Thursday, January 2, 2014

Muaz dan Bais dengan semangat baru!!





Assalamualaikum

Kalau dulu ada entry si Bais mula melangkah ke alam persekolahan tahun 2012. Kali ini saya berkongsi kenebesan menghantar adiknya Muaz pula ke sekolah utk pertama kali 2014. Untuk Bais masuk ke darjah 1 tidak menjadi kerisauan saya kerana dia agak biasa dengan sekolah lamanya. Cuma mungkin tak ramai kawan lama yg masih sekolah di situ. Pasti kawan2 baru pun membuat dia teruja.



Gambar hari pertama persekolahan mereka.

Tapi bagi Muaz kali pertama ke sekolah dan menghirup udara kelas membuatkan uminya yg nebes. Kerana sifat si Muaz agak berbeza dengan abangnya dan saya memang mengharapkan tiada lah sangat blues2 di hari pertama persekolahan dia. Dan alhamdulillah... menghantarnya ke kelas dengan sedikit pesanan dan lambaian 'bagus'.. dia sangat bersemangat duduk dengan tenang di meja dan menghadap kertas lukisan yg diberikan cikgu. Dan cikgu pula dengan cepat men tackle perasaan anak2 baru masuk sekolah.




Tenang hati bila dia pun happy dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Maka bermula hari ini rutin harian ummi pun akan berubah. Amik Muaz sebelum tengahari dan petang pula amik si abg Bais. :)

Selamat belajar Muaz dan abg Bais. Semoga menjadi anak yg soleh beriman dan ceria!! Amin










5 comments:

  1. Good boy Muaz.. rajin sekolah ye dgn abg Bais... ;)

    Nabil sek maahad tahfiz mula sekolah hari Isnin... dah tak sabar dia, tmbhn tengok kakak dua orang dah gi sekolah...

    ReplyDelete
  2. zaman bawa anak2 masuk sekolah dah lama berlalu utk kak noor, cucu pun masih kecik lagi, tentu Izah happy tengok anak2 yg di tinggalkan dlm kelas tk meragam dan nak belajar, gud luck utk keduanya Bais dan Muaz soa dari maktok semoga kedua nya jadi anak soleh amin ya robb..

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Izah. Slmt Tahun Baru, semuga ceria & sukses! Lama nya tak bw... bz selalu tapi kekawan tetap di ingatan. Sekolah dah buka ni, bertambah ler bz kan.

    ReplyDelete
  4. tahniah.. belajar rajin2 ye Bais & Muaz..

    ReplyDelete