Tuesday, July 1, 2014

Donut Tepung Faiza @ Pau Goreng Sardin


Assalamualaikum

Apa khabar anda semua? Bagaimana mengajar anak-anak beginner berpuasa? Teruja? Semangat? Letih? Rimas? Lemas? Kurang sabar? atau kurang hajau? haha.. Saya pula.. hmmm start puasa hari ahad bermakna hari cuti. Dan bermakna juga pukul 8 pagi dah katanya lapar. Owhhh petanda buruk tu. Tapi saya tak paksa sangat.. mereka yang belajar puasa pun baru nak masuk umur 7 tahun dan 5 tahun. Rasa-rasa tak pernah lagi terbaca tuntutan agama utk paksa anak-anak berpuasa pada sekian-sekian umur. Melainkan ajarlah anak-anak solat pada umur 7 tahun dan sekian-sekian. Betul kan saya jika tersalah. 

Berbalik pada si Bais n Muaz, bila nak masuk ke tengahari jenuh juga memujuk bila mereka minta berbuka. Tapi bila selepas tengahari mereka pun dah slow nak mintak makan. Sebab bila ada aktiviti bermain play dough.. melukis..mewarna.. tengok u tube.. so mereka hampir lupa. Kemudian waktu tidur mereka juga disiang hari bertambah lama disebabkan keletihan berpuasa barangkali. Alhamdulillah.. xdpt nak dikata bila melihat mereka berdua gelak-gelak baca doa utk berbuka. Gelak sebab boleh makan dan makanan kegemaran masing2 ada di depan mata bersama pilihan airnya.



Ada yang kata saya mewahkan anak dgn makanan. Sebenarnya tidak. Cuma mungkin anak mudah dapat apa yang dihajati. Contoh bila saya tanyakan menu pilihan berbuka si Bais, Bais cuma memilih donut. Donut sahaja umi.Titik.. Rasanya tak de la mewah mana pun kan. Si Muaz pula nasi dan ayam. Juga titik. Pilihan air tak de yang terlalu mewah cuma teh o ais. hehehe..

Dan merealisasikan hajat sederhana anak saya tu, saya buatkan donut menggunakan tepung Faiza yang mulanya saya curigai jika donut tidak gebu. Tak buat banyak cuma 2 cawan tepung sahaja. Alhamdulillah elok lembut donutnya. Dan utk saya pau sardin menjadi pilihan. Sardin lebihan bersahur. :-)


Donut tepung Faiza
By: Izahdaut

bahannya:

2 cwan tepung Faiza * izah tambah beberapa sudu
2/3 cawan air
1 sb membumbung butter
5 sb gula
2/3 pack mauripan
1 sb susu tepung
sedikit garam


caranya: 
Izah guna bread maker . Uli sampai doh licin dan biarkan mengembang 2 x ganda.
Buang angin dlm doh dan bentukkan menjadi donut atau pau goreng.
Biarkan seketika sehingga donut yg dibentuk kembang.
Goreng dengan api kecil supaya masak sekata hingga ke dalam donut.
Salut dgn gula atau coklat. Sedia dinikmati.









6 comments:

  1. Sedapnya donut, tapi lg best pau sardin tu lah nyummm

    ReplyDelete
  2. It's truly very complex in this busy life to listen news on Television, thus I only use web for
    that purpose, and take the hottest information.

    Also visit my website; sell house quick

    ReplyDelete
  3. I really enjoyed your blog posts thank you.

    ReplyDelete