Assalamualaikum..
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha. Bagi sesetengah umat Islam di negara jiran pula menyambutnya hari ini. Bagaimana pula dengan sambutannya dan persiapannya. Sudah tentu dingin sedikit berbanding raya aidilfitri kan. Walaupun di sesetengah negara dan negeri, hari raya aidiladha disambut lebih besar dari aidilfitri.
Bagi saya, raya haji disambut sangat sederhana. Hubby tak boleh apply cuti. Jadi sambut aje raya haji ditingkat 17 ni ha. Nak masak apa? Apa pesiapannya?. Ala kadar aje la, sekadar persiapan anak beranak dan mengikut sunnah.
Antara sunnah menyambut hari raya:
Bertakbir
Mengucap selamat hari aidiladha
Berpakaian indah
Bersolat sunat aidiladha
ibadah korban
"~Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)~"
Tapi tahun ni tak de masuk korban pun. Jadinya.. menyambutnya setakat yang termampu aje. Hari raya haji ini adalah satu keistimewaan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Bagi suri rumah, atau suri di dapur mesti tengah pikir nak buat menu apa esok hari. MMmm.. menu simple simple aje la untuk sekeluarga kan. Yang penting menyambutnya dengan hati yang gembira dan indah.
"~Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)~"
Mungkin juga nak baking cake? Seronok tengok budak kecik ni makan kek.
Comot ni tahap biasa2 je. Kalau tahap luar biasa, tak sanggup nak tengok.
Ekspresi muka yang lebih kurang sama. Susah nak dapat dia senyum masa bergambo.
Kalau bergambo buat2 muka ala ala macho je. Suruh senyum dia buat senyum mcm di bawah..
Tengok la senyum jenis apa. Kalau suruh lagi...jadi lain pulak..
Selalu buat muka rimau cam ni.
Okay, buat semua..selamat membuat persiapan menyambut hari raya haji dan selamat juga meraikannya.
Selamat menyambut hari raya haji =). macho nyer anak...boleh booking buat memantu nih..hehehehe =). part senyum ala-ala mengaum harimau tu paling elegant.hehehehe
ReplyDeleteeh!silap taip pulak memantu= menantu..maap cekghu..anok murid nih tak pass mengeja..sobab waktu sekolah, saya tido jer kerejo..hehehe
ReplyDeleteSalam AidilAdha tuk Izah sekeluarga... Raya balik mana? erma kat Bangi jek.. tomei nye tgk aksi2 tu he he he.. mana nak comot.. asyik sgt mkn kek umi yang sedap tu he he he
ReplyDeletesalam aidil adha..semoga raya ini ade maknanya juga kerana ibrahim telah menjadikan ia suatu tanda harapan, rahmat dan nikmat bg kita semua
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha juga buat Izah sekeluarga..moga kita faham dan menghayati apa itu erti korban dan pengorbanan.
Loyang yg Izah ckp tu, akak guna loyang yg berlubang tengah 9"...kalau guna yg petak 10"..kek ni mmng saiz besar...
Salam izah...
ReplyDeleteQira pun ucapkan selamat hari raya korban...
selamat hari raya juga untuk izah dan family!!!!!
ReplyDeletedan, selamat bakar cake....
mrs nurulazmi..
ReplyDeletehehhee..memantu tak pe, jangan hantu sudahhh.. salam aidiladha jugakk yeee..
erma..
tak balik jugak. kat ampang je la.. tak dapat cuti..raya masak apa ma, boleh kami ke bangi ni..hehee
utt..
insyaAllah... kita mmg patut memeriahkannya..
kak yatie..
selamat menyambut aidiladha jugak buat akak sekeluarga.
terima kasih kak yatie.saya ingat nak buat kek tu la.dah kuarkan bebahan pun dah.ishhh..tengok ler cemana.jadi ke idak..hehe
qira..
selamat hari raya haji juga buat qira sekeluarga
desperate mama.
u too dear.. muahhh to sumayyah yeeeee
Izaaaahhhhhh!!!!!! sama2 kita sambuttttt raya dirumah merpatiii selamat hari rayaaaaa!!!!! tu gmbr yg bwh tu mesti mak borek ank rintik! hihihi... jom izah kita main2 masak2 :D tp kita malas pulak ari niii tgh mkn puding niii :D
ReplyDeleteslamat ari raya jugak makcikkkkk! nih mesti mak dier pong suker mengaum! wakakaakakakakaa... *caboootttttt...
ReplyDeleteselamat hari raya makcik......jngn sedih2 tau beraya kt tingkat 17..he..he..masak menu pe esok....
ReplyDeletegmbr yg bawah tu memang dah tahu ikut sapa...
slmt hari raya izah :)
ReplyDeleteselamat hari raya zah,jgn sedih2.kan raya korban ni.jadi korbankan lah perasaan sedey2 tu ya..akak cuti..minggu depan baru balik..nanti kita main masak2 lagi ya..tata:)
ReplyDeleteselamat hari raya izah, kak rose pun raya kat sini jer, buat korban kat kg tp x leh balik, abang x dapat cuti! hu hu hu
ReplyDeleteSalam Aidil Adha Izah..
ReplyDelete