Wednesday, May 14, 2014

Kuih Seri Muka Pandan



Assalamualaikum

Lamaa dah tak buat kuih seri muka ni.
Pernah cuti sekolah baru baru ni kami dijemput ke kenduri kahwin dan dekat kenduri tu ada manisan kuih muih. Bila tengok suami makan kuih ni tersemangat nak membuatnya.
Lama benor baru terrealisasi semangat tersebut.hehe
Kuih yang dibuat minggu lepas. Saya ada sejarah dengan kuih ni, biasanya tak berapa menjadi.
Tang pulut tu menjadi masalah buat saya. 
Tapi kali ni, alhamdulillah.. sangat elok kejadiannya.
Kepala pandan tu lembutt je. Tak disangka anak anak saya sukaaa sangat kuih ni.
Si Muaz panggil kuih ni kuih jelly nasi. Umi lupa nak perkenalkan nama kuih ni yang indah iaitu kuih seri muka. hehe
Resepi saya amik dari blog kak Bdaria yg dibelajar di kelas Chef Asma yang mmg terkenal dengan chef kuih muih talam yang sedap sedap belaka. Tq semua share resepi.




KUIH SERI MUKA PANDAN


LAPISAN BAWAH


Bahan-bahannya:-
  • 500gm beras pulut
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250ml air (asal 300ml)
  • 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)

Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.

  6. Sapukan sedikit bancuhan lapisan bawah





LAPISAN ATAS
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
  • 80gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan B
  • 3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan esen
  • pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
  3. Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2

Nota:-
  • Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
  • Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.











10 comments:

  1. kuih wajib bulan puasa ni kak.. tun suka wat lapisan atas lg tebal.. hehe...

    ReplyDelete
  2. terliurnya lahai, lama tak makan kuih2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. rindu nak buat,dan rindu nak makan...

    ReplyDelete
  4. mak saya dulu rajin siap blender pandan ambil airnya masukkan dlm adunan hijau tu..huhuh sedapnyeee...

    ReplyDelete
  5. ni antara kuih yang sangat perlukan skill yang tinggi. tabik kat orang yg terer buat!!

    ReplyDelete
  6. akak, macammana nak tau pulut tu dah masak ke belum ye?

    ReplyDelete