Thursday, July 3, 2014

Leeche Flan yang lembuttt licinn haluss


Assalamualaikum

Tenangnya suasana pagi ni, dengan matahari bersinar lembut bersama jerebu nipis. 
Ini pagi saya nak share satu resepi yang simpol. 
Terjadi resepi ni bila saya dapat banyak order untuk pavlova, jadi kuning telur banyak dlm simpanan.
Saya cuba google resepi yang hanya menggunakan kuning telur dan saya jumpa resepi lechee flan yang menyejukkan tekak ni. 




Sebenarnya nama familiar dengan kita ialah puding karemel kan.
Uniknya puding ni tak menggunkan putih telur, hanya kuning telur sahaja dan hasil nya.. wahhh licinn halusss je texturenya.
Puding saya ni agak rendah, rasanya kalau nak buat next time boleh guna loyang 6".
Sesuai untuk juadah berbuka penyejuk tekak.





Leeche flan

by: izahdaut

Karamel:
3 tbsp gula* izah letak 5 sudu
2 tbsp air *izah lebihkan sikit air
1 biji parutan kulit lemon / limau - optional

Pudding:
10 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat

Cara membuat karamel:
1. Masukkan gula & air dalam loyang 8 " .
2. Guna api perlahan, masak hingga bertukar warna keperang-perangan. Matikan api. 
3. Parut kulit limau atas karamel tadi (optional). Sejukkan.

Cara2 membuat pudding:
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan bahan2 puding. 
2. Tuang dalam loyang sambil menapis.
3. Stimkan puding selama 1 jam atau bakar guna kaedah water bath.
4. Bila puding sdh masak, sejukkan atas wire rack & masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
5. Terbalikkan puding atas pinggan yang rata sbelum di hidang.

Nota  izah: untuk memastikan puding sudah masak, cucuk hujung pisau di tengah puding, dan pisau keluar bersih bermakna puding sudah masak.








                              



7 comments:

  1. Byknya guna telur kuning, tapi nampak smooth je texture dia

    ReplyDelete
  2. tina..
    memamng banyak. kalau ada belen buat pavlova boleh la cuba. kalau tak de xgamak jugak nak pecah 10 biji telo. hahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap...lg kalau sejuk..emmm

    ReplyDelete
  4. Wahhh best ni..dpt resepi guna kuning telur..selalu byk terbuang kuning telo bila dh simpan byk2 sbb buat popia seaweed..mekasih kak izah..pas ni boleh lah guna resepi ni..

    ReplyDelete
  5. mesti sedap ni izah, tunggu buat macaron dulu baru boleh buat ni hahaa kedekut kuning telur hehe

    ReplyDelete