Assalamualaikum
Ni kalau makcik sebelah kedai Noorsha dapat tau resepi dia dah bagai lembu punya susu sapi dapat nama siapla ko. Hahaha.. belajor ngan Anna Qawina. Ok resepi ni Mashitah Mas yg glemkan. Kan kan kan.. kalau silap sila betulkan. Saya budak baru belajor. Tetiba
Tak yah la panjang sangat mukadimah tu kan. Ayam goreng je pun. Kata mereka dalam hati. Ok nah amik resepi. Mekasih Dhira.. kerana mu antie dapat resepi ayam goreng best ni. Dah merata jugak resepi ni sampai. Ke kampung saya pun dah. Kampung anda bila lagi ? krrrr..
Ayam Goreng
Sumber : Noorsha
by Mas
Bahan :
*Sukatan bahan hendaklah disesuaikan dgn banyak ayam. Agak2 la..
ayam
kunyit hidup - ditumbuk
halia - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
cili
putih telur
tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam
sedikit tepung beras - Mas tambah
secukup rasa - Mas tambah
sedikit minyak masak - Mas tambah
sedikit serbuk kari - Mas tambah
sedikit serbuk lada putih aji shiok - Mas tambah
sedikit sos tiram Manggi - Mas tambah
Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.
salam..
ReplyDeleteayam goreng ni memang kegemaran sangat dan sentiasa jadi pujaan..hehe..
terus terasa lapar bila tengok ayam goreng ni... hihi
ReplyDeleteElok cantik kuning garing ayam goreng ni Iza.. boleh akak cuba tghri ni nanti.. Tq share resepi.. ;)
ReplyDeleteselamat tahun baru 2014 ...
ReplyDeletewahhaaa...nape nmpak mengiurkan sangat ayamnye tu...