Wednesday, January 29, 2014

Mee Hailam


Assalamualaikum

Tiap2 hari nak kena pikir apa menu nak dimasak. Jenuh juga nak datang idea. Kadang2 time bahan mentah banyak bergolek dalam peti ais time itulah langsung idea kelam. Sebab? Idea terlalu banyak nak diapa apakan dengan bahan tersebut hingga satu pun tak dibuat. Itu saya... sungguh. Kadang2 suke time bahan mentah ada 2 jenis aje. Maka tiada pilihan. Bila tiada pilihan kita focuskan bahan yg ada dan masak. Idea itu lebih  focus bukan. Ecehh..

Dan bila dalam peti ais hanya ada sedikit dging dan seketul dada ayam. Hanya perlu turun ke kedai runcit membeli sawi, daun bawang atau sup dan mee kuning sahaja. Ditambah bahan sedia ada dirumah maka jadi la mee hailam yang sangat enak. Makan bertambah2 tak hengat.

Terima kasih kak Ita untuk resepi mee hailam ni.
Pasti akan ada ulangannya.
Simple tapi best!!






MEE HAILAM




1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang - izah tak letak 
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan - izah tak letak
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.












17 comments:

  1. pepagi dah jamu mata dgn mee hailam ni, sedapnya

    ReplyDelete
  2. ya Allah kak
    meleleh air liur
    dah la belum sarapan lagi pagi ni

    ReplyDelete
  3. sedap ni mee hailam...kegemaran kami sekeluarga...Hamka paling suka sbb tak berapa pedas...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Izah dah lama akak tak buat Mee Hailam... nak cuba resepi ni pulak :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Izah dah lama akak tak buat Mee Hailam... nak cuba resepi ni pulak :)

    ReplyDelete
  6. Ahai...mengguda la mee hailam tu....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam K.Izah,
    Kita selalu jadi silent reader akak. Betulla...makan mau hari2...tapi tang masak selalu pening nak masak ape...

    Mee Hailam ni macam best je...hehe

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Rasa terpanggil pulak nak buat mee hailam ...eerrmmm mkn dgn cili jeruk sedapnya...

    ReplyDelete
  12. Rasa terpanggil pulak nak buat mee hailam ...eerrmmm mkn dgn cili jeruk sedapnya...

    ReplyDelete