Tuesday, July 1, 2014

Rendang Daging Lada Hitam


Assalamualaikum

Korang ke bazar Ramadhan ke? Saya dah lama tak berbazar. Bukan jenis kaki bazar la kononnya. Rasanya tahun sudah pun mcm tak ke bazar je. Tetiba dahaga air tebu bila sebut bazar. Eh a ah pergi bazar jugak beli air tebu. Konon tak kaki bazar kan kan. Haha...Cuma aktiviti bazar saya dah lama dikurangkan sejak beranak kecil. Tak tahu la kalau beranak besar kot kot menggeletik nak ke bazar semula. Cuma skali lagi dipesan buat semua berhati-hati memilih menu yang nak masuk perut tu. Pilih yang nampak suci dan bersederhana. Ni pesan kat diri sendiri la ni. :-P

Semalam masa ronda-ronda cari ilham utk juada berbuka, saya terjumpa menu yang berkenan dihati nak mencuba. Terima kasih kak Azlita panjangkan resepi rendang lada hitam ni. Sedap pedas dan puas. Cuma ada sedikit tokok tambah saya perisikan untuk sesuai dengan selera kapten di rumah saya. ^___^






RENDANG DAGING LADA HITAM
Resepi Oleh : Wan
Rujukan : Mesra Net Resepi

Copy from: Azlita masammanis

Ita tukar resepi dari ayam kepada daging *Izah pun

1 kg daging batang pinang, potong kecil *Izah guna daging biasa
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau perut ~ ita tambah 
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula melaka ~ ita tambah 
1 kiub daging *izah xletak
1 sb serbuk kari - izah tambah

Bahan Kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ~ ita tambah
2 inc halia
 3 batang serai
1 inc lengkuas
1/2 cawan lada hitam ~ ita kurangkan
10 tangkai cili kering ~ potong dan rendam hingga lembut / rebus
1/4 cawan rempah biji *izah ganti rempah rendang negori

Ita tumis dahulu bahan kisar hingga harum, * kemudian izah masukkan rempah kari kemudian rempah rendang negori.
Kemudian masukkan daging, tambah  santan cair dan biarkan daging empuk
Bila daging dah empuk masukkan daun kunyit, daun limau perut dan gula melaka
Tambahkan santan pekat dan kiub daging
Perasakan dengan garam dan gula
Biarkan hingga kuah pekat dan kering

Sedia di hidangkan.










9 comments:

  1. Salam kak izah.. family tun mmg jenis xpergi bazar ramadhan. abah tun lagi la, mmg xkn jejak kaki ke bazar tu.. tun kadang2 terasa teringin jugak nk ronda2 bazar tgk makanan, tp tahun lps ada la sekali kot jejak bazar tu. tiap2 kali pegi sure stress sbb xsuka tempat ramai sgt org, tambah2 kalau cuaca panas, xhbs round dh bad mood. haha...
    tgk menu rendang nmpk sedap.. tp tunggu raya dulu kot baru merendang. hihi

    ReplyDelete
  2. jah.. aku pun tk ke bazar ramadhan...rasa berbaloi masak sendiri..
    perh.. rendang daging tu.. mengancamm

    ReplyDelete
  3. Wah....satu hari 2 n3? Saspek la kat ko Izah..saspek ye bukan respek..
    aku saspek ko x de kerja nk buat tu..kain dah lipat? Kuih raya dah buat blm? Haha

    ReplyDelete
  4. Eh aku komen lom habis...aku dah 10 tahun kot x jejak bazar ramadhan..dulu2 .aku suka g tengok2 je..bab beli kurangla sbb entahla..haha...saja kasi semak komen..

    ReplyDelete
  5. Boleh akak cuba ni Izah.. nampak sedap ajer tu :)

    ReplyDelete
  6. izah, rempah rendang negeri tu mana nak beli ye, dah petang2 ni semua pun teringin kan

    baca air tebu pun teringin, nyaris hujan tak de rasa nak minum air batu hehe

    ReplyDelete