Wednesday, September 15, 2010

Daging Masak Merah


Assalamualaikum..

Hai semua..sihat ke tu? Mood raya masih ada ye..selamat hari raya ye. Sapa buat rumah terbuka aka open house tu jangan lupa ngajak kami jugek ye..

Masak daging nih. Layan menu simple tapi membuka selera. Dilawan dengan ikan pekasam utara. Hmmmm jangan cakap la berkilo dah naik nih. Makan makan makan.

Mekasih chef Hanieliza untuk resepi simple dan sedap ini.



DAGING MASAK MERAH

Bahan

500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak
Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
saya tambah kacang panjang

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

7 comments:

  1. selamat hari raya izah..
    dah mula..xtvt seperti biasa ye..
    masak memasak..

    ReplyDelete
  2. dah stat men masak2 er.. bagoss bagoss.. klu tak aku kebulur semua rumah cyber tutup xde makanan.. hahahahaa

    ReplyDelete
  3. kak erna..
    ye selamat hari raya juga buat akak..tu la dia..balik KL masak cam biasa la..kehidupan dan aktiviti cam biasa kan..

    kak hana..
    huuhh..sabo je la kak hana nih..kata puasa..mana leh jalan2 umah cyber sangat sebab org lain tengah raya lagi..hehhehee..oppss

    ReplyDelete
  4. izah, awalnya dapur dah berasap. akak belum start lagi memasak sebab still kat kampung. best woo cuti masak lama2 :D

    ReplyDelete
  5. izahh.....miss u...bestnya semua dah start masak....sedapnya ikan pekasam....mas pun suka,

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya buat izah & family ya. maaf zahir batin juga.
    wah daging masak merah, nampak sedap ni...dah berapa hari ni, akak masak simple2 aje..masak air gitu sebab raya dah kenyang daging & ayam..hehe

    ReplyDelete
  7. sizuka..
    wah best la kak..masih di kampung ye..tak aci tak aci..hahaa..kami balik bando kena masak dah lah nampaknya

    mas..
    miss u too mass...betui mas, dapat makan ikan pekasam dengan nasik panas2 tak hingat punye..

    kak ayu..
    selamat hari raya buat akak jugak..betui la tu..masak air air jugak sebab asik makan ayam daging rempah semua kan..hehe

    ReplyDelete