Tuesday, November 11, 2014

Ayam Kicap Pak Said



Assalamualaikum

Nama lauk ayam kicap ni sempoi kan.
Tak tau la cemana boleh dapat nama. 
Tapi enak juga ayam kicap versi Pak Said ni.


AYAM KICAP PAK SAID
sumber: Nooren


Bahan-bahan A:
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan B:
3 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji bawang putih - dihiris
2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

Bahan-bahan C (ditumbuk halus):
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

cara:

  • lumur ayam dengan sedikit garam
  • panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
  • masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
  • selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
  • gaulkan rata
  • setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih
source: puan asmah laili








18 comments:

  1. mesti sedap ayam kicap ni sbb ada rempah ratus segala, biasa akak pakai asam jawa utk masak kicap, sesekali boleh jugak guna cuka macam ni

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ayam kicap ni...tengok rempah tu banyak....

    ReplyDelete
  3. Glemer ayam masak kicap pak said.. mesti sedap.. :)

    ReplyDelete
  4. ayam masak kicap lauk kegemaran anak saya Akid...nampak mcm best sebab ada tambahan cuka dalam resepi. Mesti cuba nak rasa apa beza tanpa cuka....Thanks share resepi Izah.. :)

    ReplyDelete
  5. Posts shared useful information and meaningful life, I'm glad to be reading this article and hope to soon learn the next article. thank you
    Signature:
    i like play games friv online and play games2girls and juego de frozen

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing the information. It is very useful for my future. keep sharing
    Games for girls|
    Kizi 1|
    Kizi 2

    ReplyDelete
  7. Thanks for your great article friend, i get new information, new ideas to do somethings, i hope you will share again, i keep waiting for next post, thanks.
    Kizi 3
    Friv 4

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing the information. It is very useful for my future. keep sharing. Can you play more games at: Friv 1000 | Kizi | happy wheels game

    ReplyDelete
  9. Many thanks for sharing the information in your blog.
    Friv 100

    ReplyDelete