan atau cucuk atas aluminium dengan garfu untuk mengeluarkan wap
Masukkan semula di dalam kukus dan kukus semula selama 20 minit
Bila dah masak, tunggu kuih kita sejuk betul baru keluarkan dari loyang.
Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih serimuka. 





Dendeng Daging


Assalamualaikum

Ahlan wasahlan ya Ramadhon..
Alhamdulillah , merasa lagi menghirup udara ramadhan untuk tahun ni.
Cemana puasa korang? Berbuka puasa semua ok? Semalam saya kelam kabut melayan anak-anak yg masih sedang umur belajar berpuasa. Melayan mereka berbuka sampai ayah mereka tegur, umi tak sempat berbuka nampaknya. Hehe.. bukan apa ditambahkan budak kenit yang tak puasa tu tapi dah mcm dia kelaparan berpuasa. Geli hati betul tgok dia "berbuka puasa" semaalam. hehehe..

Maaflah, kelihatan dendeng daging saya ni mcm hancur atau separa hancur. hehe tapi rasa n kelzatannya menten. Resepi mudah tapi membuatnya agak membuatkan kita berpikir nak buat ke atau nak beli kat makcik bazar ramadhon? Hhaha.. buat la korang. Kata kawan saya tangan ibu atau isteri ni mustajab. ngee

Jom tgok resepi nya. Terima kasih buat Azian Hasan yg share resepinya.



DENDENG DAGING
resepi: Azianhasan

Bahan-bahannya:
1 kilo daging
100-150  gram cili kering ( dikisar)
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging
Cara membuatnya:
Rebus daging sehingga empuk
Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper
Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
Goreng daging, angkat dan toskan
Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak
Masukkan kicap dan gaul rata
Masukkan daging yang telah digoreng tadi
Masukkan garam, gula dan cuka
Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan