Friday, March 21, 2014

Kuih Kaswi Tepung Sagu






Assalamualaikum

Terima kasih yang masih sudi menjenguk blog saya ni. 
Yang masih sudi mengomen mencuit hati.. saya amat menghargainya. 
Jadi dengan itu saya akan berkongsi satu resepi kaswi yang sedap lembut dengan pembaca blog saya. Eceh.. mcm la resepi rahsia sangat kan. Hehhe.. tapi kaswi ni dah 2 kali saya buat. Saya suke kelembutannya.
Rekomended by Hasue yang bz mengulit baby keciknya Ziqry.
Tq Sue. Dan terima kasih juga buat tuan resepi.






KUIH KASWI
Resepi:tizkatie73@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com



* izah buat separuh dari adunan di bawah

Bahan-bahan ( seloyang )

  • 1 cawan gula melaka- hasue guna gula apong
  • 1 cawan gula pasir-hasue kurangkan sedikit
  • 7 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung sagu
  • 1 sudu kecil kapur
  • Beberapa titik browning sugar-hasue tambah untuk warna lebih gelap -tak letak pun takpe


Cara-cara

  1. Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
  2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
  3. Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di masak tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau sehingga adunan menjadi pekat
  5. Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
  6. Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.









11 comments:

  1. guana kaswi leper2 bulat tu? guna acuan apa?

    ReplyDelete
  2. Kak madiha..sebenornya acuan lompang.kluar kan panas2 picit sikit. Hehehe

    ReplyDelete
  3. As salam...
    em sedapnyer....terliur plk...
    tiba2 rasa lapar....

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam ada.. boleh la terai.. bnyak je versi kuih kaswi kan..

    ReplyDelete
  5. teringinnnnnnnnn Izah, akak ada buat jugak baru ni biasa lah first time tk gelap sngt macam ni malu nak masuk blog hahaha nk try resepi ni lah, tepung sagu tu tepung ubi ke??

    ReplyDelete