Assalamualaikum...Berjumpa lagi hari khamis ni. Tak lama lagi coti sekolah pulak kan. Best la pada mereka mereka yang dah ada rancangan nak bercoti dengan anak-anak. Ada yang nak tunai umrah dan tak kurang pula yang nak menamatkan zaman solo.
Mmm perasan tak? Saya perasan..saya perasan yang saya tak banyak buat entry lauk pauk. Sebab apa? Sebab lauk pauk saya biasanya yang bese bese aje. Tak seperti kawan kawan blog yang lain, lauk yang sangat bervariasi dan berwarna warni. Contoh blog yang saya suspect (respect) blog Nurindah yang sungguh indah dengan laukpauknya. Walaupun simple tapi adakala banyak cubaan berani pada laukpauknya. Sangat bervariasi dan berwarna warni dengan lauk pauk berlainan pada tiap tiap hari. Selalu saya melukut di rumah blognya untuk menskodeng resepi resepinya itu. Mengikut tahap simple saya ni, maka lauk simple jugalah telah mencetuskan idea nak masak ini lepas penat melukut kat blog nurindah tu. Lauk ni untuk anak-anak saya. Suka bila mereka makan dengan berseleranya.
Apa yang diperlukan:
Tofu digoreng sebanyak suka hati
Isi ayam segenggam di goreng
Carrot dipotong racik
Bawang merah, putih dan sedikit halia
Kicap dan sedikit sos tiram
Mudah aje kan. Ikuti kisah lauk simple saya seterusnya hasil melukut di tepi blog orang lain pulak. Sekian terimakasih.
salam kak izah,
ReplyDeleteer..apasal nama kita ada ek? hihihi. saya masak simple2 jer kak. apa yang suami suka makan. ;) terima kasih sudi intai2 blog saya. :)
nurindah..akak tengok nur buat lauk camtu, tu akak try tu..simple tapi anak2 suke
ReplyDeleteanak mas suka lauk ni...senang juga buatnya..
ReplyDeletebagus,,ini mmg lauk paling mudah untuk anak2 kan..
ReplyDeletesedapnya.... izah... ni kalau dah masak tofu ni.. tak yah wat lauk lain dah.. sebab dah ade tofu.. ayam.. and carot.. siap berkuah lagi.. hmmm complete lah... :D
ReplyDeleteDulu masa anak2 saiz anak2 Izah...memang lauk cam gitu jadi pujaan...semenjak tekak dah jadi cam Abah dia orang..bersambal tumis jer lah kat rumah Akak!
ReplyDeleteAkak pun suka yang simple...!!
kak nani..
ReplyDeletememang pun kan.saya pun buat satu mata lauk ni je untuk diorang.makan berebut2 nak disuap
kak watie..
itu time la saya suka.buat lauk semua2 dengan bapak2 boleh makan. hehhee..memang sama la kita abahnya suka yang sambal2 tumis.tu suka duk jenguk bekal hubby akak tu
Ok je Puan Jijah...
ReplyDeleteApa ka hel nye....