Monday, June 30, 2014

Bingka Ubi Gula Merah


Assalamualaikum

Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah

Dapat lagi kita berjumpa Ramadhan tahun 2014 ni. Dan juga dapat lagi kita bersua di alam blog.
Tidak ada apa yang serius nak dperkatakan. Cume perkara-perkara ringan yang tak perlu nak diulas panjang lebar. 

Semoga entry kuih bingka ubi kayu gula merah (yang sedap sampai begitu serius!!) ini tidak menodai puasa kalian. Dengan perkongsian ini saya berharap akan laku lah ubi kayu tepi jalan yang dijual oleh makcik siah. Buat berbuka petang karang manyakkk siok meh.

Resepi ni saya intai dari blog INTAI DAPUR. Sebelum tu dengan sucinya saya nak mengaku saya mungkin skali lagi saya ulang, saya mungkin tak pernah makan kuih bingka ubi gula merah ni, jadi saya sangat teruja..teruja dan teruja akan kesedapannya. Macam keset rosak kene rewind banyak kali pulok. ngeee.  Terima kasih kak Liza sudi share resepi simple ni. Banyak je versi resepi nya cuma saya rasa resepi kak Liza ni lebih mudah dan lebih beginner kata pakcik posmen tu. Tetiba..:-P

Note: Kak Liza bakar guna muffin pan tapi saya nak cepat ritu sebab dak kecik dah panjat lutut. Hehe




RESEPI MINI BINGKA UBI KAYU GULA MERAH
resepi : Intai Dapur
tested by: Izah 

Bhn2:

21/2 cawan ubi kayu parut
1 cawan santan pekat
1 cawan air *
2 keping nise / gula Melaka *
3 s/b gula *


- masak bhn bertanda * hingga gula larut..
- campur ubi parut dgn air gula dan tambah santan sedikit sedikit sambil dikacau ..
- bila dah dapat tekstur mcm cucur, maknanya dah ok la tu..
- sapu bekas muffin / loyang dgn marjerin dan bubuh adunan td..
- bakar 170C selama 25 minit atau sehingga masak..




Selamat berpuasa buat semua kawan-kawan. :-)












Monday, June 23, 2014

Kek Red Velvet "Happy Birthday Zuraini" Smile




Red Velvet Cake
Order by Zuliana utk office sempena Happy Birthday Zuraini.
7inci








Wednesday, June 18, 2014

Kek Spiderman untuk si cilik Shamie


Assalamualaikum

Kek spiderman yang ditempah oleh ibu kepada Shamie.
Di dalamnya kek coklat moist. 
Size 7"
Gambar spiderman - edible image yang ditempah
Sebelum melekatkan edible image tu, sapukan dulu belakangnya dengan coklat masak, sejukkan dan tunggu coklat keras.baru bila dilekatkan di atas krim edible tu tak kembang. Terima kasih Anna Qawina atas tunjuk ajar.









Tuesday, June 17, 2014

Fondant Cup Cake untuk Hantaran


Assalamualaikum

Rupanya bukan senang nak bermain dengan fondant. Saya sukaaa sangat melihat hasil seni dari fondant. xkira la figurine cartoon atau orang atau hasil bunga-bungaan (gum paste) . Pulak-pulak hasil tangan blogger tersohor seperti kak Ita masam manis tu. Setiap kek dia dihasilkan dengan sangat teliti. Setiap figurinenya penuh dengan seni pertukangan tangan yang sangat hebat. Kurniaan Allah yg istimewa buat kak Ita saya kira.

Memandang hasil keknya, membuat saya terpukau dan terpaku. Melihat berulangkali pun belum menjengah kebosanannya. ^___^




Mencabar diri membuat tempahan fondant yang saya kira agak 'last minit' order memang mencabar.
Pernah hakak sally Rashid dalam status nya memberitahu membuat seekor/sebiji/sebuah figurine mengambil masa 3-4 jam. Bagi saya pulak sehari semalam!! Padanlah dengan kemahalan sebijik kek fondant itu pada fondantnya. :-)








Cupcake coklat moist Fondant. Fuhhh











Chocolate Chip Blondies


Assalamualaikum

Makanan nama "blondies" ni macam asing je kedengaran pada saya.
Tapi bila dilihat pada resepi dan cara membuatnya biasa biasa aje bahannya.
Dan hasil kejadiannya pun bukan lah asing sangat. Sama lebih kurang boleh saya kategorikan dia dalam brownies ala ala congo bar. Sedap weh. Dah 3x buat pun termasuk buat tuk order. Dan buat tu pun sebab permintaan kastemer. Terima kasih kastemer baik hati. Kadang-kadang kita dapat ilmu yang baru dari kastemer kan. ^___^


CHOCOLATE CHIP BLONDIES


Bahannya

  • 1-1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 2 biji telur, pukul sedikit
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 1-1/2 cwan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cup  semisweet chocolate chips

Caranya:

Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.

Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.

Bakar dlm loyang 9x13" (izah bakar dlm 10x10") pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.

Direc

Monday, June 16, 2014

Tempahan Carrot Cake dari sekolah Agama Al Imtar


Assalamualaikum


Saya juga membuka order untuk tempahan kek Carrot.
Boleh request nak size apa, nak deco apa dan maybe ada bahan yang mahu dan tak mahu.
Contoh ada request tak mahu kacang. Contoh lain ada yang mahu ditambah kelapa kering.
Bahan basic yang saya campurkan sekali di dalam kek ini selain carrot sagat ialah
-nenas kiub
- kismis hitam
- kacang walnut

Untuk order hubungi 0135122180



Alhamdulillah, sekolah agama ni dah beberapa kali repeat order carrot cake ni. ^ __ ^













Tempahan Apam Polkadot si Comel


Assalamualaikum

Mengupdate skali skala di blog akan tempahan apam ni.
Setiap minggu akan ada order polkadot comel comel ni.
Saya memang suke tengok hasil kecomelan apam polkadot ni.
Puji hasil sendrik nampak? hehehe.. no lah. Kalau hasil apam polkadot sapa pun memang saya suke renung n tenung. Sebab memang suke tengok .comel!!




Untuk pembaca blog yang belum maklum, saya sekarang sedia untuk menerima tempahan apam polkadot dalam tempahan besar. 1000 biji ke atas. Dulu saya belum bersedia lagi sebab apam polkadot ni memerlukan kerja keras dan ketekunan nak menyiapkannya. Tak boleh ada gangguan sangat sebab apam ni kerjanya kene mneghadap utk disiapkan. Bukan mcm kek bancuh , bakar, n deco. Yang apam ni, bancuh, mengedot, mengukus sambil mengedot lagi sampaiii lah siap. Berfeluh!! hehe







Contoh order 1000biji.

untuk order sila hubungi 0135122180






Thursday, June 12, 2014

Kek Buah Naga


Assalamualaikum

Di hujung-hujung cuti persekolahan dah pun.
Sekarang baru bz jenguk kerja sekolah anak-anak. Menimbun rupanya. Huwaaa
Ok, sedang merajinkan diri dan menyabarkan diri mengadap anak-anak buat kerja sekolah.
*sembam muka bawah bantal



Kek ni pun dah lama dalam draft, cuma tunggu masa rajin je nak update blog.
Buah naga atau dragonfruit ni adalah kegemaran si Bais, anak sulung saya tu.
Bila ada buah ni berbaki sikit dalam peti ais, biasanya dia dah tak nak makan la tu. So saya jadikan kek utk minum petang dia. Suka sangat buah dah jadi kek.
Saya alter resepi red velvet moist menjadi kek buah naga ni.
So rasanya sangat istimewa, lazat n sekucup rasa.
Pastikan ada sedikit bbuah naga tu di dadu. Baru ada umph






RESEPI KEK BUAH NAGA MOIST
by: izah

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung kek/superfine
  • *1 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan buttermilk 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • esen vanila


Caranya:

Campurkan tanda * ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Campurkan bahan - bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Gaul sebati tapi jangan overmix.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Sejuk dan boleh dinikmati.











Wednesday, June 11, 2014

Puding Karemel Tanpa Telur


Assalamualaikum

Apa bikin cuti sekolah ni? Jalan-jalan cuti cuti Malaysia ke? 
Atau sangat bz membaking n amik order sampai anak anak pun dah mengamuk terperap kat rumah?
Atau melayan anak anak bz dengan program sekolah atau hantarkan saja mereka balik kampung?
Hahha.. apa apa pun, selamat melayan anak anak  time cuti sekolah ni. Biasanya demand dari anak-anak tu lain sikit kan.


Saya pun baru balik dari bawak anak jalan-jalan, atau kalau kata suami saya, uminya yang over nak jalan-jalan.ngeee.. apa apa la kan, yang penting dapat jenguk mak mertua, dapat bawak anak-anak mandi manda dan dapat jugak meround makan-makan. 

Balik utara sangat panas cuacanya. Berpeluh-peluh setiap masa. Rupanya bila sampai KL begitu juga.
Hangat membahang. Kalau dapat jelly atau puding yang sejuk-sejuk cam ni sedap jugakan.
Puding ni dah lamaaa saya buat. dah lamaaa dalam draft. Baru ni ada mood nak share resepinya.






Walaupun bahagian karemel tu terhangit sikit, tapi masih sedap dinikmati.
Terima kasih kak Linapg. Memang suke tengok koleksi resepi puding kak lina ni, sempoi n sedap.





RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
By : Lina pg
Sumber asal : myR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
  • 4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais
















Monday, June 2, 2014

Tempahan si comel Pavlova Mini

Assalamualaikum

Agak lama saya tidak mengupdate blog ni. Tarikh akhir update ialah 14 May dan sekarang dah masuk June. Setengah bulan tanpa khabar berita di blog ini membuatkan saya teringin skali nak menarikan jari di keyboard lappy. Oh ye, hanya di blog tiada khabar berita, tapi masih ada sipi sipi kehidupan saya di fb dan juga di IG. 


Entah kenapa, hati saya masih sayu dan nyilu. Agak memberatkan kepala saya dengan kejutan sosial yang berlaku disekeliling kita. Saya bukan sahaja risaukan anak keturunan saya, tetapi juga anak seagama, sebangsa dan senegara saya. Kenapakah kekejaman terus berlaku. Dimanakah perikemanusiaan kita sebagai manusia. Dimana tabiat fitrah telah dicampakkan? Saya sedih, mereka sedih n kebanyakkan rakyat Malaysia yg masih berjati diri juga turut sedih.

Wase nak amik paper Bm spm skali lagi jek. Macam best je. Macam overr je.***

Tapi sungguhhh... Giler kejam rogol sana sini, under age plak tu. Tenteramkah ibubapa yang ada anak dara sunti? Bunuh sana bunuh sini, senang2 aje nak bunuh kat public. Duluuuu, bunuh bunuh ni dlm drama je. Oh tidak. Rupanya ada kejadian bunuh. Mungkin di bandar bandar besar aje. Bandar kan tempat org stress. Eh tidak!! Sekarang kat kampung pun ada bunuh bunuh , pakai pistol lagi. Ya Allahh.. Ya rabbi.. lindungi kami semua dari kejahatan dunia ini. Hanya doalah senjata kami. Dan tempatkan lah mereka teraniaya terutama sekali mangsanya ialah kanak-kanak ketempat sebaik baiknya. *tears 

Benornya nak update tempahan pavlova je. Dah mengarang rasa hati plak dah. Huwaaa...Ni la hazabnya kalau blog masak masak harian n penuh celoteh nak diselang seli dgn biz pulak ye. hehehe

Kome, saya baru rasa pavlova mini ni. Mak aii patutla ada je peminat pav duk order. Sebab pav yg mini lebih sedap dri bersize besar. Terasa basenya tu lebih wangi karemelnya. Tak caya cuba buat mini pulak tau.



Keratan dalam. Sedap bila kunyahan bersama buah terjadi.




Terima kasih kastemer yg baik hati sudi order banyak kali.
Dan kali ni untuk jamuan doa selamat, kalau xsilap.
Mereka mmg gemar pavlova mini.




Yang ni sekotak ada 25 biji.
Boleh juga order sekotak sahaja



Yang ni mininya sedikit besar.

Sekotak ada 9 biji pavlova mini sederhana.

untuk tempahan boleh dihubungi melalui kaedah sms/ watsap/ wechat/ ig / line ke 

0135122180