Friday, March 29, 2013

Mini Pavlova


Assalamuaaikum..

Rasanya dessert pavlova ni tak asing dah di Malaysia ni.
Dulu2 saya pun cam tertanya2 jugak cemana rasanya.
Dan pada saya mini pavlova lagi comel n mudah n senang dinikmati.
Tapi kalau dihidangkan pada anak2 saya.. korang xkan tergamak nak tgok kejadian selepas dihidang.
Hahha.. Semuanya main kaut buah je. Yang selebihnya dijadikan bubur.
Bertuah punya anak..
Bagi yang masih tertanya2 cemana suwit n comelnya dessert ni boleh la cuba sendiri membuatnya di rumah.
Rasanya manis, lemak2 dan sedap dikunyah bersama buah segar yang sedikit masam2. Berlawan rasanya dengan meringue yang rangup2 chewy gitu.
Atau boleh juga order je ngan saya..jika sudi ek :-)


MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1

bahannya:

200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.






Tuesday, March 19, 2013

Kek Marble Putih Telur


Assalamualaikum..

Ya Allahh.. teharunya
*kipas2 muka ngan tangan ala2 retis menang awod..hakhak
Mekasih kepada pengunjung yang masih sudi datang n mengomen2 kat blog ni.
Kembang kuncup teman baca komen dari anda semua.
Walaupun ada juga komen2 yang berbunyi "ko ada belog ke jah"..
Tapi ai tak marah.. betul tak marah dan tak sakit hati pun.
Betul takkk.. *sambil hiris bawang laju2 ngan pisau baru pas asah.. :-P

Okay.saya nak share resepi cubaan saya pada beberapa minggu sudah.
Tapi bila melihat pada photonya di atas masih terasa2 keenakkan kek ini.
Serba serbi lengkap dengan texture, rasa dan kejadiannya.
Moist, gebu dan sedap.
Cepat aje licin dingap.
Yang ada banyak belen putih telur boleh mencubanya ye..
Antara resepi gerenti sedap.
Terima kasih banyak2 pada kak Fida yang banyakk dan sudii share resepinya.


KEK MARBLEPUTIH TELUR
by: izah

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

A - 250-280 g putih telur
2 biji kuning telur
200 g gula halus
57 g air (paip)
250 g tepung gandum- diayak
1 sb ovalette

B- 200 g mentega cair
1 sb susu manis
1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)

C- pewarna merah, kuning, hijau dll..


Cara-cara
1.pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
2.bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
3.bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
4.bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
 5.bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.








Wednesday, March 13, 2013

Red Velvet Cake


Assalamualaikum.

caakkk..
yee saya masih ada..
mengupdate blog dengan jaya nye..
yahh aku berjayaaa..
lah sangaattt untuk kali ini tanpa gangguan bunyi bunyian yang comel


Dah laaama buat kek ni.
Nak jugak share resepi kek ni dengan err dengan.. dengan sapa ya..
maklomlahhh pembaca blog pun ntah ada ke idak lagi ni..
Tak pe.. share tetap share. Org kata ada ilmu sikit pun kena share mcm kita ada ilmu banyak.
muehehehe..


Membuat kek perkara paling kene sabar ialah ngan anak2.
Rengekan mereka yang mahu kan kek yang kita tengah deco ala ala martha steward tuh... ha koo.
tak mo kalah kan.
Kesian pun ada.. naik geram pun ada.. kadang2 naik hantu pun iye..
So time senggang2 tak de order saya buatkan la permata2 hati saya tu ngan kek comot2 ni
Kata orang comot2 ala omputiss..khaann
Tersedak ahkak tu dengor kang
Dan mcm biasa.. orang yang saya seksa nuraninya untuk bertanya kan perihal kek ini adalah Anna Qawina ituu.. tq yunk.. buweekk :-D



RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST


 
Bahan-bahan



A:

300 g tpg gandum

2 camb serbuk koko

2 camt baking powder

1 camt soda bicarbonate

1 camt garam


B:

125 g mentega tawar*Ana guna buttercup

280 g gula castor


C:

2 biji telur (gred B)


D:

1 camt esen vanilla

1 camt cuka putih @cuka kurma

1 camb pewarna merah


E:

240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)





CARA-CARA:

Ayak (A)-ketepikan

Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi

Masukkan (D)-pukul hingga sebati

Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.

Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.

Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.

Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.





RESEPI KRIM CHEESE :

500 grm whipping cream-brand VIVO

250 grm cream Cheese-brand Phillidephea

60 grm gula icing

110 grm butter

2 titik lemon paste


 
Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan

Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.

Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

Boleh digunakan untuk menghias kek anda






so nicee...






Tuesday, March 12, 2013

Aneka Cheese Tart




Assalamualaikum..

Alhamdulillah boleh muncul kejap kat sini.
Ye di sini..
Di sini..
owhh .. terharunya.. sob sob..
Ni apa kes tetibe terharu neh.
Ok siriyes.. dah lama tak buke order tuk cis tart. Alhamdulilah bila ada permintaan kesian pulak bila dah banyak kali tolak. Untuk cheese tart kali ni untuk 50biji (minimum order) harganya rm35 dengan pilihan filling coklat, bluebery, kiwi dan strawbery.



Resepi dari kak Azita Zain/. Nanti saya link kan resepinya. Sekarang nak cepat sebab budak kecik dah berbunyi time untuk dia minummm susuuu.



Ok kalau nak tart shell sahaja pun boleh.
100biji (minimum order) rm28.
Dan tq  Anna Qawina kerana sabar melayani karenah saya yang comel ini
Lap u!
Muah.
:-)

untuk order boleh terus contact ke 0176871233
Area lembah kelang