Tuesday, May 4, 2010

PUDING ROTI KAREMEL

Keutamaan mempunyai anak perempuan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

" Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."- Bukhari dan Muslim

"Barangsiapa mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka." -Bukhari dan Muslim

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga orang anak perempuan atau dua atau tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."- Tarmizi dan Abu Daud

Assalamualaikum..

Selamat pegii semua. Pagi yang ceria dan gumbira hendaknya, dan tak lupa memulakan harimu dengan puji-pujian bagi Allah.

Saya cam biasa ceria bersama anak-anak alhamdulillah..walaupun semlam berlaku sikit insiden dan kepala otak saya ni cam masih biol-biol sikit. Gara-gara budak kecik main kipas angin time saya solat. Huhuhu..ni kejadian yang kedua selepas beberapa minggu lepas. Hehehe..alkisahnya kalau time saya solat budak kecik tu akan datang memantau apa yang telah terjadi dengan umminya. Dia buat sport check takut ummi dia tidur kot. Tapi ummi dia mana ada masa tidur, macam2 perkara nak buat (ayat macam tak berapa boleh pecaya ni!!).

Masa tu saya solat asar, dia pun datang dengan lenggang kangkung merangkak cari saya dalam bilik. Kiblat menghadap pintu, jadi perasan la lenggang dia tu datang ke arah saya. Tapi dia stop kat kipas dok main kipas. Kipas tu ada depan saya je. Kipas tu saya tak on kan, plag pun memang tak pasang kat soket tu. Jadi dia dok ralit main kipas nak berdiri pegang pada kipas. Elok2 lak time saya sujud, kelepang kipas tu jatuh kena kepala umminya..huhuhu..adeh..budak bertuah ni. Kipas tu tak tinggi sangat pun dan ringan je, tapi bila kena tang bucu tu, biol la jugak. Insiden minggu lepas2 dolu cekak rambut saya patah gara2 kepala kena hempuk ngan kipas gak. Tak leh jadi tol dengan budak bertuah ni. Bila kita habis bagi salam, dengan selamba gelak gembira terkam kat kita. Kita pun senyum je la kan. Dalam hati, apa jadi ngan solat dalam kebiolan tadi. huhuhu..



Uiks..jauh tu cerita tak hengat nak cerita pasai entry kali ini. Jeng jeng....buat brekpes boleh? Niha makan dessert lepas dinner. Ceewwah..Puding roti kukus chef kita, Chef Hanieliza, amik resepi kat Hanieliza.fotopages. Tapi kak Liza nyer puding lagi cantik comel, puding saya ni ada masalah teknikal. Terpekat sikit gula hangus tu. Jadi sebab ada virus, saya terus tuang je adunan puding roti dalam loyang and kukus. Virus apa...lu pikir la sendrik..kehkeh.. Sodap makan ngan bobuah sejuk tuhaa..lembut gitu. Tapi en somi makan sepotong tu je, peh tu dah konyang sesangat. Padat dah perut. Ssesapa nak check resepi meh check it out.



Puding Roti Karemel

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair - saya guna tin sedang,tak kecik tak besor tu
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula -saya letak suku setengah je
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.

13 comments:

  1. Alamak...sedapnye puding tu Izah!!! Mintak...love sukeeeee puding! ;)

    ReplyDelete
  2. wah memang sedap akak tengok...kena cuba la lepas ni

    ReplyDelete
  3. aok ni pae... pagi2 dah buat orang terliur.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam Izah, klakor je baca cerita ni, budak2 nak di marah..dia peluk cium kita, kena pulak lepas solat....sabor je..

    Wow nmpk sedaplah puding ni...nak sepotong Izah bagi akak cool sikit ni...tngh gerem dngn blog tuh...

    ReplyDelete
  5. Salaam Izah...
    Umminya pun satu gak...Dah pernah terjadi kejadian kipas jatuh hempuk kepala, masih gak tak dialihkan ke tempat lain. Takkan nak solat pakai topi keledar lak?! Hihihi.... jangan mare!

    p/s : Ha ah, ma suka tengok Shahir tu sebab dia nampak baik je, sweet dan malu malu gitu. Suara pun best! Nak nak kalau dia nyanyi lagu Jamal Abdillah. I tell you!!! Sorang lagi favourite mama ialah Adira. Hopefully she'll make it to the final dan sapu habislah! Dia tu pun macam innocent je...

    ReplyDelete
  6. salam kak izah,
    ala ciannya kak izah. benjol dah kepala. teringat masa saya jaga budak2 dulu. haish, saya kena ketuk dan macam2. tapi, dah namanya budak. sabar jela. saya cuma bagi waning, jengil2 mata skit. atau buat2 merajuk. kihkih.
    Puding roti tu cantik kak...mesti sedap rasanya.. :)

    ReplyDelete
  7. LOVE2COOK..
    Sedap ni..makan time sojukk..wahh.tapi sepotong dah kenyang.isi padat n berkrim..

    IJAD..
    Betul sedap...

    MAMASYAZA..
    tu la kak, nanti kak cube plak.tepek kat blog tengok jadi ke tak n sesuai tak dengan selera.

    ASN Ana..
    hikhik..dah ok kan..dah makan lunch kan..dah kenyang kan..

    YATIE..
    kak yati.camne? dah cool belum.alah cian blog meragam palk.nanti ok kot kak..meh suap puding sepotong yg sojuk

    ReplyDelete
  8. mamafami..
    hehheee...alah, ummi nya lupa..umah kecik ma, tak tau kalau alih kipas nak disorok celah mana lak.hikhik..
    ma.saya pun suka adira,kira adira penyelamat konsert la kan.hikhik

    nurindah..
    tu la nur, sabor jela.ni bukan takat jeling2 warning je, anak tekak pun kadang2 nak tekeluar dibuatnya bebudak ni tau..hehe..sabar penyelamat terbaik

    ReplyDelete
  9. salam izah...adoooiii,mesti sakit time kena tu erk.ade moralnyer tu=atas sebab2 keselamatan,kipas tu x blh letak kat situ lagi,kalau x kena izah lg, si comel tu pulak yg benjol...cian kat dia :)

    ReplyDelete
  10. Deliah Deli..betui tu,saya telah mengambil nasihat itu dan mengambil langkah berjhati2 dan berjaga2..hehhee

    ReplyDelete
  11. mengancam & mengoda ku...buah-buahan tu pembuka selera..idea yg bagus

    ReplyDelete
  12. suka buat tergoda..hikhik..memang sodap makan sejuk2 ni

    ReplyDelete