Tuesday, March 10, 2015

Roti Manis Gebu Tangzhong


Assalamualaikum

Lama juga saya tak update belog selepas beberapa kali blog terupdate.
Seminggu saya berkampung di kampung suami Kulim Kedah. Anak-anak pun seminggu juga tak bersekolah.
Alhamdulillah.. minggu ni minggu exam dapat juga anak-anak ke sekolah. Mujur juga, kalau tak berkampung saya berlanjutan la  sampai 2 minggu. Semoga kesulitan dan ujian ada rahmat dari Allah. InsyaAllah.

Saya dah lama buat roti ni. Sementelah kak Aznim berkongsi resepi, apa lagi kita pun terasa nak terai. Thanzhong ni tak asing lagi bagi blogger masakan seawal tahun 2010 xsilap saya. Dedulu saya suke, sangat suka dan amat suka mentelaah resepi dari blog/fotopages Mamafami. Kira mamafami ni idola saya sehingga kini la. Dan setelah kenal blog mama ni la kemudian nya berjangkit jangkit berjumpa dengan blogger tersohor  yang lain nya.



Tangzhong ni ialah wateroux. Sejenis bancuhan untuk melembutkan roti. Bancuh tepung gandum je pun. Tapi kaedah kaum cina ni mampu melembutkan roti. Simple je kan. Saya kenal wateroux ni dari mamafami dan Ros Jintanmanis. Dan masa tu masih buat roti uli tangan je. Sekarang improve sikit kemalasan bila ada bread maker. Hehehe

Terimaksih Kak Aznim dgn ucapan bila nak update belog mu. Dan seterusnya terima ksih buat pemilik resepi Zurina Kifli.




ROTI MANIS GEBU TANGZHONG
by: Zurina Kifli

4  cwn tepung gandum
4 sb gula kastor
1/2 sk garam
3 sb mentega
3 sb susu pekat manis
3 sb susu tepung
1 cwn air suam
1 peket mauripan
4 sb penuh tangzhong

1. kacau bersama yis, gula, susu sejat, mentega dan air selama 10 minit hingga berbuih. 
2. setelah 10 minit satu kan semua bahan lain.dan gaul rata. buat lubang ditengah dan tuang separuh air sambil uli sebati.
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan. uli dalam 20 ke 30 minit. tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda. 
4. tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yg disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda. 
Sapu bancuhan susu, telur dan madu ke atas roti. Bakar 160-180 selama 20-25 minit bergantung kepeada oven masing-masing. 
Terus sapu butter setelah keluar dari oven.









19 comments:

  1. Assalammualaikum izzah.. lama x ke sini..tgk roti tu geram je klu mkn panas2.. yum2x

    ReplyDelete
  2. salam izah

    nak tanya, tangzhong tu mcm mana? ada resepi tak

    ReplyDelete
  3. iera
    tangzhong tu wateroux.
    cara dia masak 50grm tepung dengan 250 ml air sampai likat. sejukkan

    ReplyDelete
  4. salam singgah lamaaaa x singgah sini.. dah busy berbisnes rupanya ..semoga bisnes maju ya.. teringin nak buat roti ni ..lembutnya nampak.. tapi mcm mana nak buat tangzhong tu ..x kepil sekali dengan resepi

    ReplyDelete
  5. terlepas pandang pulak sal tangzhong kat ruangan komen .. hiii terima kasih

    ReplyDelete
  6. Kak izah guna tepung gandum biasa ker....lembut bangat rotinya..

    ReplyDelete
  7. kak izah guna api atas bawah ker? atau api bawah sahaja.

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM...KALAU GUNA BREADMAKER ..MASUK BAHAN2 YANG MANA DULU YER?

    ReplyDelete
  9. Salam izah... Resepi agak confuse... Air masuk skali dgn yis atau masa uli yer?

    ReplyDelete
  10. Salam izah... Resepi agak confuse... Air masuk skali dgn yis atau masa uli yer?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum salam perkenalan akk org air merah kulim suami izzah kulim kt mana?

    ReplyDelete
  12. Thanks for the recipe.. dah try sgt sedap! Semoga murah rezeki berkongsi recipe.. ❤️

    ReplyDelete