Tuesday, January 3, 2012

Ayam Kicap Berlada Hitam


Assalamualaikum..

Lauk ayam untuk hidangan anak-anak dimakan dengan nasi putih. Suka budak berdua tu makan. Lauk pauk yang ada lada hitam diorang boleh terima. Tapi kalau ada cili, masih belum pandai lagi makan pedas2. Setakat pedas lada hitam je lidah diorang mampu. Tu pun tak boleh letak banyak-banyak.  Resepi ni dah lama duk intai dari blog Anna Qawina. Rasanya Anna yang rekemen kan lauk ni pada saya. Memang sedap n nyaman. Terima kasih Anna dan tuan punya resepi iaitu si cantik kak Dayang Jack.


AYAM KICAP BERLADA HITAM
sumber: Anna Qawina


 bahan-bahan : 
 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak) 
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng) 
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk) 
1 sudu makan cili kisar/cili giling * saya skip
1 sudu makan kicap pekat 
1/2 sudu makan sos tiram 
sedikit kicap manis 
sedikit hirisan daun sup 
sedikit madu/gula dan garam 
sedikit air asam jawa rempah 
4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) 

 bahan-bahan kisar : 
 5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 batang serai

 Cara-Cara : 

 Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau sebati. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. 



28 comments:

  1. alahai sedapnya, nanti boleh lah try

    ReplyDelete
  2. dah niat xmo tgk blog akk pg ni... tbe3 tgk akk update kt fb... tpksa tgk... ades... makin kuat bunyi perut menyanyi.. ho3 -_z

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak lauk ko ni jah oi..tlg masakkan utk akak leh tak?dah sengal sgt dah hidung ni..huhu

    ReplyDelete
  4. bg aku sikit jah..mls nak masak tk tghri, mkn lauk smlm jek....hehe

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni. semua bhn dah ada kecuali kicap pekat ....

    ReplyDelete
  6. Oh , Yg ni mesti sedap setelah baca bahan-bahan yg digunakan !

    ReplyDelete
  7. Waduh2!...lapar lah nengok masakan ayam lada hitam ni Izah. fmly akak pun suke lauk ni. gerenti cepat habis. ingat nk buat gak tadi tp dh kehabisan kicap pekat n sekutu2nya..adehh...telan liur jelah dulu..hehe

    ReplyDelete
  8. Ijah dear..tgn kita dah cembuh, tp kita dtg nak manja2 nak tapau vongkos lauk boleh? Utk ptg n mlm sekali ye.....kalau buleh masak nasi sekali...hik3......

    ReplyDelete
  9. Assalam izah, selamat menyambut tahun baru 2012.
    Happy belated 2nd Blogversary to IML ya..semuga terus berkongsi recipe2 yang best2 dan tahniah juga sebab masuk dalam majalah jelita!!.. You go girl!!

    Opps lauk ayam kicap berlada hitam ni belum pernah cuba...pasti anak2 suka ni..

    ReplyDelete
  10. Alamak ada promosi baik le ari ni. Hehehe sabo...sabo...sabo

    ReplyDelete
  11. adoyaiiiii sedapnyaaaa tngk lauk Izah ni, anak2 akak pun suka lauk mcm ni,lagi2 Hamka yg tak berapa tahan pedas tuuuu...

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Izah..Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Semoga kedatangan tahun baru ni membawa lebih keceriaan dan kegembiraan buat akak sekeluarga..

    Dan tahniah juga buat IML sebab berjaya mendapat paparan di majalah Jelita...Somoga Kak Izah terus sukses...

    ReplyDelete
  13. @Tina Othman
    sedap n memikat hati anak2. sila la cuba yee

    ReplyDelete
  14. @lalalovephotography
    hahhaa... lagu apakah yg dinyanyikan oleh perut mu ituw... meh nak dengor skett.. kot boleh sama2 berjoget.. hehe.. im joking..

    ReplyDelete
  15. @anymz
    nak tulun masak ? ok je.. asal ada upah. ngehehe

    ReplyDelete
  16. @Anna Qawina
    kira ko buat lauk marathon la. leh ko lepak jahit lencana ye. kikiki

    ReplyDelete
  17. @mala
    kicap pekat saya pun tak cukup, guna sikit kicap cair. hehe.. halal sikit2 ejas kan

    ReplyDelete
  18. @Yan
    yep, cukup dgn rempah ratus nya. yummy!

    ReplyDelete
  19. @DjDayang Jack
    saya kalau masak kicap mmg tuk anak2 jela kak dj. en suami kureng sikit lauk gini. tapi kalau lauk sambal2 tu haa laju je la. hehe.. tapi saya sukeee masak kicap!

    ReplyDelete
  20. @Ayu Safieza @ Humaira'
    tu manja ngengada tau.. nasib ai baik heyti. nah amik seketuk kepak ngan semangkuk nasik. baik tak ai. haha

    ReplyDelete
  21. @Ayu
    waalaikumussalam warahmatullah..
    miss u kak!!
    dan selamat melangkah ke tahun baru dengan lebih cemerlang..
    tq kak..

    ReplyDelete
  22. @Kak Sam
    hehe.. ye sila kan kak sam sila tergoda okeh

    ReplyDelete
  23. @Yatie
    tu la kak. saya pun lauk2 gini duk ejas pedas je. hari tu saya try lauk ayam lada hitam tumis mcm kak yatie tu. aa suka sangat diornag. tapi sayang tak sempat nak snap. dah kelaparan

    ReplyDelete
  24. sue@nenie..
    terima kasih.. akak pun nak ngucapkan selamat tahun baru dan semoga terus suksess. dan terima kasih untuk ucapan tu.

    ReplyDelete