Monday, April 2, 2012

Apam Gula Hangus lagi..


Assalamualaikum..

Jom menjamu selera ngan apam simple, mudah disediakan, cepat dan sedap.
Memang suke je buat apam gini yang sedap dimakan tanpa kelapa.
Dibuat untuk minum petang anak2 dan bekalan untuk Bais ke sekolah.
Bekalan buat syarat je pun.
Apam ni dah pernah buat dulu DI SINI.
Terim kasih tuan punya resepi ;-)



APAM GULA HANGUS
sumber: Sue@nenie


BAHAN-BAHAN
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air (*untuk gula hangus) ~ Sue
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

PENYEDIAANNYA
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.

*Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya





22 comments:

  1. izah..cantiknya apam izah..tak hangus pun gula dia..cantik je kuningnya

    ReplyDelete
  2. makcikkk...
    macam berjanji kak kita kan..he3
    aku pun buat apam gula hangus gak tadi..
    nie tngh mengunyahhh...he3

    ReplyDelete
  3. acik erna.. hehe... kalau gelap sikit lagi cun kan ;-)

    mas..
    tu la... sehati sejiwa.. tak menkelan sangat tekak aku bila tengok apam gula hangus ko nanti. hehee

    ReplyDelete
  4. silalah hulurkan sepinggan apam gula hangus izah yg sgt gebu dan comel tu sbb sy sgt lapar skrg... hihihi

    ReplyDelete
  5. wahh sedapnya apam..lama tak mkn apam ni.nampak gebus sungguh..rasa nak ngap masuk mulut terus jer...hehe

    ReplyDelete
  6. Aik??? Apam gula hangus??? Nasi goreng tadi dah abis ke?? Sbb tak anto pun sepinggan, jadi apam ni bagi semua sekali. Pas tu buat yg lain yer..heheh

    ReplyDelete
  7. 3 minggu yg lepas dah berangan nk buat apam nie,tp asyik KIV je..sedapnyeerr

    ReplyDelete
  8. izah
    cumil2 senang nak ngaappp masuk mulut..rajinya..

    ReplyDelete
  9. kegebuanmu terserlah izah...jangan mareee!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya apam gula hangus.Nanti bolehlah cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  11. banyak nye tu...antar mai sikit

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Izah,
    apam gula hangus memang sedap, makanlah berapa ketul pun... mesti nak lagi & lagi he he hehehh

    ReplyDelete
  13. wah2 kak..menggunung apam tu..bak sini seketu 2...hihihi

    ReplyDelete
  14. cantik kalernya... mesti control gilasss masa menghanguskan gula... cantikkk...

    ReplyDelete
  15. assalam izah
    dari semalam akak duk berkira-kira nk wat apam he he sb dah lama x makan apam ni
    tgk izah dah wat alamk he he kena paksa jadi rajin wat jg...
    izah wat dlm bekas kecik2 nk wat lompang tu ye, comel2 senang nk ngap ke mulut kan

    ReplyDelete
  16. sedap mkn cicah kelapa parut...hee

    ReplyDelete
  17. sedapnya apam gula hangus, tapi saya selalu fail bab cairkan gula ni, jadi tak pernah lah buat

    ReplyDelete
  18. Salam kenal Izah...cantik apam tu,nampak gebussss... je.Mai singgah dapur iza pulak.Follow ye...

    ReplyDelete
  19. apam gula hangus tu comel sgt ler izah... macam terasa plak kat tekak akak nie keenakannya tgk apam yg izah buat tu.... geram akak tgk tau

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    salam kenal kak izah,
    alhamdulillah resepi yg dikongsi ni sgt2 sedap untuk kami yg belajar di perantauan ni, tapi sy tak kukus..
    saya bakar..still guna resepi yg sama. dua kali dah buat..mcm kek gula hangus dah...
    thanks for sharing..byk resepi yg sy dah cuba2... =)

    ReplyDelete