Wednesday, May 5, 2010

ROTI SOSEJ

Dalam sebuah Hadis Qudsi dijelaskan bahawa, Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qada'Ku dan tidak bersabar di atas bencana yang Aku timpakan ke atasnya, maka carilah tuhan yang lain selain daripada Ku.'-Thabrani

Assalamualiaikum..

Hope semua sihat hari ni. Belum sempat nak menjenguk umah kengkawan sebab pepagi tadi lappy ni buat hal. Kipas ada problem kot, agaknya nak tukar satu badan kot, mana tau dapat tablet pc yang tolis2 atas badan die tu. Sapa tau no..

Malam tadi mcm biasa menidurkan bebudak berdua tu sambil baring2 dalam gelap dengan cahaya samar2 maka terjadilah conversation berikut:

Umi: Bais sayang ummi tak?
Bais: Yang (sayang) ummi.
U : lagi bais sayang siapa?
B: yang ayah
U: lagi sayang sapa?
B: yang adik
U: lagi sayang sapa?
B: mmm yang pak cuk (pak cu)
uikkss camno boleh masuk pakcu ni..
U: lagi sayang sapa?
senyap kejap..pikir la kot.
B: yang ayah's car
ceehh..macamana lak sayang kreta ayah ni. Bahaya ni nanti hobby sama ngan ayah pulak suke makeup car..tukar tukar.(pss..sejak dua menjak ni ayah die pun dah takk berapa nak irau kreta die..biila tengok penuh debu, tanya die bile nak basuh, jawabnya..ish tu dunia semata-mata..jawapn ada virus)

Uish..panjang benor pot pet di atas itu. Ni ha buat roti ari semalam. Poning la kepala den niha bila si Bais tak mo makan nasi. Buat lauk yang dia suka pun pandang sebelah mata pun tak mo. Jadinya pikir alternatif lain.



Resepi amik kat umah kak Yati dengan tips sekali ada. Tapi kak Yati tak sure dari mana die dapat resepi ni. Saya buat setengah adunan dan gunakan wateroux nak perabihkan baki. Jadi saya kurangkan air sikit. Lembut dan sedap rasa bun nya bile dikunyah bersama dengan sosej tu. Dah macam2 rope bentuk dah. Tak reti nak buat roll. Tibai je. Hasilnya ada la macam ulat mulung..yeke? Macam rupa bas pun ada.


Resepi di copy dari kak Yati. Check it out..

ROTI SOSEJ
sumber: kak yati@yatiecooking.bg

BAHAN2:
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)

CARA2:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik 2 kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh le diangkat.

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI:
Nak diikutkan senang juga nak buat roti cuma yang lecehnya adalah proses menguli, mengembang & memasak. Disini Yatie sertakan beberapa tips untuk membuat roti mengikut pengalaman sendiri le ye. Pengalaman selalu asyik tak jadi ... heheheheeh

MENGULI:
1. Mesti diULI. Kalau tak ULI tak jadi beb. Boleh pakai tangan atau mesin. Kalau pakai tangan, berpeluh tu, mengambil masa dalam 15 - 20 minit. Kalau pakai mesin 10 -15 minit. Kalau pakai breadmaker, lagi senang mengikut masa yang telah ditetapkan aje.
2. Lagi lama diuli, lagi cantik doh ye .. almaklumle ... nak cepat siap

MENGEMBANG:
1. Selepas doh diuli, kita kena biarkan dalam 45 minit hingga 1 jam untuk doh mengembang. Itu yang orang selalu sebut biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
2. Untuk proses ini, Yatie selalunya akan biarkan doh di mangkuk & ditutup dengan kain lembab.
3. Jangan sampai doh terlampau naik ye sebab dia akan turun bila dibakar. Sebab itu kena tengok yang mana dulu, 45 minit hingga 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.

MEMECAHKAN DOH:
1. Doh yang naik tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk bagi membuang karbon dioksida didalamnya & mengembalikna yis kepada kedudukan asal.
2. Selepas itu barulah boleh diuli mengikut bentuk2 kecil yang dikehendaki.

MENGEMBANG KALI KE-2:
1. Selepas doh diuli mengikut saiz, biar kan ia seketika. Ini kena ikut resipi tersendiri le ye. Ada yang memerlukan sesingkat 15 minit & ada juga memerlukan 30 minit untuk dibiartkan sebelum dibakar.

MEMBAKAR:
1. Roti perlu dibakar menggunakan suhu yang tinggi mengikut resipi masing-masing

ROTI YANG CANTIK:
1. Untuk mendapat kulit roti yang lembut - Selepas roti dibakar & sebaik shj dikeluarkan dari oven, roti disapukan dengan mentega cair atau campuran susu segar & telur
2. Untuk kulit roti yang rangup - Sapukan roti dengan aor yang dicampurkan dgn sedikit garam sebelum dibakar
3. Untuk kulit roti yang berkilat - Sapukan roti dengan susu segar yang dicampur dengan telur & gula halus


Ini nak bagi Bais makan. Kena potong bagi kecik.

7 comments:

  1. cantikk roti dia..

    comel2 dan gebuss!!

    ReplyDelete
  2. salam..izzah selalu buat akak lapar bila tgk entry izzah...hahhahhahha....

    ReplyDelete
  3. salam izah...terus lapar tgk roti sosej tu :p~ nampak lunak..kena bljr drp izah ni bila nak meroti :)

    ReplyDelete
  4. topsyturvymum..
    tak reti ngat sebenarnya nak pintal2 roti tu. alah makan sendrik kan..

    lendanuar..
    kak len..lapar ek..ok je ni, kalau yang masak2 lauk tu lagi la tak tahan..huuiii

    deliah's deli..
    hikhik..jangan..blajo ngan saya sama2 kita masuk longkang.nak tengok roti best2 giler cam biasa la kat umah ros jintanmanis kita tuh..

    ReplyDelete
  5. Salam izah..yg pntg sedap n gebuskan;)
    nk tukala 2 ketul ngan roti putchi kat uma tu:)

    ReplyDelete
  6. mummyseri..
    wah dah tengok roti putchi kat umah mseri..comelnyaa..nak tuka?sukeeee

    ReplyDelete
  7. salam kak izah,
    Besar dan cantik roti kak. kenyang tuh. biar rupa camana, rasanya mesti umph! kalah saya yg malas meroti nih. hihihi

    ReplyDelete