Monday, August 25, 2014

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum

Ehem ehem.. beraya lagi ke kome. Semalam jenjalan makan-makan ke rumah blogger glem Anna Qawina. Makan nasi kerabu kaww punya. Sedap n puas makan. Tak hengat.. hehe. Tq Ana kerana "menjemput". Hahaha. Dan seronok juga dapat memanjangkan ukhuwah dengan kak nurin sara.. Sara tu nama anaknya. Akak ni pun blogger juga. Banyak menu rumah akak. Perut kenyang nasi kerabu pun ku jamah semuanya. Sebab semua nya sedap. Hehe.

Kek gula hangus separuh bersarang. Sedap. Suka makan kek ni. Kalau separuh bersarang ni bukan la tak jadi cuma memang suka gini. Yang bersarang tu kenyal kenyal... yang xbersarang tu lembutt je. Anak anak pun suka. Makn suam suam sedap. Terima kasih tuan resepi yang sudi share resepi. Resepi yang dipanjangkan pasti pahala nya tetap berpanjangan. Seronok kan.. antara bekalan di akhirat nanti. Tiba-tiba saya teringat org yang berjaya ni sangat tidak lokek untuk memberi ilmu. InsyaAllah ramai yg mendoakannya. Alhamdulillah :-)



KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana


Bahan untuk gula hangus :


  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah. 
NOTA :
~ Kek ni dah banyak kali Naz buat. Dari pengalaman membakarnya, selalunya masa membakar memang lebih daripada 1 jam(menggunakan oven Naz le). Bila cukup masa 1 jam, cuba goyangkan sedikit loyang. Sekiranya adunan kek kelihatan masih tidak masak iaitu masih bergoyang, tambah lagi waktu pembakaran. 
~ Boleh juga diuji dengan mencucukkan lidi ke dalam kek. Sekiranya lidi keluar bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Naz juga pernah cuba mengukus kek ini. Hasilnya ia lebih lembab tapi rasanya memang berbeza dari yang dibakar. Nak tau apa perbezaannya, kenalah cuba.







Wednesday, August 13, 2014

Aneka tempahan Birthday Cake (edible Image)




Kek Coklat Moist
9"
Edible Image Frozen



Kek Coklat Moist
7"





Kek Coklat Moist
9"



Kek Coklat Moist
9"
Edible Image Boboiboy




Kek Blueberry cheese cake
9"



Kek Rainbow
9"
Edible image princess


untuk TEMPAHAN  sila hubungi
IZAH   0135122180







Wednesday, August 6, 2014

Tempahan kapkek rose ungu untuk Pertunangan



Simple coklat cupkek dengan deco rose.

Tema Purple.

Tq Watie untuk tempahan.

Tempahan untuk adiknya bertunang.




Tuesday, August 5, 2014

Kek Pisang Chef Zubaidah yang Sedap dan Gebu


Assalamualaikum

Kek pisang ni mmg seriyus sangat la gebu.
Teknik membuatnya simple tapi menghasilkan kek yang sedap dan lembut.
Boleh la dicuba kiranya untuk dijamu kepada tetamu di majlis open house raya ni.
Resepi dari Chef hanya yang terbaik untuk hidangan anda. Eceh..hehe






KEK PISANG GEBU
resepi: Chef Zubaidah - Cake Feast
by: Izahdaut

Bahan-bahan

150 g pisang dilenyek
200 g tepung gandum
160 g gula kastor
3 biji telur
120 g minyak masak
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Caranya:

1. Pukul semua bahan sehingga adunan pekat.
2. Masukkan adunan ke dalam acuan 8". Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 c selama 45 minit atau sehingga masak.



*Cara pastikan kek masak, cucuk menggunakan lidi ditengah kek. Jika lidi keluar bersih tanpa lekatan adunan kek, bermakna kek masak sempurna insyaAllah. Kalau xde lidi, pisau pun jadi.


Salam Lebaran 2014 Dari IzahDaut



Assalamualaikum





Mood raya masih ada,
Kunjung mengunjung berghather gather,
Mohon ampun maaf kot kot ada dosa,
Selamat hari raya aidilfitri buat semua.


Bagaimana raya anda tahun ini?
Ok ok je saya harap. Yang penting kesihatan dijaga.
Saya pula, pulang saja dari kampung bila settle beraya, mmg kesihatan sangat sangat tidak memberi kerjasama. Ditambah anak pun xsihat, terasa double tak sihat la kita kan. 
Agaknya kali ni raya diiringi musim buah. Batuk pun menjadi jadi.
Apa pun alhamdulillah, kita masih rasa 'raya'.Menyorot sepintas lalu anak-anak di bumi Ghaza, apakah mereka rasa raya seperti kita. Pasti mendalam keinsafan tiba tiba meresap bila saja menyebut Ghaza. Ya Allah tabahkan mereka dan kuatkan hati mereka. Semoga kejayaan dan kebangkitan seluruh umat islam akan datang jua. Dan semoga mati kami semulia mereka. Amin




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.