Friday, April 13, 2012

Ayam Tumis Lada Hitam


Assalamualaikum.

Tayangan lauk pauk si anak2 lagi.
Nampak nampak.. semuanya kalau tayang lauk, lauk untuk anak..kikiki
Tak de pun lauk mak bapak kan kan..
Tu la.. Tekad dan azam pasti berjaya..huh huh.. 
Kalau dah turun berat ideal, siap la.. segala kek cheese berkrim kan ku tayang tayang nanti.
Biar mata2 yang memerati benanah.. hahaa..
Ok terover sudahh...
Kembali pada lauk simple dan sedap ngan selera si anak2 berdua itu.
Sebenarnya lauk ni flexible untuk dipelbagaikan.
Boleh tambah sayur mayur bagai, tapi limited stok, jadi apa yg ada jela dicampak dalm koli.
Terima kasih kak yatie.. mohon di share di sini. ;-)


AYAM TUMIS LADA HITAM
resepi: kak Yatie


Bahan- Bahan
1/2 ekor ayam- di ptng kecil
1 sudu kecil lada hitam
1 batang kecil carrot- dipotong kecil
8 batang kacang panjang -di potong pendek
minyak utk menumis
2 sudu kicap manis
1 sudu besar sos tiram
garam jika perlu

Bahan hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 btng cili merah



Cara Menyediakannya
Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
Masukkan ayam, lada hitam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut.
Masukkan carrot dan kacang panjang . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
Masukkan kicap, sos tiram dan gaul rata.
Masukkan sedikit air dan tambahkan garam jika perlu.
Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan.






15 comments:

  1. salam izah - sekarang nmpk ja lauk/kuih/kek semua sedap ja ...

    ReplyDelete
  2. As'salam Izah...

    Menu nie antara menu kegemaran Nina masak buat anak-anak. Lepas dah siap, Nina asingkan utk anak-anak punya dan yang balance Nina buh cili padi + lada hitam banyak-banyak untuk Nina dan Hubby pulak. Memang terangkat!

    ReplyDelete
  3. Lapar pulak tgk lauk anak2 tu...

    ReplyDelete
  4. alaaaaaaaa kak izahh terliurrrrr si ibu mengandung tgkkk

    ReplyDelete
  5. salam Izah,wah lauk anak ibu2 boleh lah numpang tapi kena tambah cili padi baru kick,biasalah ibu sanggup berkorban utk anak2 slera ibu bpa letak jauh numpang yg anak punya cukup lah heee

    ReplyDelete
  6. Wah cayalah.. semoga berjaya sahabatku.. tengok diriku.. pantang nampak lah Zah.. niat berdiet ade.. tapi tinggal niat jek ha ha ha.. caiyok2 meh sini lauk sedap tu biar aku yang bedal ops... lauk anak2 jek ke? he he he

    ReplyDelete
  7. Izah, menu kanakx2 kalau dah lapo saya belasah juga...haha nk tumpang diet juga dgn Izah ni.

    ReplyDelete
  8. menu anak2 pun sedap juga tauu... akak ok jer lauk2 mcm ni... kalau rasa nak pedas.. standby sambal belacan atau kalau malas.. letak kicap picit2 cili padi.. WOW!!
    diet sungguh nampaknya ni... semoga berjaya... malu pulak doakan utk org.. tp diri sendiri buat2 tak sedor diri jer.. hahahah...

    ReplyDelete
  9. nyum..nyum... lapar2 tgk semua sedap...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Izah,
    betul tu... kak Amie pun kalau nak masak, perkara pertama yang difikir adakah anak-anak boleh makan, terutama tentang kepedasan dsb.

    ReplyDelete
  11. haish... xleh jadi nih... nak diet jugak lah.

    ReplyDelete
  12. haish... xleh jadi nih... nak diet jugak lah.

    ReplyDelete
  13. anta sini semangkuk...mood malas masak nih...ehehe...sejuk2 ni rasa nak dok bawah selimut je.

    ReplyDelete
  14. Boleh thn anak ko jah..suka mkn lada hitam. Kalo anak aku asal terasa lada hitam tu lambat ler sikit dorg nak abiskan

    ReplyDelete
  15. Kalu irfan lauk gini mmg dia suka makan... Tambahan lg yg ada bubuh lada hitam.. Tp bkn jer irfan yg suka.. Mama dia nie pun suka... Tgk ayam tu terliur plak akak tau... Nmpk sedaap...

    ReplyDelete