“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Assalamualaikum.. Bila dah ada peluang nak update blog ni, macam macam nak di update kan. Ni mee yang saya tinjau dan skodeng secara online dari blog yang baru saya jumpa dan amat menawan hati untuk terus mengikutinya. Mee Rewah ekslusif dari Cik Izan yang dikatakan macam mee kuah tapi kuahnya pekat sikit macam mee rebus tapi tak sepekat mee rebus. Jadi combination nya dari mee rebus dan mee kuah jadilah MEE REWAH CIK IZAN.
Mee rewah yang tak sempat nak touchup sebab raja dah nak bersantap
Memang sedaplah. Buat pun mudah dan simple je, tapi rasa sangat mengujakan. Hubby pun suka dan bertambah tambah makan mee ni. Terima kasih cik Izan dan saya mintak izin copy resepi ni kat blog saya ye..dan resepi ni memang akan diulang lagi di dapur tecik saya tu. Terima kasih cik Izan.
MEE REWAH
Source: Cik Izan
Bahan-Bahan
Mee Kuning Di basuh dan di celur-saya buat sebungkus 500g mee
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram
Udang/sotong/ketam
1 susu kecil Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
sayur sawi
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng
** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering
-saya hanya rebus kentang dengan air biasa e
Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau
salam izah....nampak pun dah sedap mee rewah tu...
ReplyDeleteSalam Izah... sila silaaa. Ya Allah terharunya saya tengok hasil masakan Izah nih.. memang nampak sedap! he he
ReplyDeleteSalam Izzah... memang nampak sedap n menyelerakan.. ala2 me bandungpun ader cuma + biskut mary n kacang tumbuk.. Izzah.. nak juga n 2x + he he he kalah rajer u he he he
ReplyDeletekak rosaliza..
ReplyDeletesebab mudah saya try la buat..dah buat memang sedap pun kak
izan..
hehe tuan resepi datang daaah..thanks share bersama..memang sedap.anak saya pun suke sebab saya buat tak pedas sangat
erma....
ala mee bandung tapi lain sikit..ada rasa tersendiri..boleh cube..waah tak kuase nk layan citarasa mcm raje ni tau..hihi