Assalamualaikum..
Apa kabar semua.. Wah seronoknya bila nampak mak yung sorang tu dah update blog dia. Walaupun nampak ada kelamkabut sikit kat new entry dia pagi tadi. * kak Nor jom pakat gelakkan dia. Hehe.. guwau je Mas... Alhamdulillah.. sihat semuanya ye Mas. Ok berbalik pada gambo di atas, memang tergoda sangat nak merasa talam roti ni. Satu jenis kuih yang agak kreatif dan baru bagi saya. Memula nampak kat blog kak Yatie. Memang terliurr sangat. Lepas tu terlupa dah nak buat sehingga la ternampak pulak kat blog kak Anim.
Alhamdulillah.. memang best la talam ni. Masa makan talam ni, trasa kadang2 mcm makan puding roti pun ada. Aaa.. kalau buat talam dapat dua rasa. Rasa talam n rasa puding roti. Memang sedap. Dan adunan ni pun cukup elok dengan family saya. Tak de yg terlebih n tak de yang tak cukup. Kalau nak tahu cemana rasanya, kena la mencubanya ye. Terima kasih buat empunya resepi iaitu kak Wan. Kapan la dapat ketemu dengan kak Wan ni. asik tertunda2 ke kan. InsyaAllah ada rezeki dapat jumpa ye kak 1.
TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)
Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak
salam..
ReplyDeletepernah buat talam roti ni, memang sedap...terasa lemak manisnya...
bilalah nak try lagi ni..
hmmmm.....tengok bebahan...
ReplyDeletememang ada kat dapo tu....
tengok lagi puding roti tu..
argghhhhh....tergodaaaaaaa
kau tak nak pelawa ke jah....
dah la kau gelakkan aku pepagi ni....
merajukkkkk kang...he3
ikat balik kain batik kau tu...
dah puas berguling2...
nasib baik kak nor join kau sekali...
kan kak nor....
assalamualaikummmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete*knock knock.. kak izah.. ooo kak izahhh...... kuatnyer gelak, sampai kat luar dengar nii.. ish ish... mak sape laa kurang sopan nih..
hehe..
sedap nmpk talam tu.. lovey2 lagi.. lap u lap me ye.. meh makan sambil suap2..
sedapnya izah..tp,bab nak mengukus ni agak malas sikit.haha.aku mencik periuk kukus sini,agak lambat dia nak siap mengukus.tensenmak.:p
ReplyDeleteRajin betol la kak ijah kita nih... hari2 ada saja sajian istimewa yer... bagi la sket kat k.gee vitamin rajin tu...
ReplyDeleteperlu dicoba talam dua muka ni...rupa paparasnya pun elok aje kejadiaannya...
ReplyDeleteterguda dah kak rose ni... nak buat jugaklah!
ReplyDeletewah seronok tgk dak mas dah komen semula..mesti dia akan pasang enjin turbonya balik tu kan jah?..
ReplyDeletesedap kan puding roti eh talam roti ni kan jah?..
mauk buat lagi..tapi agak malas skang ni..cuaca panas terik di sini..buat roti je yg best..tapi malasssssss.
Talam roti memang sedap.. dulu dah biasa buat but diff resepi.. if got time i try this one but must buy roti first hehe
ReplyDeletenampak sedap..kena tunggu roti berlebih baru boleh buat..
ReplyDeleteBestnyer kak mas dah kembali,pasnih leh sakat n guwau2 ngan kak mas lagi..NMPK SEDAP TUH KAK IZAH,NAK2 DA CEKLAT,LAGILAH BEST KAN..
ReplyDeletemmg nmpk sedap talam roti tu, tgk ghuper cm puding pun ada...
ReplyDeleteCantik nya puding ni..Nampak mcm senang..bleh mamA try nanti..tp bab nk mengemas balik la mama don't like..penat...
ReplyDeletememang cun dgn rupa yg lap u lap me lagi tu zah...kuih talam ni dh lama masuk list dh tapi belum ada kerajinan lagi tapi kalau dpt mkn berbuka nanti pun sedap ni.:)
ReplyDeletealahai bahannya senang je tapi kalau cik M ni banyak sangat, susah hehe
ReplyDeletenanti2 nak buatlah jugak
rajin nye ko menalam...tapi versi lap u..menarik n tertarik, ucu x tau bila nak buat, kalau dekat dah lama ambik 4 bijik ...
ReplyDeleteSlmt fetang Izah, he3...sowwyyy akak dtng lambat, biasalah bila fetang2 mcm ni barulah free..tapi 6.30 nnti nak ambek anak sklh lagi..mmng rutin harian....fenatt..fenattt..
ReplyDeletetapi nengok kuih talam lapis roti ni wat akak segarlah, kalau boleh nak terus ngapp jek..kalau dpt rasa alangkah bahagianya hidupku..he3...cantiklah talam lap U lap Me tu...
As'salam Izah
ReplyDeleteK.ct rasa pernah amik resipi ni dari blog Ayu tu. simpan punya simpan sampai lupa nak buat. konon2nya beli roti nak terus buat, tapi tergendala sebab anak2 asik makan roti tu sampai habis. Last2 roti kemana resipinya kemana..hehehe
BIla dah tengok Izah buat ni k.ct mesti nak cuba juga. beli roti dan sorok dalam kelambu..hahaha
wow..this dish is definitely new to me....it looks just awesome dear n thanks 4 ur nice comments in my space...yes we use the inside tender flowers of banana...
ReplyDeleteSelamat petang Kak Izah...
ReplyDeletecute je talam roti tu...tentu enak banget..
@Qhaifa Nur
ReplyDeletedah buat ye. saya pun suke lemak manisnyer tu. secukup rasa
@Mas
ReplyDeletehahaha.. adeh mas.. ko memang tau bikin kejutan pepagi .. ceria jap pagi2 tadi aku niha. boleh ke dah meronggeng kat dapur tu mas. talam ni tak berapa manis sangat. kalau nak manis leh tambah sket gula cam kak nim tambah. aku pun tambah skeet je.
@tun_telani
ReplyDeletehehe tun.. jgn gitu. gelak senyap2 je nih. tahan2 je tapi sambil guling2. hehe.. meh la nak suap meh
@Kamalia
ReplyDeleteawat pengukus ko? jenis cemana tu? tak dapat aku nak imejin
@Gee®
ReplyDeletekak gee jgn ngengada. nampak rajin je berhupdate blog akak tu.. hehe.. nak kek tuuu
@Chah
ReplyDeleteces jgn ko mengatakannya talam dua muka. ini talam ialah bermuka2. tuu banyak muka. haha.. guwau kak chah. ngan marah hokeh. cam mak mertuaku kasim selamat dah tu kak
@Kak Rose
ReplyDeletedah tengok pun kak rose nyer kuih talam. hehe
@anymz
ReplyDeleterasa nak makan puding2 je kak. dap nyer.. atau pun duk bawah pokok muktan pun best kan kan..tak pun teuk air kelapa muda. canner? best kan
@Rima
ReplyDeleteoo yeke kak. saya tak tahu lak dah ada resepi talam roti. akak should share ur recipe kak. nak rasa jugak
@IZA AKMA
ReplyDeletetu la.. kalau kita tak dulukan buat kuih ni, sah sah tak nyempat roti tu berlama2 atas meja. ehe
@Zaliedana
ReplyDeletebetul ct.. seronok n huru hara balik la blog2 nikan. hehe... ct anak2 akak suke talam ni. akak lebih suke rasa tang putih tu. lebih trasa rotinya
@Liza
ReplyDeletebukan je rupa, rasa pun ada seakan2 puding roti kak. sedap
@Mama Ann
ReplyDeleteadeh mama. memang apa2 la kalau bab mengemas ni, memang berat sket. hehee
@Nieza
ReplyDeletetu la ingtakan nieza dah buat. trasa2 mcm ternampak kat rumah nieza. salah kuih rupanya. hehe
@Tina Othman
ReplyDeletealahaii..memang la betul cik tina. kalau dtg M tu, makan roti gitu jekla kan. kikiki
@Ucu Faridah
ReplyDeleteucu busy tu. kalau tak busy leh jugak buat talam kan. hehe.. kalau dekat dah mmg bagi dah ucu
@Yatie
ReplyDeleteni napa felat felat lain mcm je ni. hehehhee...ok la kak. penat berbaloi sebab kita dapat tolong suami n anak2 diurus dengan elokkan kak. akak amik bibik la kak. balik2 amik anak2..dah ada kuih..yuk makan yuk..kata bibik. kikiki
@CT Delima
ReplyDeletehahha.. kelakar la kak ct neh. sebenarnya kalau nak buat kuih gini, beli je terus amik 4 keping simpan dlm tapuware kan. kalau idak tak buat la nampak gaya nyer
@Only Fish Recipes
ReplyDeletethis dish also new to me.. but then the taste so good.. worth to try
@rahel
ReplyDeleteenak rahel. akak suka anak pun suke.
jah.. akak tak mo gelak guling2 kat mas dah.. sian mek yung tu.. akak senyum aje dah la ya.. mas! hi5 ! ngeeeeeeee :)
ReplyDelete