Antara isi khutbah akhir Rasulullah SAW: "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
Assalamualaikum.. Menu apa minum petang hari ni agaknya? Ye memang betul agak comot kuih lapis pelangi ni. Saya tengah skodeng blog kak Yatie, tak perasan plak si abang Bais pun skodeng sama kat belakang bahu ummi. Apa lagi mengamuk nak jugak kuih lapis kak Yatie tu. Haru betul..Kena jugak la ummi dia melapis hari ni.
Masa membancuh tu memang suspen betul sebab bancuhannya memang cair sungguh. Dalam hati rasa cam tak jadi je, rupanya memang macam tu. Bancuhannya memang cair. Lapis ni memang lembut yang amat dan Bais makan setengah loyang. Suke sangat die kuih ni. Kak Yatie terima kasih sudi share resepi yang lemah lembut ni. Hehehe..nanti nak buat lagi. Betul kuih ni memang kena banyak sabar. Ummi nye sabar je, yang tak sabar anak-anaknye tu..kekeke. Saya buat separuh adunan je.
Kuih Lapis Pelangi
Source: Kak Yatie USA
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning
-saya letak sikit rose essence
Cara Penyediaan:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
wah santek nya kuih lapis izah ni...nak sepotong boleh?
ReplyDeleteEh Sayang..Akak pun terpanggil melapis jugak kita hari ni..hehe...pelagi yang ceria...terbuka selera...!
ReplyDeleteteringin nak melapis pulak rasanya izah..hehe..nampak sedap tu
ReplyDeletecantiknya izah, lapisan kuih mu ituuuu...ceria warnanya..minta sikit..
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteDah cuba buat ya kuih ni...mmng sedap,ank2 akak mmng suka kuih lapis, diaorng suka buka selapis demi selapis masa mkn kuih ni...
Kuih jenis kukus ni kena betul2 sejuk barulah cantik bila di potong....biasalah budak2 tak sabar nak rasa...kdng2 dngn mak2nya sekali pun tak sabar nak rasa ..kih3.....
waaahhh...sedapnyeee.... ceria dan menyelerakan......
ReplyDeletecantik la kuih lapis izah ni, jeles mas tengok, mas baru je lepas buat kuih lapis pisang..nanti akan menyusur kuih lapis yang cantik ni...kuih tu cantik dan sedap, mesti Bais teruja makannya...Bais simpan tak sikit kat acik Mas....
ReplyDeletelendanuar..
ReplyDeletekak lenda, nama pun pelangi, kena la bersewri sewri gitu..hahaha
kak watie..
ha ah sama kak..tapi mane leh lawan lapis akak tuh..shantek n menyelerakan, keladi lagi tu...
kak anym..
apa tunggu lagi kak nim, lekas panas pngukus.sedap ni..
ayu..
kak ayu..pelangi tu kan kene berseri2 tu..nah meh mkn sarapan...sodap pulak dah seemalaman ni
kak yatie..
hehehe..ingat nak berpantun tadi, bepeluh kang saya kena jawab.ye la kak, memang kena sabar.dari dia mengamuk nak kuih ni lagi kena sabar..hahaha..masa saya melapis kat steam tu pun kene tunjuk kat dia, pastu satu lagi dugaan nak tunggu sejuk.mm dah ngamuk sakan, saya ceduk je la tengah panas2 tu.baru puas hati
desperate mama..
fiza..awat lambat tidoq ni..mmm ceria tu yg anak2 pun ceria n teruja nak makan tu..
mas..
hahaha..bais ada simpan tuk acik mas nih..meh makan brekfes sama2 bais nak? mas suka la lapis pisang, dah 2 kali buat pun.nanti time puasa sah sah akan buat lagi kan.senang bila dah tahu buat sendiri.dulu asik beli kat bazar ramadan lepas tu kdg2 kena sakit perut..tu yg tak tahan tu..eh apa haku merapik ni..hehe
ceria kalernya. rajin betul ummi melayan anak ye ;)
ReplyDeleteCantiknya!
ReplyDeleteain..
ReplyDeletehehehe..dia ni memang suka kuih ni.dah ternampak sampai malam di tuntut kalau tak dilayan.saje la sebab umminya pun suka kuih ni
mamafami..
terima kasih ma..itu pun lapis orang tak berapa nak sabar..hehehe