Monday, December 7, 2015

Resepi Kari Tulang Kambing yg Sedap dan Kerinduan yang tiada taranya,


Assalamualaikum

Salam minggu baru dalam musim cuti persekolahan. Bagaimana ibu ibu .. saya cuba membayangkan bertapa kencangnya ibu semua di dapur. Tak kisah lah ibu yang berkerja atau tidak, pastinya juga sibuk meyediakan hidangan demi anak anak yang sedang bercuti.

Hari ni sangat cantik, Cuaca nya.. moodnya.. semuanya berlalu ceria. Angin kuat di tepi balkoni ini sangat membantu mood yang tenang. Tadi saya mencari resepi lama di blog saya. Bila berjumpa.. saya membaca entry nya semula dan terus membaca komen komen blogger lain. Ya Allah.. tiba tiba hati saya di pagut kerinduan yang tidak bertepi. Tidakkah boleh masa itu diulang semula?  
Sungguh.. sungguh saya rindu.

Masa membataskan saya untuk menjenguk dunia blog. Kabar beberapa teman blogger lain yg kini menjadi teman rapat dan teman seperniagaan tidak lah menjadi soal. Akan tetapi teman teman lama di kalangan  blogger yg saling bergurauan di blog memang sangat dirasai kerinduannya itu. Dimana mereka.. Masih aktif berblog kah? Masih ditempat lamakah.Masih merantau kah. Dan mcm mcm lagi terlintas. Jauh disudut hati saya mendoakan mereka semua.. mendoakan yang terbaik buat blogger atau teman teman pembaca blog yang pernah menghiburkan dunia blog syaa. Yang pernah memberi semangat kepada saya dan memberi cahaya kepada blog ini.


Untuk semua... lauk ini sangat sedap. Husband saya juga gemar kannya.


RESEPI KARI KAMBING SEDAP
Che Nom iresepi
by: izahdaut


Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 6 orang


Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 2 biji tomato, potong 4
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak, untuk menumis
Bahan untuk dibancuh dengan air:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging
  • 2 sudu besar kerisik
Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih

Cara Penyediaan:

  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api















10 comments:

  1. Sedapnyaaa..
    Dah lama tak makan kambing..
    Suka betul masak kari macam ni..'Kuah pekat :)

    ReplyDelete
  2. maybe boleh cuba buat untuk asben nih..

    ReplyDelete
  3. Sangat sangat perfect. must try nih..

    ReplyDelete
  4. betul lah izah... blog skrg dah suam2 kuku... dah tak seceria dulu. mungkin masing2 sibuk dgn hal peribadi sendiri. akak sendiri pun dah tak sempat nak blog walking mcm dulu2. rindu dgn kemeriahan berblog mcm dulu.

    p/s: resepi ayam kapitan tu kalau takde buah keras boleh ganti dgn kacang badam berbiji tu. akak pun aritu buat takde stok buah keras... yg ada badam je.. lebur je kisar sekali dgn badam.. hehe...

    ReplyDelete
  5. welcome back to blogging world Izah... kak rose masih bertahan dengan blog walaupun macam hidup segan mati tak mau... sayang rasanya nak tinggal cam tu jer kan.

    menggodanya kari kambing tu... tapi tak makan kambing lak!

    ReplyDelete
  6. Wow, looking yummy, will surely try it,thanks for sharing :) do visit my blog too for more yummy recipes

    ReplyDelete