Friday, September 30, 2011

Gulai Masam Tempoyak Daging


Assalamualaikum..

Adehh letih 'keng' melayan mak mak dara kt FB nun.. Terbengkalai lak nak update lauk yang satu ini. Gulai masam tempoyak daging.. Kalau orang Pahang mcm saya ni, sebut je gulai masam tempoyak terusss je menjejes air liur.. Tapi kalau gulai ni duk dekat ngan gulai lomak, malap la sikit keinginan nak makan. Kesian ko kan gulai masam. Heheee...  Dah lama dah buat ni. Hari ni baru nak update. Ada yg sedia maklom,  pure gulai masam ni tak letak bawang bagai. cukup ngan kunyit idup n tempoyak n daun kesum. Tapi saya letak je sebiji bwg beso potong 4. Bagi up la kunun rase gulai tu. Tingat nak post gulai ni lepas nampak si JUWITA pos gulai masam ikan style PERAK. yang lebih kurang sama je caranya kot.


GULAI MASAM TEMPOYAK DAGING
by : izah 

Semangkuk daging
5-6 btang kacang bendi
10 cili padi
1/2 inci kunyit idup
3 sb tempoyak - ikut kepekatan n kemasaman tempoyak
1 ulas bwg besar
secekak daun kesum *optional
tomato *optional 
bunga kantan *optional 


 Masukkan daging yg dihiris nipis ke dalam periuk. Biar air daging keluar dan jika daging kurang empuk masukkan air biar empukkan sikit daging.
Cili padi ditumbuk lumat bersama kunyit hidup.  Kemudian digaul bersama tempoyak dlm lesung.
Masukkan campuran tadi ke dalam periuk berisi daging.
Tambah air lagi hingga tinggi sikit dari paras daging. 
Masukkan pula bawang. Bila mendidih masukkan kacang bendi n tomato.
Sesambil tunggu bendi empuk masukkan pula daun kesum.
Biar hingga semuanya masak sebati, perasakan dengan garam. 
Angkat hidangkan.


Gulai masam ni, kalau bermalam makin sedap rasanya. Cube lerrr..





27 comments:

  1. Kak Izah baru kali nih dengaq gulai masam pon da,igt ketiak masam jer,wakaka,lari dulu b4 kena baling ngan labu..Akak,sy teringin nak rasa sambal itam pahang tuh,punyea terlupa samp busuk buah belimbing lam peti,adoiyaii kempunan..

    ReplyDelete
  2. wow!ada lady's finger a.k.a jejari wanita a.k.a bendi lah.

    ReplyDelete
  3. oh cam tu ker? senangnya. nanti nak try. ada daging batang pinang dalam freezer. booleh buat minggu depan. tq.

    ReplyDelete
  4. kat umah banyak stok tempoyak....tgk kak ijah n kak ita..tayang ..teringin plak nak masak gulai tempoyak...

    ReplyDelete
  5. jimat lah masak gulai asam tempoyak ni...tak payah guna bawang, kalau tidak sempat berair mata bila kupas bawang...

    ReplyDelete
  6. tempoyak ada lagi tu..
    daging jerk dah abisss...
    ijahh..stok daging kau banyak lagi kan..
    meh campak sini sikit..
    sedappnya aku tengok gulai tu..

    ReplyDelete
  7. kemain eh orang pahang ni...suke sangat gulai masam kan... paling xleh ingat dulu pi umah mak angkat kat benta, bukan setakat gulai, jering pun digoreng dengan tempoyak. aduhhhh...cannot...cannot...

    ReplyDelete
  8. salammm...waaaaa.. x sangka pulak daging boleh masak tempoyak...sukeee2 boleh cuba ni mesti sedaap makan dgn nasi panas2...thanks kongsi resepi niii..

    ReplyDelete
  9. salam izah apa khabar? ni menu kegemaran..stock tempoyak dah tak ada la pula ..emmm. kena balik kampung ni ...sedap nya lama tak makan lauk ni

    ReplyDelete
  10. Emmm..memang sedap kalo gulai lemak tempoyak...haruuuum sangat..suke la.

    ReplyDelete
  11. salam Izah pehhh akk mmg suka gulai tempoyak x kira lah masak apa pun ikan, dgg..tp yg ni mmg npk sodap sagat..nak cari dgg

    ReplyDelete
  12. klu balik rumah metua mesti ada lauk gulai masam ni, agaknya org pahang mmg tak tinggal ye, kenduri ke mesti ada lauk ni, tapi tak penah pulak guna daging, selalu guna ikan je

    p/s: tak penah tau pun tak guna bawang hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum izah...
    wah nampak lg menu dr tempoyak... mmg menyelerakan ... akak x perna lagi merasa tempoyak :D.. hehehehe.. nampak sedap tuu

    ReplyDelete
  14. @Zaliedana
    ampeh ko ct, ade ke dikatanya ketiak masam. hahaha.. ader la, ni gulai feberet org pahang atau org perak. tak pernah try ke? sedappppppp

    lorr.. napa dibior nyer lembik. lenkali terus je rebus belimbing tu. pastu nak buat ke idak biar lr dulu. simpan je dlm peti ais. lama tahan tu.makan tahun kalau kna gaya merebusnya tu

    ReplyDelete
  15. @Ryo Azhar Rahza
    canggih ngat tu klu aku buat tajuk gitu krang.. hihi

    ReplyDelete
  16. @chikadakbiru
    harusla dibuat. yg penting tempoyak tu jgn manis. kalau manis tak de la kick nyer kan

    ReplyDelete
  17. @Ucu Faridah
    gini la lauk org dulu2 kan ucu... simple tapi tetap berselera sekeluarga menjamu nyer

    ReplyDelete
  18. @Mas
    mmg banyak stok daging btg pinang aku neh. ada sekilo lagi ni. nah amik suku kilo. kikiki

    ReplyDelete
  19. @Cheq Sue
    tak makan tempoyak ke sue? a ah org pahang sukar dipisahkan ngan tempoyak. jering n tempoyak tu, aduhaiii feberet giler...

    ReplyDelete
  20. @Sha HomeMade Cake n Choc
    jarangkan digulaikan jadi tempoyak. tapi cube la try, memang sedap. ada kacang bendi tu lagi best tau.. gulai kan dengan ayam pun sedap

    ReplyDelete
  21. @lina
    sama la kita.. sangat gemar.. ni menghabiskan stok tempoyak tahun lepas ni. alhamdulillah.. sangat sedap kat tekak kite kan

    ReplyDelete
  22. @rahel
    suke jugak ye gulai tempoyak. sedapkan. pepulak dapat ngan ikan segar.. aduhaiiii... diet pun tolak tepi kan

    ReplyDelete
  23. @Sheila Shafeareen
    orang pahang mana leh dipisahkan dengan gulai gini kan kak..hehehe

    ReplyDelete
  24. @Tina Othman
    memang la.. mcm ornag negeri 9 tak leh dipisahkan ngan gulai lomak, kat pahang pulak gulai tempoyak ni la. memang biasa org buat ngan ikan segar. bertambah manis. tapi skali skala tukar daging.. ngam jugak.

    ReplyDelete
  25. @Diana @ Melley Mey
    hehe.biasanya org tak pernah rasa ni tak leh masuk menu gini. canner tu kak.. meh dtg semenanjung kita makan gulai tempoyak yeee

    ReplyDelete
  26. Sebab resipi ni...daging dan ayam sudah berjaya menambat selera saya..haha..senang untuk lelaki dalam percubaan memasak ni

    ReplyDelete
  27. Sebab resipi ni...daging dan ayam sudah berjaya menambat selera saya..haha..senang untuk lelaki dalam percubaan memasak ni

    ReplyDelete