Friday, June 4, 2010
Honey Oatmeal Biskut
Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :
1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.
Assalamualaikum.. Harap maklum, ini adalah antara misi pelancaran untuk menghabiskan oatmeal tin beso yang dah nak expired. Jadi membiskut lagi lah nampaknya. Try resepi lain pulak tapi ala ala sama jugak dengan yang di sini. Resepi dari kak Yani yang saya google. Tapi ikut piawaian tekak dan lidah saya, biskut yang satu lagi itu lebih sedap di krup krap. Sekian terima kasih.
Honey Oatmeal Biskut
Source: Kak Yani
Bahan-bahan ( 20 biji )
120g tepung gandum
120g oatmeal
70g gula halus
1 sudu kecil baking powder
*70g butter - dicairkan
*40g( 2sb) madu/ gold syrup
*30ml(2db) air
raisin, chocochips, gajus secukupnya(optional)
Cara:
Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda(*).
Dalam mangkuk lain masukkan tepung, oatmeal, gula dan baking powder. Kacau biar sekata.
Masukkan bahan 1 tadi. Kacau balikkan. Kemudian masukkan raisin atau chocochips. Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 20 biji. Buat bentuk bulat. Aturkan ke atas oven plate.Sebelum tu alas oven plate dengan oven paper.
Letakkan plastik wrap kat atas biskut. Tekan dengan belakang gelas.
Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.
Eh...anak bulan dah kelihatan ke....dah nak raya ke ni.........cabuttttt....sambil kunyah biskut!!
ReplyDeletesalam kak izah,
ReplyDeletesaya pun dah teringin nak buat biskut... oat pun banyak tu ...hihihi
Rajinnya la pulak buat biskut... tiup sket angin rajin tu ke mari!
ReplyDeleterajin nya makcik izah kita ni buat biskut, mas juga tak sampai2 lagi seru...bila ye..nak tapau sikit biskut tu, ada lagi ke izah...
ReplyDeletesalam izah :) rangup tak semekut ni?
ReplyDeleteada cookies!
ReplyDeleteni pre raya punya cookies ker...he he