Thursday, June 12, 2014

Kek Buah Naga


Assalamualaikum

Di hujung-hujung cuti persekolahan dah pun.
Sekarang baru bz jenguk kerja sekolah anak-anak. Menimbun rupanya. Huwaaa
Ok, sedang merajinkan diri dan menyabarkan diri mengadap anak-anak buat kerja sekolah.
*sembam muka bawah bantal



Kek ni pun dah lama dalam draft, cuma tunggu masa rajin je nak update blog.
Buah naga atau dragonfruit ni adalah kegemaran si Bais, anak sulung saya tu.
Bila ada buah ni berbaki sikit dalam peti ais, biasanya dia dah tak nak makan la tu. So saya jadikan kek utk minum petang dia. Suka sangat buah dah jadi kek.
Saya alter resepi red velvet moist menjadi kek buah naga ni.
So rasanya sangat istimewa, lazat n sekucup rasa.
Pastikan ada sedikit bbuah naga tu di dadu. Baru ada umph






RESEPI KEK BUAH NAGA MOIST
by: izah

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung kek/superfine
  • *1 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan buttermilk 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • esen vanila


Caranya:

Campurkan tanda * ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Campurkan bahan - bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Gaul sebati tapi jangan overmix.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Sejuk dan boleh dinikmati.











7 comments:

  1. Kreatifnya izah, nyaris jadi kan, ala2 red velvet lah ye

    ReplyDelete
  2. izah... akak dtg dgn mulut berapi api bak naga yg dtg nak mkn kek buah naga...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak izah.. haaa.. rvc nih tun xkisah makan byk sbb xde artificial colouring.. mmg cantik menawan merah dia..

    ReplyDelete
  4. Salam kak izah.. haaa.. rvc nih tun xkisah makan byk sbb xde artificial colouring.. mmg cantik menawan merah dia..

    ReplyDelete