Assalamualaikum..
Jenuh makan karipap je saya kat rumah ni bila anak2 asik demand nak karipap 'sun'.
Satu jenuh makan, yang satu lagi jenuh sakit pinggang nak membuat karipap sun ni rupanya.
Rasanya tangan2 orang Johor memang mahir buat karipap bulat ni kan.
Rasa nak menyerah kalah dah, tapi bila tengok bebudak ber2 tu teruja sangat ngan karipap bentuk bulat gini, ai gigih ok. Korang bebudak kalau tak ingat kegigihan mak korang mengelim karipap bulat sampai sakit pinggang niha jaga laa.. aaa ugut skeet.. ngahaha
Namanya kena la tukor sikit kepada karipap ROS. Sebab amik resepi tang pastry dia jek, inti dia saya guna inti kentang. Ikutkan nama asalnya Karipap Inti Keledek. Tak pe la kan Ros.
Tapi kan, resepi ni sedaaaapp sangat pada saya.
Memang terpaut hati dengan pastry dia.
Rangup, lemak, wangi dan mmg sedap dikunyah.
Abaikan ajela warne karipap ai tu ye dan bentuk yang tak membulat, ada melonjong ada memacam la lagi.
Susah woo nak maiantain bulat karipap ni masa mengelim.
Sabo jek kata hatiku.
Ok nak citer pasal kulit karipap ni, bila digigit macam ada layer pastry yang kita beli tu.
Haaa ko, rangup dan lembut. Yang ni saya cari..
I like it bery bery much.
Skali buat tak hengat terus goreng semua skali.
Ada dekat 30 biji kot satu adunan Ros ni.
Petang makan separuh. esok pagi budak2 sarapan dengan karipap ni lagi.
Guess what? ececehh spekong lak.. karipapnya masihhh ranggupp dan lembut. Aaaa.. magic magic.
Jom kita share kat sini lak resepi Ros ni.
Tq Ros
UNTUK PASTRY RAPUH
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
UNTUK INTI KELEDEK *Izah guna kentang
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)*5-6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari * izah taruk 3 sb
1 sudu besa cili kisar *omit
*izah tambah isi ayam semangkuk
garam
Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Tak puas lagi bebudak tu makan, esok esoknya mintak lagi.
Tapi tak daya sakit pinggang ummi nya nak mengelim jadi karipap 'sun' dah.
Saya buat karipap biasa jek.
Bais panggil karipap 'bulan sabit' la pulakkkk..
:-)
Separuh jek saya buat dari resepi di atas.
Sedang elok skali goreng abis.
ishhhh...banyak bebenor karipap ko tu...
ReplyDeletemeh sini 20 biji.....
sementara aku nak buat...
kenyang gak makan nanti...kikikiki
aku nampak kulit karipap tu....
gerammmmnya....
rasa nak gigit jerk sebiji2....
As'salam Izah
ReplyDeletesampai sudah naik tangga yang tinggi tu haaa... hahaha
k.ct lama dah beli keledek tau, tapi asik buat benda lain aje, nanti boleh cuba. tapi macam banyak lak dia punya cara2 tu kan...alasannnn hehehe
Salam, Izah.. kita orang Johor memang terror buat karipap bulat.. hehehe..
ReplyDeleteIzah, kalau ikutkan masa akak kecik2 dulu, kat Johor ni kami tak panggil karipap tapi epok-epok. Ada dua jenis, yg bentuk biasa tu kita panggil epok-epok, intinya biasanya kentang atau keledek manakala yg bulat ni dipanggil tepung bawang, intinya adalah sardin bersama bawang. Jadi kalau tengok bentuk luaran tu kita dah tahulah apa intinya, gitulah sejarahnya...
"sun" sangat karipap tu akak tengok izah.. Bila lah akak nak merajinkan diri untuk buat karipap sun ni:P simpan dulu resepi bila angin monsun rajin datang akak buatlah :D
ReplyDeleteCome lote rupa karipap sun tu Izah wei.... patutlah anak2 suka, inti sedap, kulitnya pun rangup....agaknya mana lebih sakit pinggang ye, buat karipap sun ke karipap pusing he he ehh
ReplyDeleteOh tidakkkk....aku anto tgn aku gi kusus mengelim ngan ko jah bulis? Apa kata survey? Cik DDD ni jah nk ngelim kipap bulan sabit pak jabit pun dh separuh ari tgn masuk sepital apatah kg kipap sun tu... Ko nk tk jd adik aku jah? Boleh la aku gomoi ko eh gomoi kipap pak jabit ke kipap sun tu..nk tak jah? Ko maleh nk layan ye? Huks!
ReplyDeleteSalam kakak yg ayuuuuu versi chipsmore ehehe... nak karipap!!! kalau ler boleh order mmg kita order kak, malas betul nak buat inti n nak mengleim dia tuu ank kita yg sulung suke karipap tp kita ni yg pemalas hihihi..
ReplyDeletetngk pun dah tau mmng sedap dan ranggup kulitnya, akak mmng suka karipap mcm ni..teruja nak membuatnya..tapi takut plk sampai sakit pinggang mengelim..muahahahahah,,orng malas sebenarnya ni...
ReplyDeletejarang jumpa karipap bulat gini....
ReplyDeletelagi kuning kulitnya lagi best....
geram betul Nur tengok karipap2 nih..
Singgah dapur izah tgk karipappppp yg menggoda jiwa..:)
ReplyDeletecantik btl karipap bulat tu..geram je nak ngap.he3
ReplyDeleteuish.. rajinnyer wat karipap.. tapi kalau anak2 nak mkn atau ader permintaan memang berbalao ummi sakit pinggang.. kalau kat johor (kamilah) yang bulat mesti inti dia sayur he he he.. pppssttt alang2 byk erma tgk karipap tu.. meh 5 biji h ehe he
ReplyDeleteJahh..mana pg komen aku? Masuk spam ke?ah! Majukk.. Baling karipap ke sini satu bekas,lekas!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam izah,
ReplyDeletewah tengok karipap izah ni teringin pula nak buat..dah lama tak buat epok..adeh..anak2 suka ni..eh akak pun suka juga..telan air liur ni izah..
Sounds delicious for this recipe! It's make me so hungry! I can't wait to eat this :)
ReplyDeleteSedappnyaa karipap..yang bulat2 tu cute sangat...
ReplyDeletesedapnya, anak2 akak pun duk request he he blm buat 2 jg
ReplyDeletetak penah wat bulat2 gini ,bila izah kta sampai sakit pinggang akak surender awal2lah e he he
sedapnya, anak2 akak pun duk request he he blm buat 2 jg
ReplyDeletetak penah wat bulat2 gini ,bila izah kta sampai sakit pinggang akak surender awal2lah e he he
salam..
ReplyDeletewah comeiiinye karipap bulat2 tu..tp xgeti lak nk klim tepinya kalau buat rupa gitu..
xpe leh bljr kot tu nnti..ape2 amik resepi dlu ehh..tq
waaah jah kembung molek kripap tuh!! tekan2 skit tepi dia ngan garfu..pah tu senang skit nak ngelim nya..cer terai test!
ReplyDeletetapi kalau akak beli, memang akak carik kripap sun ni..sebb nak menghargai ketekunan pembuat tuh lerrr...!
Izah, poskan akak karipap sun tu jugak. Nak 50 pcs.. Brp kosnya? hahahahaaa...
ReplyDeleteMesti sedap banget ni karipap ros..tak sabar nak terai...comelnya..
ReplyDeletesalam izah,kecuuqq
ReplyDeletekita yg org johor nie pun naik semput mgelim ..h eheh mmg x reti..tunggng langgang jadinya..ank suka mkn karipap sadin..yg versi sun dia lom mintk lg..klu dia dh sound nnt kita wt jgk la..h hehee :)
Salam izah,
ReplyDeletepandainya izah buat karipap, umi yg orang johor ni pun tak berapa mahir...nampak menarik sgt
sedapnya karipap! hadoii.. ngapalah jd pemalas yg amat skrg ni... lama tul tak wat karipap...
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteJarang ada orang yang tak suka makan karipap kan.
i was the looking for the same and related info, what you describe on your article. And found you through google search. Its helps me a lots and i understood that you are one of skill article writer/ blogger. I have book marked your blog and hope to visit again to learn more. Thanks for your valuable efforts and time.
ReplyDeleteanak terenganu jati,sebenar nya cara asli buat roti keramat ,bukan nya ibu mauripan juga soda ,dia ada ibu nya sendiri ,kita memang panggil ibu roti keramat,rasa nya ,berbeza ,sedap ibu roti keramat yang warna putih melepak ,putih lagi dari soda ,yg asli masuk santan pekat telurgula sedikit garam,
ReplyDeleteanak terengganu jati, (tambahan)
ReplyDelete1kilo gandum setengah sudu kecil ibu roti keramat satu atau 2biji telor ,gula agak2 manis ,ibu nya x bolih lebih ,kut rasa pahit sikit ,uli biar lembut ,perap 2jam atau lebih,lama mana pun perap dos nya x kan naik mcm ibu2 roti yg lain ,bila goreng baru naik,x payah cicah,cukup dgan minum kopi atau teh saja ,