Assalamualaikum
Saya tidak lah masak tiap2 hari seperti mana yg saya update saban hari ni. Kebanyakkan menu2 ni dah lama dalam folder dan draft. Mungkin ada menu2 sebelum AlFateh lahir ke dunia lagi. Kikiki.. Saya tidak lah terlalu aktif didapur dengan kewujudan resepi baru di blog saya ni. Saya manusia biasa. Skali skala diselang dengan kerja2 order dan skali skala diselang dengan kerja2 rumah juga anak2.
Karipap ni jugak salah satu menu yg dah laama saya cuba dan sangat sesuai dengan namanya. Memang sedap rangup. Kombinasi rangup tu nak kene juga dengan intinya ye. Intinya pun sedap cuma saya tukar ayam kepada daging.
Asal saya tahu kewujudan karipap ni di satu group di FB. Kemudian saya google resepinya dan terjumpa resepi lebih kurang ni blog kak Roha. Tq buat akak dan tuan resepi. :)
KARIPAP RANGUP
by: Rohah
resepi:resepianakbapak.blogspot.com
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
Serbuk lada putih/sulah (tak letak)
1 sudu makan gula
(B)
4-5 sudu makan marjerin atau butter | dicairkan
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa* (anggaran 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli* | satukan bhn (*)
Cara-caranya:
1.Campurkan kesemua bahan A (kecuali garam) ke dalam bekas adunan.Pastikan digaul rata dan sebati.Setelah sebati, masukkan bahan B dan digaul rata/ sebati.Pastikan ianya rata keseluruh adunan.Ianya akan kelihatan sedikit bergentel.Ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
**Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan dengan tangan dan boleh dilihat ianya berkepal dan agak padat (tidak mudah terlerai).
2.Bolehlah diikuti dengan proses menguli.Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan.Ulilah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal.Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan.Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.
3.Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam.Perap ia dengan menutup ketat (menutup bekas dengan kain atau penutup.Setelah 1/2 jam jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.Sudah boleh diguna.
***Adunan ini boleh dipakai berkali-kali.Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak di tempat beku (freezer).Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India).
Nota rohah:Saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.
Inti Ayam
Oleh:rohah
**(sukatan inti untuk separuh adunan kulit karipap di atas)
Bahan-bahan:
100 gm isi ayam | potong dadu
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 biji kentang saiz sederhana besar | potong dadu
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
15 gm ikan bilis | kisar
2 cawan air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi.Masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air.Renehkan.Masukkan kentang dan sesekali kacau alih.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Masak hingga kentang empuk dan kuahnya kering.Angkat dan sejukkan.
Nota rohah:Saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.
Inti Ayam
Oleh:rohah
**(sukatan inti untuk separuh adunan kulit karipap di atas)
100 gm isi ayam | potong dadu
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 biji kentang saiz sederhana besar | potong dadu
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
15 gm ikan bilis | kisar
2 cawan air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi.Masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air.Renehkan.Masukkan kentang dan sesekali kacau alih.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Masak hingga kentang empuk dan kuahnya kering.Angkat dan sejukkan.
Terima kasih berkongsi resipi. Teringin nak cuba buat! hehe...
ReplyDeleteJom singgah blog saya.
http://vitaminformeandyou.blogspot.com/
Sedapnya karipap tpg beras... mesti krup krap kan jah...
ReplyDeleteAkak selalu fail buat karipap ni Izah huhuhu... jeles jer tengok karipap yg izah buat ni cantik dan rangup jer... akak buat mesti basah jer.. nanti cuba resepi izah ni pulak....
ReplyDeletenampak sedap sangat izah... lagi2 izah pandai canai kulitnya nipis gitu & dah tentu2 isinya lebih.. kalau kulit karipap tebal terus karipap jd kurang best.. hehehe..
ReplyDeletevita min..
ReplyDeletetq
kak gee.. agak krup krap la. mmg sedap karipapnya.
kak hayati. akak try pulak nanti resepi ni. sedap buat nipis sikit. ada jenis2 doh karipap seap tebalkan sedikit tapi yg ni kene nipis sikit baru ngam
kak madihaa..
memandai je ni kak. hehe. tapi mmg sedap nipis sikit doh karipapn reesepi ni kak
mesti rangup nih...nnt nak try la...
ReplyDeletekak nita..
ReplyDeletealhamdulillah la rangup seperti yyg saya jangka. sila cuba kak sila
alamak sedapnya ..ciku memangla feberet karipap..kalau izzah jiran ciku..musti dpt byk makan free ni..haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya mmg peminat karipap. Saya nk cuba buat la
ReplyDeleteKlo sukatan stgh majerin n minyak masak bpa sukatan.. ?
ReplyDelete
ReplyDeleteAwesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..
BW gan kunjungi nyapnyap.com
Subhanallah... Saya pemilik blog resepianakbapak tersebut. Dah lama tak usik blog & skg saje² mengimbau kenangan. Terima kasih mencuba resepi saya hehe
ReplyDelete