Friday, November 25, 2011

Cucur Donut dan terima kasih mendoakan..

Assalamualaikum..

Terima kasih banyak buat teman2 yang sudi mendoakan untuk saya.  Walaupun sbingkis kata2 cukup buat saya terharu dan insyaAllah semakin kuat. Sesunguhnya saya tak dapat nak bagitau dan jangkakan apa yang akan terjadi dalam seminggu dua ni, cuma doa yang tak putus2 saya serahkan semuanya kepada Allah maha Pencipta.  Terima kasih juga ucapan tahniah dan doa2 buat saya dan kandungan. Walaupun doktor menjangkakan sebaliknya, kita sebagai manusia cume mampu berdoa dan berserah. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Kini saya hanya mampu menunggu dan berdoa. 


Canner ok dak nama cucur donut? Sesuka hati menukor nama resepi kan. Hehe... Ada la tu kang yang duk sok sek kan kan. Sebenarnya donut ni asalnya dari donut MASTERCHEF JAM DONUT yang saya dah buat 2,3 kali resepi yang saya jumpa di TTM. Memang sedap memang gebu dan memang senang. Kalau tak de idea nak buat  tuk minum petang try la buat cucur ni. Saya panggil cucur sebab cara menggoreng tu adalah dengan menjemputkan donut tu. Senangkan, tak yah bentuk2. Ekcely cara menjemput tu kena ramas n keluarkan doh ikut tapak tangan antara ibu jari n jari telunjuk. Tapi bila cucurkan hujung jari, gini ler rupanya. Klaau ramas tu, dia akan lagi cantik dan licin. Sebab saya dah pernah buat cara tu DI SINI.  

Mekasih akak TTM dan saya letak resepi di sini mengikut sukatan yang saya buat. Kalau tak ramai ahli nak makan, boleh buat setengah dari adunan di bawah je. Sebab dapat banyak gak ni. 


MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM

Bahan-bahan

220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
30g gula kastor *izah letak 4 sb
2 biji telur
5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
2 cwn tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar



Caranya:

Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh  yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
*izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata. 
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk berjaya ye. hehehee..

Coated dengan jem kegemaran atau gula. Dah..sila makan dengan berseleranya. TQ.


 nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.

Thursday, November 24, 2011

Lempeng Kelapa dan Merindui semuanyaaaa


Assalamualaikum....

Ya Allahhh rindunya kat teman2 semua.. Buat teman2 yang tak jemu berkunjung ke blog Izah Muffin Lover ni, terima kasih. Kalian la yang menghidupkan blog ni. Terima kasih buat akak2, kawan dan adik2 yang sudi bertanya kabar, sudi bersms, sudi berfb dengan saya. Alhamdulillah saya dalam keadaan yang stabil dan masih sihat. Mohon doa teman2 agar semuanya selamat buat saya. Sesungguhnya kita tak berdaya untuk mengetahui apa yang akan terjadi, yang bakal dihadapi dan diuji. Semuanya kehendak Allah dan dia lah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Buat yang bertanya saya, saya lama tak update sebab merajuk ke? Hehhe.. tak merajuk lah. Kain baju kalau penuh sebakul terus saya lipat hokey. Hahha.. Ye la tu kan. Dan kalau merajuk pada blog pun, tak berbaloi, sebab hati saya ada pada teman2 yang sudi berkawan dengan saya insyaAllah. Jawpaannya, tula, tuan blog kurang sihat dan semoga saya diberi kesihatan yang lebih baik untuk hari seterusnya.


Berbalik pada lempeng kelapa ni, dah berkurun saya buat ni. Rasanya sebelum tak berapa sihat hari tu lagi. Tetibe tekak nak makan lempeng kelapa ni lepas ternampak status Noorsha Dhira Darwish kat FB yang dia trasa nak makan lempeng kelapa. Lepas tu tak silap saya ada juga blog yang masing2 tayang lempeng kelapa ni kan. Cume saya tak sure resepi mana yang digunakan. Sebab masa tu, saya cume mampu tengok kat tingkap blog aje. tak mampu nak klik nengokkan hasilnya. Lempeng saya ni saya amik resepi kat myR. Dan jangan ada yang rasa hati saya tak merujuk mana2 blog di sini untuk lempeng ni ye. Sebab slama menyepi ni, saya pun tak berapa ber BW. Maaf ye. Tapi saya kongsikan juga resepi lempeng ni di sini. Anak2 suke sangat, cicah dengan gula kastor. Saya pulak makan ngan sambal sardin. Terima kasih Eton myR.


 LEMPENG KELAPA
 Resepi: Eton@MYR 


Bahan-bahan ( 2 org lebih pun tak pe (tp tmbah sukatan) )

2 cawan tepung - (anggaran je ne)
1 cawan kelapa parut
Air - ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.Agak2 mcm nak buat cekodok.
Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis.


Tuesday, November 1, 2011

Agar-Agar Permata


Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Biasanya kalau dessert nama permata ni, lebih kepada puding. Tapi resepi dari blog kak Lina ni dipanggil agar-agar. Tapi mungkin saya lebih bersetuju memanggil nya dengan aar-agar. Sebab texture dia lebih kepada agar2 dan keenakannya simple tanpa rasa lemak2 yang berlebihan. Maksudnya kejadian agar-agar permata saya ni lebih kepada rasa n texture agar-agar.  

Walaubagaimanapun *hamboi ayat..* saya tak menggunakan resepi kak Lina ni sepenuhnya. Sebab saya nak test tips atau formula yang dikongsi oleh kak Besah dari MyR. Formula untuk menyukat air jika menggunakan agar-agar tali. Soalan baru-baru ni di tanya oleh Nurul Huda, jika menggunakan agar-agar bertali, sangat sesuai la kalau menggunakan formula yang dikongsi oleh kak Besah ni. Tapi nak kena pandai la ejas bahan2 lainnya yang bercecairkan. Ianya sangat sesuai untuk membuat agar2 simple. 

Dah lama nak menghabiskan agar-agar bertali, jadi saya gunakan cara kak besah. Boleh la rujuk caranya di bawah. InsyaAllah jika ikut betul2 caranya disertakan memasak dengan kasih sayang, insyaAllah menjadi...Terima kasih kak Lina untuk resepi agar2 ni, budak2 suke sangat rasa susu dan saya letakkan sikit perisa pada warne2 tu. Resepi saya ikut akak Lina tapi sukatan saya ejas mengikut formula kak Besah kerna saya menggunakan agar2 bertali. Terima kasih kak Besh dan kak Lina.





RESEPI AGAR-AGAR PERMATA

Bahan-Bahan
10g agar-agar serbuk
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1sk esen vanilla
Beberapa Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler)
Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru
Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
Sejukkan dalm esbok


FORMULA DARI KAK BESAH SUKATAN MENGGUNAKAN AGAR2 BERTALI

Bahan-bahan ( terpulang kpd kuantiti yg diingini )

agar2 bertali - ikut suka berapa gm yg diingini.
air, gula & pewarna/sirap ros secukupnya
1 bungkus(250g) gula batu - utk setiap 40 gm agar2.

Cara-cara

rendam agar2 bertali (xkira berapa banyak) dgn air hingga lembut.sekurang2nya 15 minit.
toskan agar2 kemudian sukat agar2 yg tlh lembut tu dlm 1 bekas yg sesuai.kalau sikit dgn bekas kecik, kalau banyak dgn baldi @ periuk.
sukatan air utk masak agar2 tu adalah 3 bekas yg sama yg digunakn utk menyukat agar2 tadi.cntohnya kalau agar2 lembut 1 gelas, air = 3 gelas yg sama.
bila dah disukat agar2 & air, campurkn sekali gula batu lalu dimasak hingga agar2 larut.bila dh larut boleh lah bubuh gula pasir hingga cukup manis.(hirup sikit.rasanya hendaklah betul2 manis,coz bila dh jd nnti manis akn berkurangan skit)
masukkan sirap ros hingga sesuai warnanya.bila mendidih & gula larut sepenuhnya bleh la dimasukkan dlm acuan @ bekas yg sesuai.biar beku baru dipotong.
kalau x gunakn sirap ros bleh guna pewarna merah,tp kena letak beberapa helai daun pandan.

* kalau nk daptkan agar2 yg licin, & x payah ditapis - rendam agar2 & ; air yg tlh disukat dlm periuk yg sesuai selama 3 jam @ lebih, pastu baru dimasak. insyaallah,bila mendidih je,agar2 terus larut, x perlu msk dgn lama.