Assalamualaikum..
Selamat pagi semua. Harap semua2 nya ceria dipagi yang nampak cerah ni. Dan doa-doa saya buat insan2 tersayang semoga urusan dipermudahkan Allah dan sihat tubuh badan fizikal dan mental untuk mencari rezeki hari ini.
Rendang ayam ni dibuat setelah Ct payung post rendang ayam feberet suaminya. Memang duk terpikir nak habiskan ayam bersepah dalam esbox tu. Bukan bersepah apa, ayam yang lebih2 kepak, lebih2 tang tulang, paha sikit2 tu la. Sbab biasa untuk anak2 saya guna kan isi ayam, jadi lebih bahagian tu bila simpan, nak buat goreng karang, terpikir saya je beria2 makan. Orang lain kureng sikit ayam goreng. So bila tengok rendang gaharu resepi Cik Mat Gebu ni, sangat memikat hati. *jangan ditanya kenapa namanya gaharu..hehe* Memang saya ikut resepi sebiji sebijik tak de derhaka. Sebab memang saya gunakan dalam 17-18 potong bahagian ayam. Agak2 dlm sekor ayam la tu kan. Dan pada saya rendang ni memang sedap. Cukup rasa rendang nyer. Pedas sebab menggunakan cili padi. Cume kekanda saya komen kurang kuah. Aaa itu selera dia la, nak banyak kuah kan. Terima kasih CT dan CMG.
RENDANG AYAM GAHARU
resepi: CMG
sumber: CT Zaliedana
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam *izah lebihkan
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...
Slmt Pagi Izah...
ReplyDeletewah3x menggancam sungguh mama tgk rendang ayam gaharu.. kalau dpt ayam kampung yg liat2 lagi sedap kan3x
mama hawa..
ReplyDeletemama pun suke ye rendang ayam kampung. sama la kita.. rendang itik pun sedap. tapi nak kena gaya jgak memasak nyer tu
sudah gaharu cendana pula
ReplyDeletesudah ku tahu nak tanya juga,
itu rendang saya suka,
sudah habis atau masih ada?
ok tak pantun aku? hihi..
Izah, sedap kan rendang ayam ni...nasib baik akak dah penah buat...xpun mst garu-garu dagu nak mintak dgn Izah....hehehhe, tp kalau nak bg akak, apa salahnya...kecil tapak tgn, mangkuk sioorrr akak tadahkan... :))
ReplyDeletetak pernah lagi cuba rendang ayam gaharu nih...mesti sedap kan..tgk bahan2 pun dh tau memang menyelerakan..tq for sharing da recipes
ReplyDeletewowwwwwww..menyelerakan sungguh pepagi tngk rendang ayam gaharu ni..lapor lerrrrrr...akak pun dah pernah buat ikut resepi ni...sedap sungguh...
ReplyDeleteSedapnye lauk Izah Hari ni...
ReplyDeletenmpk dh tahu sedap sgt rendang izah ni....ngaper namanyer gaharu erk
ReplyDeletesalam Izah..rendang gahuru ni dah berbau sampai ke umah k.atie ni..mai sepiring:D
ReplyDeleteDtg sini pepagi...nak ngendeng rendang ni...:D
ReplyDeletewah!rendang ayam gaharu...pasti sedap! nak sikit kak! =0)
ReplyDeleteIzah dah nampak rendang tu terasa nak masak nasi impit pulak.Kalau makan dengan nasi impit pun mesti sedap ni kan?
ReplyDeleteizah..rendang baru ni...belum pernah jumpa rendang gaharu.
ReplyDeleteizah.. ingatkan rendang ni nak kena letak kayu gaharu.. hehehe.. jenuh ler akak nak cari kayu gaharu tu.. kalau setakat kayu manis tu mmg byk dlm gobok buruk akak tu.. kekeke....
ReplyDeletemmg nmpak sodap tuu.....
Assallamualaikum Izah..
ReplyDeleteCantiknya kaler rendang. Akak suka yg cam ni.. Basah2 sikit.. Sedap makan dgn nasi atau makan dgn nasi impit..
ohh..ada buah keras ek? mesti lagi lemak merdu..nape nama gaharu??..nape? nape? orag tk bagi tanya gedik juga nk tanya..LOL tq izah..
ReplyDeleteKak Izah,sy pon ritu mmg ikut sebiji2 resepi tanpa diderhaka kan,mmg sedap kan..Kira mmg secukup rasa kan..Smpai print resepi bawa g dapur la,mula igt nak bawa lappy ajer,pastu hb tlg printkan rcp,hihi..Suka betoi ngan resepi nih,mmg the best..
ReplyDeleteizah,wangi mcm bau gaharu ke ayam ni..kalau tgk mmg tahu yg bau wanginya mesti 1 rumah..:)
ReplyDelete*dah cuba teknik hari tu..kalau izah buat mesti lagi cantik..imej bunga kantan tu aperture f/3.1,focal 5mm,ISO 125...
pastikan sekeliling malap..subjek lebih kurang 1,2 kaki frm kain hitam.
Kok ada tanah tebiat kat kampung tu tanam pokok gaharu zah, boleh jadi toke minyak wangi hehe..
ReplyDeleteayam ko nampak very the sedap ma.. colet ngan nasik impit mak ai...
serius aku lapo nengok rendang ko tgh2 mlm nih..
ReplyDeletememula tgk gaharu mmg aku terbyg pantun cam si anna qawina tu.. pastu baru ingat gaharu yg satu lg..hee.. napa ek nama dia ayam gaharu?eh..ko ada larang supaya x tanya ke ek?cer ko jwb
makan rendang ni paling best kalau ada lemang sebatang...hehhehe....raya boleh cuba masak rendang gaharu ni..ada beza skit dari yg kita selalu masak..ada taruk belacan pulak....lama betul tak makan rendang....
ReplyDeleteSalam..ye ye ye..saya pun dah buat rendang ni..sedap dan berbaloi-baloi...
ReplyDeletewah menyelerakan sungguh tgk rendang tu izah.. akak pun masak rendang ayam smlm.. tp versi segera punyanya.. :)
ReplyDelete