Assalamualaikum..
Sihat semua? Ada yang sakit sakit badan tak makan pulut banyak sangat? Hehe.. Saya alhamdulillah, cuma anak2 je tak berapa sihat. Malam2 demam dan keluar gatal2 kat kulit tapak kaki, betis semua. Tak pasti kenapa. Tapi memang susah nak tidur lah.
Menu hari ini..kerabu betik atau pun somtam ek..betik merah ni muda lagi, jadi saya buat kerabu. Pergggh memang best. Kalau ada mangga ni lagi la kesedapan. Buat simple macam ni pun layan sungguh makan nasi apatah lagi kalau ada mangga muda kan.
Terima kasih chef Hanieliza untuk resepi kerabu ini. Saya buat menggunakan bahan2 yang ada je.
KERABU BETIK MUDA
Bahan
1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam
Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih
Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.
Bahan
1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam
Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih
Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.
Assalamualaikum makcikk...tapau kerabu betik sikit, buat berbuka petang ni...he..he..rajin betul izah ni buat kerabu betik...betik dari kampung ke...
ReplyDeletewaalaikumussalam makcik mass jugak..haahaha..ha ah mas..betik dari kampung...nak ke..meh datang ampang mehhh
ReplyDelete