Monday, January 13, 2014

Kek Minyak Mudah

      

Assalamualaikum

Bz sikit hari ni.
So saya hidangkan dengan kek minyak yang mudah dibuat dan sedap dimakan.
Rata2 yg dah mencuba kek ni smua nya puas hati dan memuji kek ni.
Sila lah buat. Memang kejap je licin walaupun kek ni skali buat mcm besar je loyang.
Tapi kegebuannya mempercepatkan kunyahannya :)
Terima kasih kak Lina dan tuan resepi.





RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.











Happy cooking!!!








9 comments:

  1. menarik warna kek ni, model tu pun hensem sngt....nnti nak wat gaklah kek minyak ni....aritu akak buat versi kukus...sedap gak...

    ReplyDelete
  2. Sangat2 senang kan nk buat kek ni.Rasanya pun sedap..
    Cantik kaler sweet gitew

    ReplyDelete
  3. Menarikk resepi pon mudahh nk try nk try

    ReplyDelete
  4. Adui lapar pulak tgk kek ni nyummm mcm lama je tak ngekek hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam Izah

    awat teringgal keretapi aje erk..hihihi. insyaAllah kak ct teringin nak cuba. Alhamdulillah sudi berkongsi resipi.. :-)

    ReplyDelete
  6. salam izah..aduhai warna kek minyak tu menggoda jiwa....cantik sgttt

    ReplyDelete
  7. Hello, my name is Chris, with Dawn Star Press. We recently published an eBook that seems like it would be a good topic for your blog, and I was wondering if you would be interested in a free copy in return for a mention or entry in your blog. If so, please respond to chris@dawnstarpress.com with what format you would prefer to receive it in. The book is KNOW ENOUGH: Ethnic Cuisines, a common man's guide to food from around the world and the cultures that created them.

    ReplyDelete
  8. This post is invaluable. How can I find out more?



    Look into my blog post; search engine optimization companies in london

    ReplyDelete