Wednesday, February 12, 2014

Marble Cake yang sangat gebu



Assalamualaikum

Baru letak header IML baru. Tapi senget n tak center. 
Tak reti nak edit..
Nanti la tanya yang pakar.

Siyes.. banyak2 marble kek. Kek yang ni mmg gebu dan lembut.
Cara membuat dengan mengasingkan dulu putih telur tu mmg dah agak boleh menghasilkan kek yang super gebu lembut gini kan. Kalau sapa2 nak rasa boleh la membuatnya sendiri.
Terima kasih Intai Dapur dan Azie Kitchen.







Kek Marble Lembut
resepi: intai dapur

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)


Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega


8 comments:

  1. izah..kek marble ni sentiasa menjadi kegemaran...

    ReplyDelete
  2. salam..

    cantik header baru tu walaupun di tepi..heheh..apapun, kek marble memang sedap kan..

    ReplyDelete
  3. Waaa... cantik header baru...kek marble pon cantik

    ReplyDelete
  4. aceceh...kak izah bt header baru...nice...tapi kek tu lagi nice...sedapnya kak...ntar la kat cik nat cikit...heheeee

    ReplyDelete
  5. mana header utk blog kawan bini?... hehehehe...

    bak sini kek butter tu.. lama x makan kek izah... :D

    ReplyDelete
  6. saya pon suka juga kek marble...
    ehh...camner nak buat header camtu ha?? cer ajaq sat..

    ReplyDelete