Wednesday, March 11, 2015

Apam Karemel ber Cheese


Assalamualaikum

Dengan kelajuan semaksima mungkin, saya mengeluarkan satu lagi entry yang sedap iaitu apam menggebu dengan mengecheese. Hehehe.. 
Wangi n gebu n sedap yang amat bila di kunyah dengan cheese yang masam masam lemak.
Apam ni mmg kemain gebu nya. Resepi che mat. Maap ye en mat gebu, den dah curah cheese pulak atas apam niha. Bagi menambah lelemak kat ferutt.. huwaaa

Terima kasih en cmg.



APAM KAREMEL BER CHEESE
by: izahdaut
resepi apam: Cik mat gebu

untuk cheese
125 gm krim cheese
1 biji telur
1/2 sb tepung gandum
sedikit susu segar
sedikit esen vanilla
sedikit 

Bancuh dengan mixer semua bahan di atas. pukul hingga licin.



APAM KAREMEL


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred A
2 camca besar penuh mentega atau majerin
1/2 cawan minyak masak (che mat guna minyak jagung)
2 camca besar penuh susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum (che mat tambah lagi 1 camca besar)*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit, pastikan anda kacau guna senduk bertangkai panjang untuk mengelakkan percikan dari gula panas. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Biarkan sejuk seketika.
  2. Panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas acuan dengan paper cup atau lenser acuan apam kegemaran anda dengan minyak masak. Ketepikan. Kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim, gunakan whisk. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh, buah hingga siap dan kukus 15 - 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan...


* Selepas masukan adunan apam 1/2 penuh, tuang sedikit bancuhan cheese di atas, dan kukus.







9 comments:

  1. sedapnya apam .. nak tanya resepi roti tangzhong tu.. water roux tu blh simpan lama ke letak dalam peti sebelum guna

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. tu diaa.. mmg sesuai laa utk org yg cintakn lemak mcm tun ni haa.. apam karamel tu resepi lbh kurang apam mentega yg tun mmg sgt2 suka mkn.. dh blh imejin nih sedap dia.

    ReplyDelete
  4. ampak enak sekali apam ini.. kalau saya mengkonsumsi Obat Jelly Gamat Gold G tidak bermasalah kan???

    ReplyDelete