Assalamualaikum
Ramaiii yang dah tahu kesedapan nasi ni. Saya je terlambat nak mencuba. Kunun alasan beras basmathi tak de. Tapi bila saya buat dengan beras siam aje, fuhhh memang kagom dengan kesedapannya. Sangaaaaat sedap. Anak2 makan bertambah2. Saya buat ni memang untuk anak2 makan lunch. Jadi saya dah ejaskan kepedasan kekarian dan kerempahan dalam nasi ni. Tapi still... alhamdulillahh.. kesedapan disetiap butir nasi! Terima kasih kak Pah dan teman2 blogger yang sudi berkongsi kesedapan nasi ni. Musti diulangi lagi. Anak2 suke sangat, sebab ayam nyer sangat lembut bila dimasak cenggini kan. Skali lagi kak Pah TQ. Dan kak Nor, sebab saya duk teringat yg kak Nor kata nasi ni sedap!
NASI KARI AYAM
resepi: kak Pak Ibundo
yang dah cuba: kak Nor, Mama Hawa, Kak Anim, Ika Bangkok, Kak Diana Melly, Kak Lina pG
Bahan:
3 cawan beras basmathi *izah guna beras siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar *izah tak letak
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam
Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..
Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.
*izah ikut cara kak Nor
nasi kari ayam....
ReplyDeletejahhh...rasanya sama tak ngan nasi ayam goreng tu..
rasanya aku tak pernah try lagi kot...
ingat2 lupa lak..he3
mas..
ReplyDeletepada aku, nasi ni sedap sikit kot. sebab ada penggunaan santan tu mmg naik la rasa dia. budak2 suke sangat. tapi aku kurangkan sikit rempah2 n kari tu. tak mau heavy sangat
yea..yea...yea..
ReplyDeleteakak belum buat lagi, bila nak buat ni, huhuhuhu tolong buatkan noleh????
Jahh...nampak cam beshhh...nasik ni cam ditengah2 nasi lemak basmathi n nasi briani ker jahh..?? harus ku cuba...ehhh..nk cuba rase dulu blehhh..???hihihiih
ReplyDeleteapa2 jenis nasik sudah tentunya sedap bagi mokwo si pencinta nasik...huhu.alangkah bes nyerr dapat makan nasik gini!!
ReplyDeleteHuwaaaa...sedapnya tengok nasi tu Izah! Dah lunch, tapi terlapar pulak...hehe!
ReplyDeleteSalam..wahhhh tak tau bila ada masa nak mencuba juga ni....
ReplyDeleteDah lama copy resepi ni tapi tak try lagi....
ReplyDeletesalam zah. Kpah bawak pinggan ni... sebab dah lama tak buat.
ReplyDeleteAmboiiii izah, "kekarian dan kerempahan" tu yg tak tahan. Nanti boleh cuba sebab cik abg hantu kari..
ReplyDeletesalam izah..
ReplyDeletekat rumah akak pun jarang ada stok beras basmathi... mahal nokkk!! tak larat nak beli... kekekeke... tapikan.. lately ni cik abang akak mcm lebih pada health concious gitu... dengan tak kedekutnya dia membeli beras perang a.k.a eco brown rice yang mahal tuu tiap2 bulan.. hehehe.. walaupun akak rasa seronok dgn tindakan cik abang akak sbb beras tu elok utk kesihatan tp tak tau kenapa akak ko nih masih mengamalkan sikap kedekut dengan mencampurkan beras tu dengan beras biasa masa nak masak... muahahaha.... tp dengan nisbah 2:1 aje... hehe.. bukan apa.. kesian kat beras biasa tu mcm dah ada bubuk sebab lambat nak habis.. hehe..
ehhh! panjang lak komen pasal beras padahal ni kisah nasi kari ayam... wawawaaa... nampak sedap sgt2 tu... kalau guna beras eco brown tu sedap tak ye?
Mmm sedapnyer...masuk list dulu sbb skrg xleh nak masuk dapo huhuhu.
ReplyDeleteSalam Izah wah cam sedap jek.. Izah ingat tak pernah wat NASI AYAM GORENG.. erma pernah wat dari resepi izah tu.. cam tu ker? rasanyer...
ReplyDeleteCaranya lebih kurang masak nasi ayam cuma berempah. Nanti nak try kukus pula dan dengan lauk ayam goreng kuah madu. Insyaallah kalau dah jadi akan masuk blog http://cooking-engineer.blogspot.com/ resepinya.
ReplyDeletetun pesen yg x suka rasa basmathi.. haha.. bagus x? tun kalau nasi perasa2 ni mmg suka guna beras wangi. sedap sgt! rasa mcm dh buat nasi kari ayam ni. ke tertukar ngan nasi ayam goreng?? byk ngat dh nasi yg di try, kdg2 lupa nk tulis n3. hihi
ReplyDeletesedapnya..hr tu akk dah cuba nasi daging..bila2 nnti akk nk cuba jugak nasi kari ni..
ReplyDeletemasa tgk nasi ni akk dok terpikir dah buat ke belum..tp bila tgk ada guna santan, sah2 xbuat lg...hihihihi
ReplyDeleteapm pandan tu kan zah, rasa dia lbh kurang cm apam dot dot..akk rasa kalau xletak inti pun ok kot...
Aku sukakk..yg pasti incik abg aku suka jah..tp dah lama x buat. dulu buat ikut resepi sndirik jek..mmg sdp kan nasi kari..mcm masakan india pun ada rasa dier..sesuai sgt utk jamuan2..lariss..sbg ganti nasi minyak atau nasi kismis.hehe
ReplyDeleteK...K faham tumis nasi pakai rempah kari..orite boleh masuk list cuba untuk cuti maulud nabi..ha..ha...anak2 akan pasti suka
ReplyDeletejah..camane ko buat timun tu jadi gitu...cantik lahh.. macam bunga tulip ke ape... ajo ajo ajo.... hehehe... sedap ek nasik kari ayam ni.. aku teringin nak wat.. pedas x jah? tkut darwiah x leh mkn pedas2 sgt..hihih
ReplyDeletemesti nak cuba ni zah. sesuai kot buat hidangan tetamu kan! ;D
ReplyDeleteassalam izah tq ye,benonya line kat ofc tadi menggong akak upload gambo asyik fail je dah tgk kat setting tak de gambar tup2 bukak blog mengucap panjang akak hehehhe
ReplyDeletenampak sedap nasi ni satu kelainan boleh dicuba.
Ai pasan kan, semenjak jah bkn nama sebenar tu panda mengari, kemain lagi dia...asik ngan menu2 yg menggamit2 dakoo.. Tengok bundo buat dulu mmg tingin nk buat...tp x terbuat pun...bak je lah yg tu...awak tu bkn boleh mkn kari byk2 mlm2 jemahat ni, napas berbauu nnti...hihihi...
ReplyDeletewah sedap2 tuuu....siap hiasan bersimpul2 lagi.
ReplyDeletehummm,,,harum sampai sini bau nasi karinya tu..
ReplyDeletesodapnyer nasi kari ayam izah ni...ada lg ker?? ishhh mlm2 mana boleh mkn dh...konon
ReplyDeleteassalam izah, tengok aje gamabr akak dah dapat rasakan kesedapan nasi ni..mesti bertambah nasi dgn ayam ni kalau akak yg makan....
ReplyDeletepunya la lama duk menanya dulu tak buat2 ya.. akhirnya buat gak! kan dah tau kesedapan nasi tu.. org cakap dulu tak nak caya hehe
ReplyDelete@Kak Sam
ReplyDeletemeh bgi ayam sekor saya tlon masakkan. hihi
@mimie@Sugar 'n' Spice
ReplyDeletelebih kurang la kak. sebab ada rasa lemak santan tu..pastu wangi bahan ditumis tu. lebih kurag la tu
@mokwo®
ReplyDeletesah mokwo kena try nasi ni. mmg best!!
@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
ReplyDeletelove.. ia pun sama.. kalau nampak menu orang lain especially bila BW, mesti kelaparan tau even dah kenyang. haha
@Sue @ Neniekdg2 menu mcm ni elok benor time stok dah nak kurang kat rumah. bila ada ayam je.. hehe.. tak banyak menda nak dibuat, kalau makan biasa2 la. kalau nak makan jamu kengkawan tu kena la juga ada lauk2 lain kan
ReplyDelete@Wanieyra
ReplyDeletejgn tunggu lama2..rugi tau
@ibundo
ReplyDeleteterima kasih kak pah share resepi yang best ni. kak pah datang bawak pinggan, skali periuk saya dah kering dah kak. hehe
@hazila
ReplyDeletehehe.. bebudak ni tak berapa tahan sangat rempah2 ni kak. takut muntah pulak
@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeletesaya pun pernah beli jugak beras merah tu, tapi tak boleh dimakan. hahaha.. terus je masuk bubuk. tapi kalau dah biasa makan ok je kan. mcm beras apa ye kak yang tak de kanji tu. makan tak kenyang2 beras tu. tapi mahal jugak
@Hanim
ReplyDeletenapa ? tengah uwek uwek ek.. tahniah weh.. hehehe
@HALAMANKU
ReplyDeletelebih kurang tu la jugak erma, tapi pada saya sedap sikit kot sebab ada santan bagai
@Engineers Love Cooking
ReplyDeletesound great.. sedap gayanya tu
@tun_telani
ReplyDeletetun, sebenarnya kita sama la.. akak rasa cam kering sikit kot kalauguna berammathi, ke akak je tak reti masak. hehehe... guna beras wangi, nasi pun wangi jee kn
@dZana
ReplyDeleteharus dicuba nasi ni kak memang sedap n terbaik
@Liza
ReplyDeletetu la, bila diletak santan tu memang sedap kak.lemak2 mcm rasa nasi lemak tapi ada rasa tumis kari tu. tq kak. nanti kalau terseru nak jugak try sebab anak2 suka
@Paty's Kitchen - Cook with passion.
ReplyDeletetu la kak, memang kena study sikit caranya. bila dah dapat gambarans ekejap je nak membuatnya kan
@nOOrsha
ReplyDeletesha.. nasi ni tak pedas setelah aku ejas karian dan kerempahan dalam ni. ko try la, anak2 aku suke sangat. sampai bertambah2 makan,
nak membuatnya, jgn ler tanya aku segan lak. ko lagi terror. la, ko hiris je kulit tomato ngan timun guna pemotong kulit. pastu ko buat la mulat2 mcm kelopak tulip tu. potong senget tepi.
@HaSue
ReplyDeletebetul tu sue. buat makan ramai2 kan. tapi rasanya lebih sedap dari nasi minyak lagi kan
@Asmara
ReplyDeletesesuai as.. memang laris mcm kata si hasue tu
@~K Ham~
ReplyDeletehehehe saja la tu kak ham tu..
@Chik Mimi
ReplyDeleteooo memang kes nyer terjadi gambo gitu la ye. hahah ingat kan pc saya ke yang mengong. terkejut juga napa gambor besau besau tu
@Chah
ReplyDeletehahahhaha.. datin !! u memang tau.. jah *bukan nama sebenar tu tak de kena mengena ngan nasi ni tau. adui laaa
@LadyD
ReplyDeletehiasan senyum simpul namanya tu. ahakss
@Ida,Japan
ReplyDeletea ah kak ida... kunun la kan kita tak makan malam kan.. kiki
@Ayu
ReplyDeletekompom kak. memangg bertambah rasanya ni. hehe
@K.Nor
ReplyDeleteala kak nor, nasi nasi ni memang nak kena rite time nak membuat nya. hehehe
Nasi nie mmg best sgt!! Akak pun suka... Teringat lg keenakan nasi nie... Sedap!
ReplyDelete