Thursday, August 19, 2010

Bronok @ Kuih Sago Kukus


Assalamualaikum..

Ni pulak kuih manis untuk juadah berbuka semalam. Ye la Ika..kalau kukus nampak biji2 jernih sagu tu. Kira paling berjaya setakat ni kuih sago yang cantik dan jernih. 

Satu lagi tak perlu berpeluh depan kuali nak kacau dia sampai sagu kembangkan. Just kukus je..Sukee sukee..

Resepi boleh juga tengok kat sini. Mekasih semua. :





KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.






10 comments:

  1. wah langkah kanan ni tadi nampak cok bantal, datang sini terus kuih bronok!!..tapau sikit ya..buat buka..

    ReplyDelete
  2. kak ayu..
    ehhee..betul2 langka kanan..nak tapau..ayookk..tak bleh tak bleh..nanti tak cukup..ngehehee..dasar kedekut nih

    ReplyDelete
  3. kuih peberet mas ni...sedapnya...mas pun baru buat 2 hari lepas....

    ReplyDelete
  4. Salam Izah..mmg kena buat ni..nak mencarik kelapa parut satu kes plak ni..hu hu hu

    ReplyDelete
  5. akak nak sepiring, ada lg tak..??

    ReplyDelete
  6. mas..
    sama la kita..kuih2 sagu ni mmg sukeee

    kerull..
    susah ye kat sana nak cari kelapa parut..huuhh..cian ..mmm guna kelapa kering jek la..

    ain..
    akak..nanti kite buat lain, pos ek..ehehee

    ReplyDelete
  7. Salam. Zah, sagu bronokss tu mcm senang nak buat nampaknya..bahan2 pun tak byk. akak copy yer.Tk

    ReplyDelete
  8. kak..silakan cube..mmg mudah je kan..saya buat sepruh cawan pun dapat banyak lagi ni..cantik tau sagunya tu kalau dikukus

    ReplyDelete
  9. suka kuih ni..

    http://adzriel.blogspot.com/2011/07/tak-dapat-dah-kuih-20-sen.html

    ReplyDelete
  10. kuih peberet mas ni...sedapnya...mas pun baru buat 2 hari lepas....

    ReplyDelete