Antara 9 jenis anak syaitan: Zalituun
-Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang rasa jimat dan cermat. Kerjanya menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barangan yang tidak perlu.
Assalamualaikum..slamat pagi Rabu. Muffin pisang ni tengok hari tu kat rumah kak Hana. Kak Hana amik resepi dari buku muffin pemberian Dettha sup jagung manis. Rasa muffin ni memang sedap sebab rasa lemak harum pisang digigit bersama cheese. Kata pun cheese, memang la sedap. Texturenya yang agak padat dan berat tetapi seimbang dengan kelembutannya. Petua yang saya dapat dari pengalaman dan sifu sifu, kalau muffin pisang ni kita lebihkan pisang akan bertambah moist muffin tu. So kalau nak lagi moist boleh tambahkan sedikit penggunaan pisangnya. Mekasih kak Hana,guna shredded cheese tu pun sedap n sonang kroje.
Muffin Pisang Berkeju
versi kak Hana ada crumble..tu versi derhaka hihi
source: kak Hana dari muffin book
Bahan-bahan
250g tepung gandum
100g gula custor
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - cincang kasar
300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan
1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb(versi kak Hana)
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
Hidangkan hangat dengan secawan kopi.
muffin pisang berkeju dah sampai kat rumah izah,he..he..kejap lagi mas datang tekan loceng nak makan muffin tu, ada lagi ke izah...nak gi rumah kak hana jauh sangat...
ReplyDeleteada lagi 3 bijik..hahaha..mas loceng kat umah rosak..nanti datang bagi salam ye...hikhik..cepat datang, lambat bais makan..bais ke ummi?
ReplyDeleteMesti terlambat 3 tapak...kalau Mas datang tinggal 3 biji....Akak tengok piring pun dah kosong lah tu!...nak carik pisang lagilah...semalam dah habis dikukus!
ReplyDeleteamboiiii.. izahh.. sedapnye muffin pisang.. siap ade keju..
ReplyDeletetelan air liur je ni.. nak gak..
bagi test pun jadi lah... :P
salam izah, ira kalau dgr je ada cheese mmg pantang, sedap tak?
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteBanana muffin memanglah sedap
Kalau kau beri ku terus ngap
Hah3...ni pantun utk Izah pulak....
salam kak izah,
ReplyDeleteaduh, macam puteri muffin ni. keemasan.. rasa nak bawa lari jer 1 cup. haha...
saya tak cukup bahan... tumpang kat sini jer la. :D
hari ni takmo komen pasal muffin pisang, tp nk ngomel pasal anak setan Zalituun tu..hehehe..akak salah seorang dr mangsa godaan anak setan tu..wakahkahkah..selalu ler ngabis duit terutama kat kedai baju, kedai bakery dan kedai makan...hehehe...
ReplyDeletesalam izah...grandnyer dress si muffy ni-cun pulak tu!kalau jln atas red carpet ni tntu x putus2 flash..:)
ReplyDeletehahahahaaaa... apa kata ko pulak derhaka lepas nih ngan crumb! derhaka bawa pekdah la weiihh! kekekekekeke....
ReplyDeleteanak ayam dalam reban,
mintak sket aku nak makann!
aishhh udah jangkit k.yatie la niH! hahahaaa
kak watierman..
ReplyDeletehahha..kak memang langkah kiri..dah habis pun.beli la kak pisang lagi, buat muffin plak ek..
jasnani..
ala..dah abis camne tu nak bagi test.saya pun dok telan air liur je tengok anak n hubby makan.tak pe nanti kita buat lagi ye..sobsob
wanieyra..
sedap sebab pisang kunyah ngan keju..memang la..tapi muffin yg ni agak padat dan berat.makan time panas2 memang layan.kalau dah sejuk tu, kena panas kan balik baru sedap.
kak yatie..
alamak...kak yatie dah bagi pantun la pulak.bbepeluh nih nak jawap:
tersenyum membaca pantun kak yati,
hendak mengap muffin ku ini,
bukan tak sudi bukan tak nak bagi,
tapi dah habis dingap bais dan ummi.
huh..sapa brani bagi pantun lagi? sila kan sila kan..hahahha
nurindah..
oh jangan nur jangan dibawa lari cup muffin kosong itu..skali isi dah habis da..hehhe..len kali kita buat lagi ye..kasi raja n puteri muffin sekali
noorma..
hahha..tu la kak, kite ni dok tewas dengan anak je..tu belum bapak n mak nya lagu..nauzubillah...tak pe dah tahu, kita waspada lah kan...haduii tak tahan tul
Deliah deli..
hahhaa..sah sah flash kat dress je kan..ala ala saloma gitu..
hana..
hahahhahaa..kak hana, ku tak mo derhaka hokey..memang tau sedap ada crumb tu..tapi sebab menghormati resepi asal (yang sebenarnya malas)hahahha..wei bepeluh ketiak nak jawap pantun nih..
tersenyum melihat pantun kak yati,
tersengih pula pantun kak hana,
sudah ku kabar tentang muffin ku ini,
sudah gaharu cendana la pula...
aaa....ampooon kahkahkah....mmg tak masuk la wei kak hana.aku suke aku suke