Assalamualaikum.
Waduh sedap bangat menikmati puding roti karamel ni time panas-panas begini. Memang best!! Rugi lambat buat puding ni. Resepi asal puding ni dari kak Rosaliza tapi saya ambik version yang diubahsuai oleh kak Dayang Jack. Sedap laaaa... nak buat pun sangat la senangkan. Puding ni memang halus. Rasanya lemak lemak dan memang sesuai makan dengan gula karamel tu. Cume hubby saya kata dia suke gula karamel tu lagi banyak. Nak macam kuah kuah gitu. Itu selera dia la kan. Pada saya puding ni sangat yummy!!
Mekasih kak Dayang dan kak Rosaliza yeee.. Nak tengok resepi asal memang ada perbezaan dari yang saya ikut kak Dayang ni. Jadi boleh tengok dan bezakan dua dua resepi dan ikut selera memasing la nak ikut yang berkenan ok.
PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : kak Rosaliza
version diubahsuai : kak Dayang Jack
bahan-bahan:
Karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas
Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
1 sk esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara :
Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.
salam izah
ReplyDeleteyg ni pun slah satu dessert yg lam sudah x buat dan x mkn heheh..last buat bila yeee time raya kotttpeh lama tu..pe pun dtg sini rasa dulu leee
Salam Izzah
ReplyDeletelama kak noor tak mkn puding karamel ni...oh bubuh roti ya...nanti nk try..
Along byk stok roti kering... nanti nak cuba ni. Maceh...
ReplyDeletepuding roti nampak sedap.. ambik gambar pulak semakin cantikkkkkk.. bertambah2 selera nak makan ni....
ReplyDeletewah! makan sorang2 je ke? tak jemput kita pun
ReplyDeleteMmmmm....sedapnya puding roti karamel...lama xbuat... sungguh menggugat keimananku...
ReplyDeletenampak sedappp, nak try buat..
ReplyDeletetak pernah buat puding roti lagi..
daiso mari... hehee
ReplyDeleteAs'salam Izah
ReplyDeleteyang kat sudu tu meh suapkan dalam molot kak ct meh.. hahaha
izahhh sedapnya n cantik nmpk puding tu..minta sikit
ReplyDeletemakcik...aku dah lupa aku dah buat ke belum puding roti ni....
ReplyDeletememang nampak sedappppp la....
yang lagi 2 kat belakang tu aku punya.....kikiki
sana sini semua dok tayang menu sejukkan tekak..aku lak malaih..haha..meh sini nak rasa sket..
ReplyDeleteKak Izah,semalam baru duk godek2 resepi nih kak umah kak dayang n dah copy,tapi baru duk bertagak nak wat,wah tgk2 dah da kat umah akak..Nmpk sedap lah kak..
ReplyDeletemmg sedapp niii... tun dh penah try ni.. tp nmpk kak izah wat lg sedap laa.. hihi
ReplyDeleteehem..ehem..tumpang lalu jap..mintak sikit puding tu barang sepinggan dua..boleh tak?..dtg dgn sopan santun ni jah.jgn marah2 lagi..sampai hari ni akak tak tau apa soklan yg ko bagi.huhu..
ReplyDeletemeh tanya lagi sekali meh..
izah, cantik pinggan tu izah..
ReplyDeletegamabr pun makin mengancam ..i loikee..
Izaaaaahhhhhh!!! mau puding!!! mau puding!!!!! hihihi....
ReplyDeletewahhhhh...syabasss...gambar semakin mengujakan sanubari ku ini...cantekk la
ReplyDelete@Sheila Shafeareen
ReplyDeletekak shiela moh la buat. senang n sedap woo. makan lak time time kepanasan gini. best kak.try la
@noorsafone
ReplyDeletea ah kan. bubuh roti kurang telurnya kan. sedap... kena la selera guna resepi ni. boleh try. anak2 saya pun suke makan
@HomeKreation
ReplyDeletesesuai sangat la tu along. saya pun bila time ada roti yang belen2 tu mmg mencari2 resepi puding roti gini,anak2 suke makan
@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeletemekasih kak... tengah bertatih lagi nak main ngan kamere.. boleh la kan.. puding ni sedap. lembut je.. lemak2 tak manis sangat. bila kena ngan gula karemel tu memang ngam
@Wanieyra
ReplyDeletejom jom kite makan lagi petang gini. ada seketul je la gi tinggal. hehe
@geez
ReplyDeleteapa lagi, time hangat2 gini sedap la kan pekena puding sejuk ni. best best.. tak hengat tengah berdiet. hehe
@Sal Saari
ReplyDeletekalau tak pernah, try la resepi ni. senang n mudah menjadi. bahan2 simple n clear. buat sekali pasti nak lagi. cewahh
@K.Nor
ReplyDeleteikiki. aip kak nor. bocor rahsia.. hehe
@CT Delima
ReplyDeletealo lo.. kak ct. meh nganga beso2 saya suapkan. hehe
@Kak Rosaliza
ReplyDeleteakakk.. mekasih ye kak. best la puding ni. patut la ramai je suke. sedap sedap. anak2 saya pun suke. mekasih skali lagi kak
@Mas
ReplyDeleteweh makcik ko memang.. dua dua nak.. share share le. kite ramai ni. hehe
@Anna Qawina
ReplyDeletetu pembawaan budak la tu mek.hehe
@Zaliedana
ReplyDeletewah sama instinct kite ye nak memuding. tapi akak dah buat. tak pe nanti ct lak try buat
@tun_telani
ReplyDeletetun guna resepi kak dayang yang dah ejas ni ke? sedap kan? halus lemak je.. yang sedap nengok anak2 makan la..
@anymz
ReplyDeleteye agak bersopan akak hari ni. hehehe.. ala sampai hati kak nim. sah tak baca komen saya kat entry talam talam akak tu. tak mo tanya la... biarlah rahsia..huhu
@Ayu
ReplyDeletemekasih kak ayu. baru berjinak jinak ngan lens baru yang tak berapa baru ni. main2 try lagi.
@ijayuji
ReplyDeletenah sesudu je. bagi cicip cicip je. dah balik balik..
@hani
ReplyDeletemekasih hani.. main main kena snap banyak kali nak dapat gambar menjadi. kalau tak kelaut je gambo slalunya.
OMG! I'm so much tempted by this pudding, lovely lovely piece of pudding.
ReplyDeleteizah... cantiknya puding tu izah.... akak suka puding mcm nie... cantik gambar... suka tgk :)
ReplyDeleteIzah...cantik puding dan pasti sedap.. Gambar pun cantik sangat..Pssstt..tu atas meja tu ada hadiah tu nak bagi sape..Nak la satu..:))
ReplyDelete@Umm Mymoonah
ReplyDeleteboleh try sendiri resepi puding ni. simple but yet delicious!!
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeletemekasih kak.. baru nak pandai2 main ngan lens baru ni kak. puding ni pun sedap je. especially makan time sejuk..licin
@Naz
ReplyDeleteala kak naz nak hadiah ek.. tu hadiah bekas kosong je tu.. hehehe
As salam Kak Izah,
ReplyDeleteDah lama x drop comment kat sini. Tp saya selalu blog walking tau.....Kali ni saya drop by nak tanya pasal ramekins yg berwarna tu. Mana akak beli yek?
Love,
Mika+Suzy
Hi there! This is my first visit to your blog! We are a team of volunteers and starting a new project in a community in the same niche. Your blog provided us useful information to work on. You have done a wonderful job! https://herbsenroute.com
ReplyDelete