Sunday, October 24, 2010

Tragedi Petang Sabtu

Assalamualaikum..

Hari sabtu, semalam adalah hari biasa biasa bagi saya. Apatah lagi bila suami tiada di rumah. Melayan kerenah anak-anak,melayari internet, menonton tv dan aktiviti malas malas di dapur. 

Bila waktu menjangkau petang, terdengar guruh berdentum-dentum dilangit. Anak-anak terus sahaja menerkam saya dan memeluk erat. Berderau juga jantung saya apatah lagi anak-anak, apabila dentuman yang garang dan agak berbeza kuatnya. Mendiami rumah tinggi bertingkat-tingkat agak membimbangkan juga apabila ribut melanda. Angin yang kuat seakan-akan dibayangi cerita-cerita bangunan tinggi yang runtuh dan sebagainya terlintas juga dikepala. Bunyi desir angin yang melalui celahan tingkap dan pintu apakan lagi rumah di tingkat atas sekali ini, menyeramkan seakan-akan  boleh meruntuhkannya. 

Berpikir, bersyukur bila Allah ingatkan dengan dentuman dan tiupan ganas kerana dimasa masa beginilah zikir mula mengiringi setiap langkah dan tindak.

Selesai menidurkan anakanda berdua yang keletihan bermain, dan hujan pun sudah sidang, saya bergerak ke dapur menyelesaikan apa yang patut. Terus saja menunaikan solat asar tatkala mendengar laungan azan disudahkan. 

Usai solat, belum lagi doa ditadahkan, saya amati bunyi letupan yang berbunyi kecil dan besar. Juga diiringi suara suara yang kadang menjerit dan kadang bersorak. Terfikir mungkin kawasan menyimpan alatan besi-besi bangunan di bawah hendak dialihkan. Mungkin juga sedang disodok tanahnya untuk aktiviti pembangunan lagi. Cepat-cepat juga rasanya hendak melihat apa sebenarnya berlaku. Cepat-cepat juga saya ke balkoni rumah untuk melihat sorakan dan letupan itu.  Dan inilah yang membuat saya terkejut!



Asap menjulang tinggi dan tebal. Ketar juga lutut saya melihat api yang besar. Bomba penyelamat pun belum sampai. Cuma mungkin dalam 5 minit selepas saya melihat kebakaran itu baru sahaja dengar bunyi kereta bomba yang menggemparkan. Seakan berlumba-lumba bunyinya dengan ambulance pula.



Saya kira mungkin 2 atau 3 biji rumah sedang dimamah api.  Taman lama, jenis lot banglo dan rumah-rumah lama. 



Ini lah tapak menyimpan besi-besi membuat bangunan yang saya ingat bunyi letupan datangnya dari situ. Tapak ini di depan rumah yang hangus terbakar. Kelihatan ramai manusia mula membanjiri untuk melihat kebakaran itu.



Nampak anggota bomba berbaju oren bertungkus lumus menyambung paip dari pili berdekatan. Jauh juga tu. 



Asap yang tebal datang dari rumah bersebelahan. Menjelang magrib baru semuanya selesai. Perkara begini mendatangkan rasa pada saya yang bertapa kerdilnya kita dibumi Allah. Allah boleh menarik nikmat yang diberi dengan sekelip mata sahaja. Bersyukur lah selalu dan beringatlah selalu.

Itulah tragedi petang sabtu bagi mereka-mereka yang diuji Allah. Bagi yang melihatnya, bersyukur dan mengingatilah setiap nikmat yang Allah kurniakan.

ps: orang yang sangat excited adalah Bais sebab dapat tengok kreta bomba dengan ambulance secara live n bunyi yang kuat. Hehe..selamat berhujung minggu semua!!

12 comments:

  1. salam izzah memang betul2 tragedi..
    sian kan bagi mereka yang terlibat..

    ReplyDelete
  2. cian kan makcik.....
    walaupun kita tak kena, terasa pilu gak kan bila tengok musibah yang menimpa orang lain.
    makcik pun dok rumah tingkat2 gak ke, sama la kita, dok tingkat berapa tu...
    kalau bunyi siren tu anak2 Mas dah biasa,maklumla dok dalam kem askar ni, selalu sangat ngan bunyi2 ni. Kalau orang luar yang datang, mesti terkejut dengar bunyi tu...kalau Bais nak tengok kereta bomba live...he..he....uncle Azha selalu ngan kereta tu, nak join sekali ke Bais...boleh join Kakak Ain ngan abang Daniel..hee..he..

    ReplyDelete
  3. innalillah... semoga mereka yg terlibat tabah menghadapi ujian.. seriau akak izah tengok api gitu..:(

    ReplyDelete
  4. bulan posa hari tu belakang kondo kak kg dato keramat ni juga kebakaran berlaku akak tgok dr awal smpai habis... mmg rasa insaf terasa dihati..menangis kami..baru 1 buah kena ..depan mata... mmg ngeriii..minta dijauhi dr kita...

    ReplyDelete
  5. semoga mangsa tabah hadapi dugaan ini, apa ek puncanya.. letrik kerr sebab perumahan lama... mmg betul Allah nak bagi rezeki kejap jerr nak tarik balik pun kejap jerr..

    ReplyDelete
  6. sekian laporan dari wartawan izahdaut.. ade bakat la zah! kekekekee.... innalillah wat mangsa kemalangan......

    ReplyDelete
  7. salam izah...buat semua yg terlibat smg tabah menghadapi ujian ini...*frasa 'manusia mula membanjiri' tu yg tak tahan baca...mmg ada bakat menulis :)))

    ReplyDelete
  8. salam kak mas,
    Iktibar utk kita semua. risau kan, bila dlm rumah tinggi2 ni sbb malang tidak berbau... saya pun dok tingkat satu, risau.. apatah lagi ada ownr rumah bawah suka renovate rumahnya. takut tiang tak kukuh.. Moga2 mangsa kebakaran tabah seme.. slamat berhujung minggu :))

    ReplyDelete
  9. kak erna..
    ha ah kan...ada hikmah disebalik ujian


    mas..
    makcik pun duk umah tingkat ye..hahahha..sama la ngan makcik kat sini.tingkata tas skali 17 tau..ooo patut la jap kije mlm jap off...wooo ni mesti bais suka ni.kalau pi supermerket mesti nak fire engine..adeh tak larat nak layan...ni boleh jumpa uncle azha la ye...hahha

    kak nor..
    itu la..ketor jugak lutut menengoknya..

    ilahjiya..
    betul tu kak ilah..ari tu akak tangkap gambo jugak kan masuk blog..akak ke sapa ek?

    aeinio..
    mungkin kot..sebab guruh kuat sungguh pastu tak lama la terbakar..entah la itu semua kerja Allah kan..tawakal je

    kak hana..
    hampeh kak hana...kikiki.. tetiba saja nak buat kelainan..konoonnn

    deliah deli..
    wakakakaa...sekeh skali **

    nurindah..
    hahah nur tu tingkat 1, akak tingkat 17 niha..memang la kalau renovate bergegar je rasa rumahkan...tapi nak duduk dlm bando tu la kena hadap...doa yang baik2 semoga semuanya ok

    ReplyDelete
  10. innalillah...setiap kita pasti akan diuji oleh ALLAH.moga mangsa kebakaran tersebut sabar dengan ujian yang menimpa.

    ReplyDelete
  11. ya kak ilah lah yg masukkan gmbr umah terbakar tuu dlm bulan posa..

    ReplyDelete
  12. izah... tau x tmn apa ni? innalillah... akak x dengar cite lak.

    ReplyDelete