Assalamualaikum..
Asik coklat je berturut2 entry saya ye.
Kuih ni buat pagi tadi for breakfast anak2.
Roti dah habis, nak buat segan.
Budak2 nak makan jem coklat pulak.
Jadinya round2 kat list kuihmuih.
Tertarik nak cuba yang ini.
Sangat sedap!!
Saya tak buat jem coklat cam dlm resepi.
Guna yang beli punya.
Mekasih kak Wan untuk resepi ni.
Anak2 suke siap makan rebut2 lagi.
KUIH DADAR COKLAT
resepi: Kak Wan@Recipes Today
Bahan Inti Coklat
100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam
Bahan Dadar
200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.
Cara-cara :
1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.
menariknya kuih dadar ni.. ada coklat lagi sure ler budak2 suka ni.. terliur pulak akak tgk....
ReplyDeleteeh!..telur dadar ada cekelat?..apa rasanya tu?..
ReplyDeletehaisshh..nyamfah...balik ah!..
layan nor lah lebih baik..bukan nya puan rumah ni nak bagi rasa pun?.
sreet..oops..ambik resepi dulu bawak balik..dia tak bagi makan tapi bagi resepi pun jadi laaaaa
Eh kak anim nih dah rabun itik ke..Kuih ngan teluq pong xpasan,muahaha..Sorii kak nim guwaw2..Ishk xabih2 menu coklat jer..Nmpak menarik,pasti lah dak berdua tuh berebut kan..Eh akak ngan laling lomantik berebut2 x.hihi..
ReplyDeleterasanya macam kuih apa makcik....he..he..
ReplyDeletesedappnya tengok..kompom ain ngan daniel suka ni...he..he..
cantik nyer kuih dadar..mesti sedap ni..anak2 mesti suka,lagi2 ada coklat.. =)
ReplyDeletesalam izah - sorry tak faham cam mana nak buat berwarna coklat tu masa nak dadarkan ke...hahaha
ReplyDelete@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeletetu la kak.saya tengok balik pun camterliur je pulak.hehe
@anymz
ReplyDeletekak anim.. kak nim baca komen zaliedana tu.dah baca dah.. hahaha, ambikkkkk..kikiki..biasa la kak nim tu siti.. tu la suh tukor tudung warne pink tak mau.nak kelabu jugakkk..kiki
@Zaliedana
ReplyDeleteeh cam suke je komen ko ni ct.hhaha.. aipp dengan laling makan suap suap.haa suap la sangat.suap anak kan..adehh
@Mas
ReplyDeleterasa dia macam apam balik inti coklat. eh bukan, pankek inti coklat.eh tapi dadar ni lagi lembuuttt je.aishh ko try la dulu.aku pun buat separuh je nak try.100gm tepung.tapi bebudak suke sangat.leh buat lagi ni
@~Norul Mas Hana ~
ReplyDeleteitu la pasal. ada inti coklat tu yang diong suke sangat tu kan
@lina
ReplyDeleteha ah. yang atas tu untuk inti.ketepikan ye. untuk dadar tu bancuh semua, ketepikan sikit dan letak coklat emalco.pastu dlm non stick pan amik adunan coklat tu, saya guna sudu je, gariskan atas pan.biar masak kejap, baru tuang adunan yang putih pulak atas yg coklat tu tadi. paham kan?
salam izah..menariknya..ada coklat lagi..tapi kalau akak buat sah tak jadi cantik gitu,,,pinjam tangan leh izah?
ReplyDeletewow..kalau saya buah dah sah sah tak cantik..mesti anak anak saya suka gak
ReplyDeleteRajin n kreatifnya adik kak cek sorang ni....kak cek nak sekeping...ada lagi ke...he he
ReplyDeleteizah yg ni ada rasa cam pancake versi nipis ke?menarik ni.kalau wat mesti anak2 suka
ReplyDeletemenariklah dadar belang2 ni...kaya dngn cekelat....takmo kwn Muaz sbb bagi Hamka daun stoberi jek...huhuhuhu...
ReplyDeleteuishhh sedap ni menarik jer tgk....copy resepi dulu masuk list..hehe
ReplyDeleteIzah,
ReplyDeletecantik moleknya ko dadar..sekata jer..terliur tengok..bak sini skping!!
selamat malam izan
ReplyDeletekalau dapat kat ayu... ayu tahan dari makan...
ambil gambor banyak2.. ya ampun... cantiknya...
bab coklat tu... daku suka ko...
pandai betul izah ni mengoda selera anak2 thumbs up!
ReplyDeletewaduh2 izah.... cute sungguh kuih dadar izah buat nie.... suka tgk tau :)
ReplyDelete@suri solehah
ReplyDeleteala kak cube dulu. biasa saya tak pandai jugak.tyr n error je kak.kalau biasa buat lempeng lagi la kacang je ni...hihi
@cik cek
ReplyDeletekak cek.. sah sah dah habis.hehe.. bebudak ni pun makan rebut2 ..teruk betull perangai..haha
@lina_pg
ReplyDeleteha ah kak lina.penkek versi nipis tapi rasanya lembuuttt lagi ni. sedap kak.anak2 saya suke sangat la
@Yatie
ReplyDeletehahahaa... muaz kata dia nak bagi dadar coklat je kat hamka.nak ke tak nak? laa hamka tak nak pulak sebab coklat.hamka nak dadar kaler ijau.gi suh mama buatkan yee..kiki
@Nieza
ReplyDeletemasukkkk..haha.. list dah panjang cam highway dah sama cam saya..hehe
@Sally
ReplyDeletesebenornya tak sekata juga. tapi bila dah gulung idak la berapa nampak kan.kamere trick..ceehh yoyo jee..hahah
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletehahaha.. kalau ayu dapat bau nya tak dan nak snap ko, terus ngap masuk mulut.apa cer? adehh
@aeinio
ReplyDeletebukan pandai dah..dah tahap pening dah..hahaha.. bebudak ni susuah jugak nak jangka.dulu2 suke, bila buat tak suke pulak.ee geram pun ada kengkadang tu..hehe
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeletekak diana.. irfan musti suke kot.sebab ada coklat ni.try la kak
nazrah bakery..
ReplyDeletesah sah anak2 suke.. try la buat dulu.senang je sebenarnya.kalau biasa buat lempeng atau pankek insyaAllah menjadi..